Terma Tawaran Promosi Spotify Premium

Selamat datang ke Terma Tawaran Promosi Spotify Premium. Pada halaman ini, anda boleh mendapatkan dan membaca terma dan syarat yang digunakan pada tawaran promosi yang telah anda daftar.

SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI DAN SEPENUHNYA. TERMA INI MENGANDUNGI SYARAT DAN HAD TENTANG KETERSEDIAAN TAWARAN PROMOSI SPOTIFY PREMIUM DAN MAKLUMAT TENTANG PERKARA YANG BERLAKU SELEPAS TAWARAN PROMOSI SPOTIFY PREMIUM ANDA TAMAT.

  1. Pengenalan.

Tawaran Promosi Spotify Premium (setiap satu merupakan "Tawaran Promosi") yang disediakan oleh Spotify tertakluk pada Terma dan Syarat Penggunaan Spotify ("Terma Penggunaan Spotify").

Setiap Tawaran Promosi disediakan bersama-sama Langganan Berbayar (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Penggunaan Spotify), seperti Spotify Premium untuk Individu, Spotify Premium untuk Pelajar, Spotify Premium untuk Keluarga atau Spotify Premium untuk Pasangan dan tertakluk pada tawaran yang diiklankan (setiap satu merupakan "Perkhidmatan Premium Spotify").

Tertakluk pada Perkhidmatan Premium Spotify yang diiklankan dalam Tawaran Promosi, terma dan syarat ini ("Terma Tawaran Promosi") menambahkan dan merangkumi melalui rujukan, terma dan syarat tambahan yang berkaitan dengan Perkhidmatan Premium Spotify tertentu, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Terma dan syarat untuk Perkhidmatan Premium Spotify yang dirujuk dalam Tawaran Promosi

Spotify Premium untuk Individu

Spotify Premium untuk Pelajar

Spotify Premium untuk Keluarga

Spotify Premium untuk Pasangan

Bagi mana-mana Tawaran Promosi, sekiranya terdapat percanggahan antara Terma Tawaran Promosi dengan terma dan syarat berkaitan yang dirujuk dalam jadual di atas, Terma Tawaran Promosi ini akan diutamakan.

  1. Tawaran Promosi.

Setiap Tawaran Promosi memberikan akses kepada Perkhidmatan Premium Spotify yang diiklankan:

A. pada harga yang diiklankan (jika ada); dan

B. untuk tempoh pengenalan awal seperti yang diperincikan dalam seksyen 5 terma ini, bermula pada saat anda mengesahkan penerimaan Tawaran Promosi yang diiklankan dengan menyerahkan butiran pembayaran yang sah, yang diterima oleh Spotify ("Tempoh Promosi").

Dengan menyerahkan butiran pembayaran anda, anda (i) mengesahkan bahawa anda menerima Tawaran Promosi yang diiklankan; (ii) bersetuju untuk menerima Terma Tawaran Promosi ini, termasuk terma dan syarat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Premium Spotify yang diiklankan (seperti yang diterangkan di atas); dan (iii) mengakui dan bersetuju untuk menerima Terma Penggunaan Spotify. Semua maklumat yang dikumpulkan oleh Spotify daripada mana-mana Tawaran Promosi akan diproses dan digunakan mengikut Dasar Privasi kami. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Tawaran Promosi tidak membenarkan atau memberikan akses kepada barangan atau perkhidmatan pihak ketiga.

  1. Kelayakan.

Untuk melayakkan diri bagi Tawaran Promosi, pengguna mestilah memenuhi semua syarat yang berikut (setiap orang merupakan "Pengguna Layak"):

A. Melainkan anda melanggan Tawaran Promosi yang diiklankan sebagai tersedia kepada pelanggan terdahulu bagi Perkhidmatan Premium Spotify, anda mestilah merupakan pelanggan baharu bagi
mana-mana dan kesemua bentuk Perkhidmatan Premium Spotify atau Perkhidmatan Tanpa Had
(seperti yang ditakrifkan dalam Terma Penggunaan Spotify) dan belum melanggan atau menerima percubaan bagi Spotify Premium atau Perkhidmatan Tanpa Had pada masa lalu.
B. Jika anda melanggan Tawaran Promosi yang diiklankan sebagai tersedia kepada pelanggan terdahulu sahaja bagi Perkhidmatan Premium Spotify, anda mestilah merupakan pelanggan Perkhidmatan Premium Spotify yang berkaitan (seperti diiklankan) dan langganan anda telah tamat tempoh sebelum tarikh yang diiklankan.

C. Berkenaan Tawaran Promosi untuk Spotify Premium untuk Pelajar, Spotify Premium untuk Keluarga dan Spotify Premium untuk Pasangan: syarat kelayakan tambahan yang ditetapkan dalam terma dan syarat yang berkaitan bagi pelan langganan tersebut.

D. Melainkan diiklankan sebaliknya, beri Spotify kaedah pembayaran yang sah dan kini yang diluluskan oleh Spotify (kad prabayar dan kad hadiah Spotify bukanlah bentuk pembayaran yang sah).

E. Melainkan diiklankan sebaliknya, berikan kaedah pembayaran di atas terus kepada Spotify dan bukannya melalui pihak ketiga (contohnya, bukan melalui pembekal kabel atau telekomunikasi atau pengagih lain).

F. Syarat kelayakan tambahan (jika ada) seperti yang diiklankan dari masa ke masa berkaitan dengan Tawaran Promosi.

Pengguna Layak boleh menerima Tawaran Promosi sekali - pengguna sebelumnya tidak boleh menebus tawaran ini sekali lagi.

  1. Ketersediaan.

Tawaran Promosi mestilah diterima sebelum tarikh tamat tempoh berkenaan yang diiklankan, jika ada. Melainkan dilarang oleh undang-undang, Spotify berhak mengubah, menggantung atau menamatkan Tawaran Promosi pada bila-bila masa atas apa-apa jua sebab, dan dalam keadaan ini kami tidak akan memberikan penyertaan Tawaran Promosi yang selanjutnya.

  1. Tempoh dan pembatalan.

Bagi Tawaran Promosi, Tempoh Promosi yang berkenaan akan berterusan selama tempoh yang diiklankan, tertakluk pada seksyen 4 di atas.

Melainkan anda membatalkan Tawaran Promosi sebelum akhir Tempoh Promosi tersebut, anda akan menjadi pelanggan berulang secara automatik bagi jenis Perkhidmatan Premium Spotify yang anda pilih semasa pendaftaran bagi Tawaran Promosi tersebut dan harga bulanan semasa bagi bulan tersebut akan dikenakan pada kaedah pembayaran yang telah anda berikan. Ciri yang dihadkan masa bagi Perkhidmatan Premium Spotify akan dikurangkan mengikut Tempoh Promosi.

Jika anda membatalkan Tawaran Promosi semasa Tempoh Promosi, anda akan kehilangan akses kepada Perkhidmatan Premium Spotify dan akaun Spotify anda akan ditukarkan kepada akaun Spotify Percuma pada akhir Tempoh Promosi. Untuk membatalkan langganan, anda perlu log masuk ke akaun Spotify anda dan ikut gesaan pada halaman Akaun atau klik di sini dan ikut arahan.