Dasar Kuki Spotify
Mula berkuat kuasa pada 16 Januari 2019
1 Apa itu kuki dan teknologi lain yang serupa?
2 Bagaimanakah Spotify menggunakan kuki?
3 Cara mengurus keutamaan kuki anda
4 Kemas kini pada Dasar ini
5 Cara menghubungi kami
Helo, selamat datang ke Dasar Kuki Spotify (“Dasar”).
Objektif Dasar ini adalah untuk memberi anda, pengguna perkhidmatan Spotify, maklumat jelas dan boleh diakses tentang kuki yang digunakan oleh Spotify, peranan yang dimainkan dalam membantu kami memberikan pengalaman terbaik kepada anda dan pilihan berkenaan tetapan kuki anda.
1. Apa itu kuki dan teknologi lain yang serupa?
Kuki ialah fail teks yang dimuat turun pada peranti anda semasa anda melawati laman web. Kuki berguna kerana kuki membolehkan laman web mengecam peranti pengguna. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki di: www.allaboutcookies.org atau www.youronlinechoices.eu.
Istilah kuki sebenarnya menerangkan pelbagai teknologi, termasuk:
- tag piksel (imej grafik lut sinar yang ditempatkan pada halaman web atau dalam e-mel yang menyatakan halaman atau e-mel sudah dilihat),
- pengenal pasti peranti mudah alih dan
- storan web yang digunakan dalam perisian komputer meja atau peranti mudah alih.
Kami akan menggunakan istilah kuki dalam Dasar ini untuk merangkumi semua teknologi sebegini. Akan tetapi, kami akan memberi anda butiran yang jelas tentang kuki agar anda boleh membuat pilihan termaklum tentang tetapan kuki anda.
Kuki melakukan pelbagai tugas yang berbeza seperti membolehkan anda menavigasi antara halaman dengan cekap, mengingati keutamaan anda dan meningkatkan pengalaman pengguna anda secara umumnya. Kuki juga membantu untuk memastikan iklan yang anda lihat dalam talian lebih berkaitan dengan diri dan minat anda.
Terdapat beberapa kategori kuki yang berbeza, termasuk:
Kuki Sesi dan Kekal
- Kuki Sesi - ialah kuki yang tamat tempoh selepas anda menutup penyemak imbas web anda dan
- Kuki Kekal - ialah kuki yang kekal pada peranti anda selama tempoh tertentu atau sehingga anda memadamkan kuki.
Kuki Pihak Pertama dan Ketiga
- Kuki pihak pertama - ialah kuki yang ditetapkan oleh laman web yang anda lawati pada masa itu sama ada kami yang menetapkan kuki atau kuki ditetapkan oleh pihak ketiga atas permintaan kami;
- Kuki pihak ketiga - ialah kuki yang ditetapkan oleh pihak selain laman web yang anda lawati. Jika anda melawati laman web Spotify atau menggunakan Perkhidmatan Spotify dan kuki ditetapkan melalui laman web tersebut oleh pihak lain, itulah kuki pihak ketiga.
Kuki juga berbeza mengikut tujuan penggunaan, termasuk:
| Jenis Kuki | Tujuan |
| Kuki Yang Amat Diperlukan | Kuki ini penting untuk membolehkan anda menggunakan ciri perkhidmatan kami seperti menyelenggarakan senarai main anda. Tanpa kuki ini, perkhidmatan yang anda minta contohnya, e-pengebilan tidak dapat disediakan.
Secara ringkas, kuki ini mendayakan perkhidmatan yang anda minta secara khusus dan membolehkan penggunaan perkhidmatan kami. |
| Kuki Prestasi | Kuki ini mengumpulkan maklumat tentang cara pelawat menggunakan perkhidmatan kami, contohnya, halaman yang kerap dilawati oleh pelawat dan jika mereka mendapat mesej ralat daripada halaman web. Kuki ini mengumpulkan maklumat awanama pada halaman yang dilawati. Semua maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini akan digabungkan dan dijadikan awanama. Kuki ini hanya digunakan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kami.
Analisis web yang menggunakan kuki untuk mengumpulkan data untuk meningkatkan prestasi laman web tergolong dalam kategori ini. Contohnya, kuki ini mungkin digunakan untuk menguji reka bentuk dan memastikan rupa dan kefungsian yang konsisten dikekalkan untuk pengguna. Kategori ini tidak termasuk kuki yang digunakan untuk rangkaian pengiklanan tingkah laku/disasarkan. |
| Kuki Kefungsian | Kuki ini membolehkan laman web mengingati pilihan yang anda buat (seperti nama, bahasa atau rantau tempat anda berada) dan memberikan ciri dipertingkat dan lebih peribadi. Kuki ini juga boleh digunakan untuk mengingati perubahan yang anda buat pada saiz teks, fon dan bahagian lain halaman web yang boleh disesuaikan. Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini mungkin dijadikan awanama dan aktiviti semak imbas anda anda pada laman web lain tidak boleh dijejak oleh kuki tersebut.
Kuki ini mengingati pilihan yang anda buat untuk meningkatkan pengalaman anda. Jika kuki yang sama digunakan untuk sasaran semula, kuki ini mestilah disertakan dalam kategori ‘Kuki sasaran atau pengiklanan’ juga. Kuki ini juga termasuk kuki yang digunakan untuk menyampaikan fungsi khusus tetapi jika fungsi itu termasuk kuki yang digunakan untuk rangkaian pengiklanan tingkah laku/disasarkan, kuki ini mestilah disertakan dalam kategori ‘Kuki sasaran atau pengiklanan’ dan dalam kategori ini juga. |
| Kuki sasaran atau pengiklanan | Kuki ini digunakan untuk menyampaikan iklan yang lebih berkaitan dengan diri dan minat anda. Kuki ini juga digunakan untuk mengehadkan kekerapan iklan dilihat dan menilai kecekapan kempen pengiklanan. Kuki ini biasanya ditetapkan oleh rangkaian pengiklanan dengan keizinan pengendali laman web. Kuki ini mengingati laman web yang anda lawati dan maklumat ini akan dikongsi dengan organisasi lain seperti pengiklan. Biasanya kuki sasaran atau pengiklanan akan dipautkan dengan kefungsian laman yang disediakan oleh organisasi lain.
Kuki ini mengumpulkan maklumat tentang tabiat semak imbas anda untuk memastikan iklan berkaitan dengan diri dan minat anda. |