Terma dan Syarat Spotify® Premium untuk Keluarga

SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI DAN SEPENUHNYA. TERMA INI MENGANDUNGI SYARAT DAN SEKATAN PENTING BERKENAAN KETERSEDIAAN LANGGANAN SPOTIFY PREMIUM UNTUK KELUARGA.

2020-07-01

1. Pengenalan

Langganan Spotify Premium untuk Keluarga ("Langganan Premium untuk Keluarga") disediakan oleh Spotify, tertakluk pada terma dan syarat ini ("Terma dan Syarat Premium untuk Keluarga") dan mematuhi [Terma dan Syarat Penggunaan Spotify]

(https://www.spotify.com/legal/end-user-agreement),,) yang disertakan di sini sebagai rujukan. Istilah berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan di sini akan diberikan maksud yang sama seperti dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.

Langganan Premium untuk Keluarga memberi pemegang akaun utama dan maksimum lima (5) ahli keluarganya akses kepada akaun subsidiari perkhidmatan Spotify Premium untuk Keluarga, dari saat anda mengaktifkan akaun utama dengan menyerahkan butiran pembayaran anda dan membayar harga yang diiklankan. Dengan menyerahkan butiran pembayaran anda, anda (i) mengizinkan kami untuk menggunakan butiran pembayaran anda mengikut [Dasar Privasi]

(https://www.spotify.com/legal/privacy-policy/)) kami dan (ii) mengakui serta bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat Premium untuk Keluarga.

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan Spotify Premium untuk Keluarga, Spotify mungkin menawarkan Aplikasi Spotify Kids. Dengan mencipta akaun subsidiari Spotify Kids, anda mengesahkan bahawa anda merupakan penjaga sah kanak-kanak yang menggunakan akaun tersebut. Sila baca Dasar Privasi Spotify Kids, yang dijkenakan pada sebarang penggunaan Spotify Kids. Spotify Kids hanya ditawarkan sebagai sebahagian daripada Langganan Premium untuk Keluarga.

2. Kelayakan dan Pengesahan

A. Untuk melayakkan diri bagi Langganan Premium untuk Keluarga, pemegang akaun utama dan pemegang akaun subsidiari mestilah merupakan ahli keluarga yang menetap di alamat yang sama.

B. Selepas mengaktifkan akaun subsidiari Premium untuk Keluarga (tidak termasuk akaun Spotify Kids), anda akan diminta untuk mengesahkan alamat rumah anda.

C. Kami mungkin akan meminta anda mengesahkan alamat rumah anda sekali lagi dari masa ke masa untuk mengesahkan bahawa anda masih menepati kriteria kelayakan.

Kami menggunakan carian alamat Google Maps untuk membantu anda mencari dan menetapkan alamat anda. Alamat yang anda masukkan selepas pengaktifan atau pengesahan semula tertakluk pada Terma Perkhidmatan Tambahan Google Maps dan Dasar Privasi Google.

Spotify berhak menamatkan atau menggantung akses kepada perkhidmatan Spotify Premium untuk Keluarga dan akaun Spotify Premium untuk Keluarga dengan serta-merta dan pada bila-bila masa sekiranya anda gagal menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.

3. Pembatalan

Anda boleh membatalkan Langganan Premium untuk Keluarga pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun Spotify anda dan mengikut gesaan pada halaman Akaun atau dengan mengklik di sini dan mengikut arahan yang diberikan. Jika pemegang akaun utama membatalkan Langganan Premium untuk Keluarga atau akaun tersebut ditamatkan, akaun Premium utama dan subsidiari akan diturun taraf secara automatik kepada Perkhidmatan Percuma Spotify dan mana-mana akaun Spotify Kids akan dipadamkan.

4. Ketersediaan Langganan Premium untuk Keluarga

Spotify berhak menamatkan, mengubah suai atau menggantung Langganan Premium untuk Keluarga dengan sepenuhnya atau sebahagiannya pada bila-bila masa atas apa-apa jua sebab. Selepas itu, Spotify tidak dikehendaki untuk menyelenggarakan atau membenarkan langganan lain bagi Langganan Premium untuk Keluarga.

5. Sekatan Lain

A. Kad hadiah Spotify dan kad prabayar gelung tutup tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran yang sah untuk Langganan Premium untuk Keluarga.

B. Diskaun lain tidak boleh digunakan.

C. Bayaran balik atau kredit tidak akan diberikan untuk langganan separa bulan.

D. Spotify akan memaklumkan perubahan harga kepada anda dan anda boleh menerima atau menolak perubahan harga tersebut, mengikut Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.

E. Nota; Jika anda pemegang akaun Premium, dengan menyertai pelan Langganan Premium untuk Keluarga, anda mengakui dan bersetuju bahawa bayaran balik tidak akan diberikan jika anda menukar pelan Premium sedia ada anda sebelum tempoh langganan berbayar anda tamat. Selepas penyertaan, akaun anda akan beralih kepada Langganan Premium untuk Keluarga dengan serta-merta dan akses anda kepada perkhidmatan Premium Spotify tidak akan terganggu. Akan tetapi, tempoh Premium berbayar yang tidak digunakan, termasuk baki hari Percubaan percuma dalam pelan Premium sedia ada anda akan dibatalkan.

Contracting entity:

Spotify AB

Regeringsgatan 19, SE-111 53 Stockholm

Sweden

SE556703748501