Pusat Kebolehcapaian

Menghubungkan kreativiti, kebolehcapaian dan inspirasi untuk semua.

Pernyataan komitmen

Di Spotify, kami meraikan kreativiti manusia dan berusaha agar platform kami boleh digunakan oleh semua orang. Melalui tunjuk ajar daripada pakar dan pengambilan pekerja yang mempunyai pengalaman dari segi kebolehcapaian, kami berusaha untuk menjadikan setiap produk kami boleh dicapai. Bersama-sama, kami berhasrat untuk memperkasa semua orang untuk mencipta, menemukan dan mendapatkan inspirasi.

Platform kami adalah untuk semua orang, begitu juga di tempat kerja kami. Anda dialu-alukan seadanya, tidak kira tempat asal anda, rupa anda atau kandungan yang anda mainkan pada fon kepala anda.

Berikut ialah komitmen kami terhadap matlamat kebolehcapaian merentasi tempat kerja, platform dan pengguna kami:

Pekerja kami: Semakin banyak perspektif yang kami wakili dan tonjolkan dalam ruang Spotify, semakin banyak yang akan kami berikan dari segi sumbangan, berkembang maju dan menjadi cemerlang. Kami komited untuk menerapkan kebolehcapaian dalam semua tindakan yang kami lakukan untuk warga kami di seluruh dunia. Kami akan terus membangunkan inisiatif kesihatan mental global kami, Heart & Soul, dan komited untuk menjadikan ruang pejabat global kami boleh dicapai sepenuhnya.

Pendengar: Spotify ialah sebahagian daripada kehidupan jutaan orang di seluruh dunia dan usaha untuk memastikan platform kami boleh diakses oleh semua orang merupakan keutamaan.

Artis dan pencipta: Platform kami berkuasa dan kami menggunakan platform ini untuk menonjolkan suara, cerita dan budaya komuniti di seluruh dunia. Kami akan terus membangunkan sokongan kami untuk artis dan pencipta kurang upaya serta menggunakan platform kami untuk memperlihatkan bakat mereka.

Tiada cara yang lebih baik untuk merealisasikan idea ini selain menawarkan pelan yang khusus dan boleh diukur yang menjadi tanggungjawab serta amalan kami.