Spotify komited untuk memberikan khidmat kepada semua orang, termasuk individu kurang upaya, dengan cara yang menghormati maruah dan kebebasan mereka. Kami berpegang kukuh pada penyepaduan dan peluang saksama. Kami komited untuk memenuhi keperluan individu kurang upaya pada masa yang tepat dan akan berusaha untuk mengenal pasti, kemudian menghapuskan halangan kepada kebolehcapaian apabila dapat berbuat demikian. Pelan Kebolehcapaian (atau Pelan) ini menggariskan langkah yang diambil oleh Spotify untuk memenuhi objektif ini dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk orang kurang upaya.
Kami mengalu-alukan maklum balas tentang Pelan Kebolehcapaian ini atau tentang kebolehcapaian di Spotify secara umum. Anda boleh berkongsi maklum balas dengan mengisi borang dalam Pusat Kebolehcapaian kami—yang membolehkan penghantaran tanpa nama.
Pelan ini dan penerangan tentang proses maklum balas kami boleh didapati di Pusat Kebolehcapaian kami. Kedua-dua Pelan dan penerangan proses maklum balas tersedia dalam format cetakan, cetakan besar, Braille dan audio. Kami akan membalas permintaan dalam tempoh 15 hari.
Pelan Kebolehcapaian Spotify ialah komitmen selama 3 tahun untuk meneruskan usaha kami bagi menghapuskan halangan yang menjejaskan orang kurang upaya. Kami akan menangani halangan tersebut melalui tindakan seperti penyertaan dalam Indeks Kesaksamaan Kekurangan Upaya, mengemaskinikan proses pengambilan pekerja dan garis panduan kebolehcapaian pejabat, menambah baik latihan kebolehcapaian, memajukan kebolehcapaian khidmat pelanggan serta memantapkan amalan terbaik komunikasi—antara tindakan lain yang digariskan di bawah. Pelan ini telah dibangunkan melalui perundingan dengan orang kurang upaya untuk memastikan pelan ini mencerminkan keperluan mereka.
Berikut merupakan beberapa istilah yang akan anda lihat berulang kali sepanjang Pelan. Jika sesuatu istilah tidak ditakrifkan di sini, kami akan mentakrifkan istilah itu pada kali pertama kami menyebut tentang istilah itu.
Format boleh diakses: Merujuk kepada format cetakan, cetakan besar, Braille, audio atau format elektronik yang serasi dengan teknologi penyesuaian yang bertujuan untuk membantu orang kurang upaya.
Halangan: "Halangan" bermaksud apa-apa sahaja yang menghalang penyertaan penuh dan saksama orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk orang yang mengalami masalah fizikal, mental, intelektual, kognitif, pembelajaran, komunikasi atau deria atau batasan fungsi dan termasuklah:
Kekurangan upaya: "Kekurangan upaya" merujuk kepada apa-apa gangguan, termasuk gangguan fizikal, mental, intelektual, kognitif, pembelajaran, komunikasi atau deria atau batasan fungsi, sama ada bersifat kekal, sementara atau sekali-sekala atau yang jelas atau tidak, yang dalam interaksi dengan halangan, menghalang penyertaan penuh dan saksama seseorang dalam masyarakat.
WCAG: "WCAG" merujuk kepada versi terkini Garis Panduan Kebolehcapaian Kandungan Web (Web Content Accessibility Guidelines) yang diterbitkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat.