Maklumat Artikel 15 GDPR

Isi Kandungan

  1. Perihal pakej muat turun data anda
  2. Pengesahan tentang sama ada data peribadi tentang anda diproses atau tidak
  3. Tujuan pemprosesan data peribadi anda
  4. Kategori data peribadi
  5. Kategori penerima yang mungkin menerima data peribadi
  6. Kriteria untuk pengekalan data peribadi
  7. Hak anda
  8. Maklumat tentang sumber data peribadi
  9. Pemindahan antarabangsa
  10. Hubungi kami

1. Perihal pakej muat turun data anda

Anda akan menemukan maklumat tambahan tentang pemprosesan data peribadi anda seperti yang berikut, termasuk maklumat yang berhak anda terima di bawah Artikel 15 Peraturan Perlindungan Data Umum ('GDPR'). Maklumat ini bertujuan sebagai tambahan, dan dibaca bersama dengan, data peribadi anda yang dimuat turun, untuk membantu anda memahami pemprosesan data peribadi yang khusus untuk penggunaan Perkhidmatan Spotify oleh anda.

Kami menghantar data peribadi anda dalam tiga pakej berasingan yang boleh anda minta daripada halaman Privasi Akaun anda atau dengan menghubungi kami. Anda boleh memuat turun tiga pakej data yang berbeza, sama ada secara berasingan atau sekali gus. Pakej tersebut akan menyertakan salinan data yang berikut (jika berkenaan untuk anda).

Data akaun

  • Playlist
  • Pertanyaan carian
  • Sejarah penstriman bagi tahun lalu
  • Senarai item yang disimpan dalam pustaka anda
  • Bilangan pengikut yang anda ada dan bilangan akaun yang anda ikuti
  • Data pembayaran dan langganan
  • Data pengguna
  • Sejarah Khidmat Pelanggan
  • Pentaabiran
  • Input suara
  • Interaktiviti podcast
  • Data Pelan Family
  • Data Spotify for Artists
  • Data Spotify for Creators (sebelum ini dikenali sebagai Spotify for Podcasters)
  • Playlist AI
  • Data Wrapped

Sejarah penstriman lanjutan

  • Sejarah penstriman lanjutan bagi sepanjang hayat akaun anda

Maklumat log teknikal

  • Maklumat log teknikal yang telah kami kumpulkan tentang akaun anda untuk menyediakan dan menyelesaikan masalah perkhidmatan Spotify

2. Pengesahan tentang sama ada data peribadi tentang anda diproses atau tidak

Apabila anda menggunakan perkhidmatan Spotify di bawah pilihan percuma atau berbayar kami (masing-masing 'Pilihan Perkhidmatan' dan dipanggil 'Perkhidmatan Spotify' secara kolektif), kami memproses data peribadi anda seperti yang diterangkan di bawah.

3. Tujuan pemprosesan data peribadi anda

Jadual di bawah menerangkan:

  • tujuan kami memproses data peribadi anda
  • justifikasi undang-undang kami (setiap satu dipanggil 'asas undang-undang') mengikut undang-undang perlindungan data untuk setiap tujuan
  • kategori data peribadi yang kami gunakan untuk setiap tujuan (lihat lagi tentang kategori ini dalam bahagian 'Kategori data peribadi' di bawah)

Berikut merupakan penjelasan umum bagi setiap 'asas undang-undang' untuk membantu anda memahami jadual:

  • Pelaksanaan Kontrak: Apabila Spotify (atau pihak ketiga) perlu memproses data peribadi anda untuk:
    • mematuhi kewajipan menurut kontrak dengan anda. Ini termasuk kewajipan Spotify mengikut Terma Penggunaan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda, atau
    • mengesahkan maklumat sebelum memulakan kontrak baharu dengan anda.
  • Kepentingan Sah: Apabila Spotify atau pihak ketiga mempunyai kepentingan dalam penggunaan data peribadi anda dengan cara tertentu dan kepentingan ini adalah perlu serta wajar dengan mempertimbangkan apa-apa risiko yang mungkin berlaku kepada anda dan pengguna Spotify yang lain. Contohnya, menggunakan Data Penggunaan anda bagi meningkatkan Perkhidmatan Spotify untuk semua pengguna.
  • Persetujuan: Apabila Spotify meminta anda menyatakan persetujuan atas penggunaan data peribadi anda oleh Spotify untuk tujuan tertentu.
  • Pematuhan pada Kewajipan Undang-undang: Apabila Spotify mesti memproses data peribadi anda untuk mematuhi undang-undang.

Pemprosesan data yang kami jalankan bergantung pada penggunaan Perkhidmatan Spotify oleh anda. Oleh itu, kami telah membahagikan maklumat tentang pemprosesan ini kepada jadual berikut dengan penerangan yang membantu anda memahami pemprosesan yang berkenaan dengan anda.

Penggunaan umum Perkhidmatan Spotify

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, kami memproses data peribadi untuk tujuan yang diterangkan di bawah. Bahagian ini terpakai untuk semua pengguna.

Tujuan memproses data anda
Asas undang-undang yang membenarkan tujuan tersebut
Kategori data peribadi yang digunakan untuk tujuan

Untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify menurut kontrak kami dengan anda.

Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk:

  • menyediakan akaun untuk anda
  • memperibadikan akaun anda atau
  • menyediakan aplikasi Spotify apabila anda memuat turun aplikasi ke peranti anda

Pelaksanaan Kontrak

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Untuk menyediakan bahagian Perkhidmatan Spotify yang selanjutnya.

Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk membolehkan anda berkongsi pautan kepada kandungan Spotify dengan orang lain.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk:

  • memastikan Perkhidmatan Spotify terus berjalan dan berfungsi dan
  • membolehkan pengguna mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Spotify
  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Untuk mendiagnosis, menyelesaikan masalah dan membetulkan isu berkenaan Perkhidmatan Spotify.

Pelaksanaan Kontrak

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
Untuk menilai dan membangunkan ciri, teknologi dan penambahbaikan baharu kepada Perkhidmatan Spotify. Ini termasuk pembangunan dan latihan model algoritma dan pembelajaran mesin, yang membantu kami menjamin keselamatan perkhidmatan kami serta meningkatkan pengalaman pengguna kami.

Misalnya:
  • untuk membantu kami membangunkan dan meningkatkan cadangan diperibadikan kami
  • untuk menganalisis cara pengguna kami bertindak balas kepada ciri baharu yang tertentu dan melihat sama ada kami perlu membuat apa-apa perubahan atau tidak
  • supaya kami boleh membina ciri AI seperti DJ AI dan playlist AI
  • untuk membantu kami menguatkuasakan Garis Panduan Pengguna, Peraturan Platform dan Garis Panduan Komuniti Spotify for Creators kami

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk pembangunan dan penambahbaikan produk dan ciri untuk pengguna kami.

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Untuk tujuan pemasaran, promosi dan pengiklanan yang persetujuan tidak diperlukan menurut undang-undang.

Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk menyesuaikan iklan mengikut minat anda.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk menggunakan pengiklanan untuk membiayai Perkhidmatan Spotify, agar kami dapat menawarkan sebahagian besar Perkhidmatan secara percuma.

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang tertakluk pada kami.

Ini mungkin:

  • kewajipan di bawah undang-undang negara / wilayah tempat anda menetap
  • undang-undang Sweden (kerana ibu pejabat kami di Sweden) atau
  • undang-undang EU yang berkenaan dengan kami

Contohnya, apabila kami menggunakan tarikh lahir anda ketika diperlukan untuk tujuan pengesahan umur.

Pematuhan Kewajipan Undang-undang

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Untuk memenuhi kewajipan kontraktual dengan pihak ketiga. Contohnya, apabila kami menyediakan data nama samaran tentang aktiviti mendengar pendengar kami kerana kami mempunyai perjanjian dengan pemegang hak Spotify untuk berbuat demikian.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk:

  • mengekalkan hubungan kami dengan artis supaya kami boleh menyediakan Perkhidmatan Spotify
  • mengekalkan hubungan kami dengan pihak ketiga lain untuk tujuan yang sama
  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Untuk menjalankan perancangan, pelaporan dan ramalan perniagaan.

Contohnya, apabila kami melihat data pengguna teragregat seperti bilangan pendaftaran baharu di sebuah negara bagi merancang lokasi baharu untuk melancarkan produk dan ciri kami.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk penyelidikan dan perancangan supaya perjalanan perniagaan kami berjaya diteruskan.

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Untuk memastikan Perkhidmatan Spotify selamat dan untuk mengesan serta mencegah penipuan.

Contohnya, apabila kami menganalisis Data Penggunaan untuk menyemak penggunaan Perkhidmatan Spotify yang bersifat penipuan.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk melindungi Perkhidmatan Spotify dan pengguna kami daripada penipuan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang lain.

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Menggunakan ciri Perkhidmatan Spotify berdasarkan persetujuan

Tujuan ini terpakai untuk anda jika anda memutuskan untuk menggunakan ciri yang memerlukan persetujuan anda.

Tujuan memproses data anda
Asas undang-undang yang membenarkan tujuan tersebut
Kategori data peribadi yang digunakan untuk tujuan tersebut

Untuk menyediakan ciri sukarela tambahan Perkhidmatan Spotify yang tertentu. Dalam kes sebegini, kami akan meminta persetujuan anda secara jelas.

Persetujuan

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan yang menurut undang-undang, mewajibkan kami untuk mendapatkan persetujuan anda.

Contohnya, apabila kami menggunakan kuki untuk memahami minat anda atau undang-undang memerlukan persetujuan untuk pemasaran e-mel.

Persetujuan

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Membuat pembayaran dalam Perkhidmatan Spotify

Bahagian ini berkaitan jika anda telah membuat pembayaran dalam Perkhidmatan Spotify. Contohnya, bahagian ini terpakai jika anda melanggan Pilihan Perkhidmatan Premium kami atau telah membeli buku audio.

Tujuan memproses data anda
Asas undang-undang yang membenarkan tujuan tersebut
Kategori data peribadi yang digunakan untuk tujuan tersebut

Untuk memproses pembayaran anda.

Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk membolehkan anda membeli langganan Spotify.

Pelaksanaan Kontrak dan Persetujuan

  • Data Pengguna
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Alamat Jalan

Situasi khusus lain

Kadangkala kami akan memproses data anda untuk tujuan yang lebih khusus. Jika mana-mana situasi khusus di bawah terpakai untuk anda, kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan ini.

Tujuan memproses data anda
Asas undang-undang yang membenarkan tujuan tersebut
Kategori data peribadi yang digunakan untuk tujuan tersebut

Untuk mematuhi permintaan daripada penguat kuasa undang-undang, mahkamah atau pihak berkuasa lain yang kompeten.

Pematuhan dengan Kewajipan Undang-undang dan Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk membantu pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang mencegah atau mengesan jenayah serius.

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Untuk mengambil tindakan bersesuaian melalui laporan tentang pelanggaran harta intelektual dan kandungan yang tidak wajar.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk melindungi harta intelektual dan kandungan asal.

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Untuk menetapkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

Contohnya, jika kami terlibat dalam litigasi dan perlu memberikan maklumat kepada peguam kami berhubung dengan kes undang-undang tersebut.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk:

  • mendapatkan nasihat undang-undang
  • melindungi diri kami, pengguna kami atau orang lain dalam prosiding undang-undang
  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Untuk menjalankan penyelidikan dan tinjauan.

Contohnya, apabila kami menghubungi pengguna kami untuk meminta maklum balas anda.

Kepentingan Sah

Kepentingan sah kami di sini termasuk untuk memahami lebih lanjut tentang cara pengguna memikirkan dan menggunakan Perkhidmatan Spotify.

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

4. Kategori data peribadi

Jadual di bawah menerangkan tentang kategori data peribadi yang kami proses dan gunakan. Seperti yang diperincikan di bawah, pengumpulan dan pemprosesan sesetengah data peribadi bergantung pada Pilihan Perkhidmatan anda (cth. Free atau Premium) dan ciri yang anda pilih untuk digunakan (seperti membuat playlist atau menghidupkan ciri suara). Jika anda tidak pasti tentang data yang telah diproses dalam penggunaan Perkhidmatan Spotify anda yang khusus daripada data yang diterangkan, lihat muat turun data peribadi anda untuk memahami tentang item data khusus yang telah kami kumpulkan dan diproses dalam kes anda atau hubungi kami.

Kategori Huraian

Data Pengguna

Data peribadi yang kami perlukan untuk membuat akaun Spotify anda dan membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan Spotify. Jenis data yang dikumpulkan dan digunakan bergantung pada jenis Pilihan Perkhidmatan anda, cara anda membuat akaun anda, negara tempat anda berada dan jika anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk mendaftar masuk. Ini mungkin termasuk:

  • nama paparan anda
  • alamat e-mel
  • kata laluan
  • nombor telefon
  • tarikh lahir
  • jantina
  • alamat jalan (lihat butiran selanjutnya di bawah)
  • negara
  • universiti/kolej anda (jika anda melanggan Spotify Premium Student)

Kami menerima sesetengah data ini daripada anda melalui borang pendaftaran atau halaman akaun.

Kami juga mengumpulkan sesetengah data ini daripada peranti anda, cth. negara atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami mengumpulkan dan menggunakan data ini, lihat 'Lokasi umum (bukan tepat) anda' dalam kategori Penggunaan Data.

Anda boleh menemukan Data Pengguna anda dalam pakej muat turun data akaun anda. Sebahagian besar data ini, contohnya, nama pengguna, alamat e-mel, nombor telefon, negara, tarikh lahir dan jantina anda tersedia dalam fail 'Userdata.json', Nama paparan, nama pertama dan nama keluarga anda tersedia dalam fail 'Identity.json'.

Data Alamat Jalan

Jika Data Alamat Jalan disertakan dalam data yang dimuat turun, kami memproses data itu atas sebab berikut:

  • untuk menyemak kelayakan bagi Pilihan Perkhidmatan
  • untuk menghantar notis yang diperlukan oleh undang-undang
  • untuk menghantar pilihan sokongan
  • untuk pengebilan dan pentadbiran cukai
  • untuk menghantar barangan atau hadiah fizikal yang anda minta

Dalam sesetengah situasi, kami mungkin menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk membantu anda mengesahkan alamat anda, seperti Google Maps.

Anda boleh menemukan Data Alamat Jalan anda dalam fail 'UserAddress.json' dalam pakej muat turun data akaun anda. Jika fail 'UserAddress.json' tiada dalam pakej muat turun data akaun anda, itu bermaksud kami tidak memproses Data Alamat Jalan anda.


Data Penggunaan

Data peribadi yang diproses tentang anda apabila anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan Spotify.

Terdapat beberapa jenis maklumat yang terangkum dalam kategori ini yang disenaraikan dalam bahagian berikut, sebagaimana yang akan ditemukan jika anda memuat turun data anda.

Maklumat tentang cara anda menggunakan Spotify

Contohnya termasuk:

  • maklumat tentang Pilihan Perkhidmatan Spotify anda
  • tindakan anda dengan Perkhidmatan Spotify (termasuk tarikh dan masa), seperti:
    • pertanyaan carian
    • sejarah penstriman
    • playlist yang anda cipta
    • pustaka anda
    • sejarah semak imbas
    • tetapan akaun
    • interaksi dengan pengguna Spotify yang lain
    • penggunaan perkhidmatan, peranti dan aplikasi pihak ketiga yang berkaitan dengan Perkhidmatan Spotify
  • kesimpulan (iaitu, pemahaman kami) tentang minat dan keutamaan anda berdasarkan penggunaan Perkhidmatan Spotify anda.
  • Jika anda pernah menyertai promosi Spotify (seperti pertandingan atau cabutan bertuah), kandungan yang anda berikan semasa menyertai promosi tersebut
  • Jika anda pernah menyiarkan apa-apa kandungan pada mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify, kandungan tersebut dimasukkan. Contohnya: imej, audio, teks, tajuk, penerangan, komunikasi dan jenis kandungan lain

Data teknikal anda

Contohnya termasuk:

  • Maklumat URL
  • pengenal pasti dalam talian seperti data kuki dan alamat IP
  • maklumat tentang peranti yang anda gunakan seperti:
    • ID peranti
    • jenis sambungan rangkaian (contohnya Wi-Fi, 4G, LTE, Bluetooth)
    • pembekal
    • prestasi rangkaian dan peranti
    • jenis pelayar
    • bahasa
    • maklumat yang membolehkan pengurusan hak digital
    • sistem operasi
    • versi aplikasi Spotify
  • jika anda menyambungkan akaun Spotify kepada peranti dan aplikasi pihak ketiga, maklumat yang membolehkan kami menemukan dan bersambung dengan peranti dan aplikasi tersebut. Contoh maklumat ini ialah nama peranti, pengenal pasti peranti, jenama dan versi. Contoh peranti dan aplikasi pihak ketiga ialah:
    • peranti pada rangkaian Wi-Fi anda (seperti pembesar suara) yang boleh disambungkan dengan Perkhidmatan Spotify
    • peranti yang disediakan oleh sistem pengendalian anda semasa membuat sambungan melalui Bluetooth, pemalam dan pemasangan
    • aplikasi rakan kongsi Spotify untuk menentukan sama ada aplikasi ini dipasang pada peranti anda

Lokasi umum (bukan tepat) anda

Lokasi umum anda termasuklah negara, wilayah atau negeri. Kami boleh mengetahui maklumat ini daripada data teknikal (contohnya alamat IP anda, tetapan bahasa peranti anda) atau mata wang pembayaran.

Kami memerlukan maklumat ini untuk

  • memenuhi keperluan geografi dalam perjanjian kami dengan pemilik kandungan tentang Perkhidmatan Spotify
  • menyampaikan kandungan dan iklan yang berkaitan dengan anda

Data sensor peranti anda

Data sensor peranti dijana pergerakan atau dijana orientasi apabila perlu untuk menyediakan ciri Perkhidmatan Spotify yang memerlukan data ini. Ini ialah data yang peranti anda kumpulkan tentang cara anda menggerakkan atau memegang peranti anda.

Anda boleh menemukan Data Penggunaan anda dalam semua pakej muat turun data.

Pakej muat turun data akaun anda merangkumi, sebagai contoh, playlist yang anda buat (dalam fail 'Playlist.json'), pustaka anda (dalam fail 'YourLibrary.json'), pertanyaan carian (dalam fail 'SearchQueries.json') dan kesimpulan (dalam fail 'Inferences.json').

Anda boleh menemukan sejarah penstriman bagi tahun lalu dalam fail 'StreamingHistory.json' dalam pakej muat turun data akaun anda. Anda dapat menemukan sejarah penstriman penuh anda dalam pakej muat turun sejarah penstriman lanjutan anda.

Pakej muat turun data maklumat log teknikal anda mengandungi jenis Data Penggunaan lain yang telah kami kumpulkan untuk menyediakan dan menyelesaikan masalah Perkhidmatan Spotify. Cari perkara yang dilabelkan sebagai 'Data Penggunaan' dalam fail ReadMeFirst yang disediakan dalam pakej muat turun data maklumat log teknikal, kemudian cari fail json dengan tajuk yang sama seperti peristiwa dalam fail ReadMeFirst. Jika fail json tertentu tiada dalam pakej muat turun data maklumat log teknikal anda, itu bermaksud kami tidak memproses data tersebut.

Data Suara

Jika ciri suara tersedia dalam pasaran anda dan apabila anda telah memilih untuk menggunakan ciri suara ini, kami akan mengumpulkan dan memproses data suara. Data suara bermakna rakaman audio suara anda dan transkrip rakaman tersebut.

Jika anda pernah menggunakan mana-mana ciri suara, anda boleh menemukan Data Suara anda dalam fail 'Voiceinput.json' dalam pakej muat turun data akaun anda. Jika fail 'Voiceinput.json' tiada dalam pakej muat turun data akaun anda, itu bermaksud kami tidak memproses Data Suara anda.

Data Pembayaran dan Pembelian

Jika anda membuat apa-apa pembelian daripada Spotify atau mendaftar untuk Pilihan Perkhidmatan berbayar atau percubaan, kami memproses data pembayaran anda.

Data peribadi sebenar yang dikumpulkan dan digunakan akan berbeza mengikut kaedah pembayaran. Ini akan merangkumi maklumat seperti:

  • nama
  • tarikh lahir
  • jenis kaedah pembayaran (contohnya kad kredit atau kad debit)
  • jika anda menggunakan kad debit atau kredit, jenis kad, tarikh tamat tempoh dan digit tertentu nombor kad anda (Harap maklum: Untuk tujuan keselamatan, kami tidak sekali-kali menyimpan nombor kad penuh anda)
  • poskod/kod ZIP
  • nombor telefon mudah alih
  • butiran sejarah pembelian dan pembayaran anda

Anda boleh menemukan Data Pembayaran dan Pembelian asas dalam fail 'Payments.json' dalam pakej muat turun data akaun anda. Jika fail 'Payments.json' tiada dalam pakej muat turun data akaun anda, itu bermaksud kami tidak memproses data pembayaran anda. Data tambahan tentang transaksi pembelian juga boleh ditemukan dalam pakej muat turun data maklumat log teknikal.

Data Tinjauan dan Penyelidikan

Apabila anda menjawab tinjauan atau mengambil bahagian dalam penyelidikan pengguna, kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi yang anda berikan.

Anda boleh menemukan jawapan anda kepada tinjauan sokongan pelanggan dalam fail 'CustomerServiceHistoryandSurveyData.json' dalam pakej muat turun data akaun anda.

5. Kategori penerima yang mungkin menerima data peribadi

Bahagian ini menerangkan pihak yang menerima data peribadi yang dikumpulkan atau dijana melalui penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Spotify.

Maklumat yang tersedia untuk orang awam

Data peribadi berikut akan sentiasa tersedia secara umum di Perkhidmatan Spotify (kecuali kepada mana-mana pengguna yang telah anda sekat):

  • nama profil anda
  • foto profil anda
  • playlist umum anda
  • kandungan lain yang anda siarkan pada Perkhidmatan Spotify dan sebarang tajuk, huraian dan imej yang berkaitan
  • individu yang anda ikuti dalam Perkhidmatan Spotify
  • yang mengikuti anda di Perkhidmatan Spotify

Anda atau pengguna lain boleh berkongsi maklumat tertentu yang tersedia secara umum pada perkhidmatan pihak ketiga, seperti media sosial atau platform pemesejan. Ini termasuk:

  • profil anda
  • sebarang kandungan yang anda siarkan di Spotify dan butiran tentang kandungan tersebut
  • playlist anda dan mana-mana tajuk, huraian dan imej yang berkaitan

Apabila perkongsian ini berlaku, perkhidmatan pihak ketiga boleh menyimpan salinan perkongsian tersebut untuk menyokong ciri mereka.

Data peribadi yang boleh anda pilih untuk dikongsi

Kami hanya akan berkongsi data peribadi berikut dengan penerima yang digariskan dalam jadual di bawah:

  • apabila anda telah memilih untuk menggunakan ciri Perkhidmatan Spotify atau aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga dan kami perlu berkongsi data peribadi untuk membolehkan penggunaan ini atau
  • jika anda memberikan kebenaran kepada kami untuk berkongsi data peribadi. Contohnya, anda boleh berbuat demikian dengan memilih tetapan yang sewajarnya dalam Perkhidmatan Spotify atau dengan memberikan persetujuan anda
Kategori penerima
Kategori data yang boleh anda pilih untuk dikongsi
Sebab perkongsian

Aplikasi, perkhidmatan dan peranti pihak ketiga yang anda sambungkan kepada Akaun Spotify anda

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan

Untuk menyambungkan akaun Spotify anda atau membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan Spotify berhubungan dengan aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga.

Contoh aplikasi, perkhidmatan dan peranti pihak ketiga tersebut termasuk:

  • aplikasi media sosial
  • peranti pembesar suara
  • televisyen
  • platform automotif
  • pembantu suara

Anda boleh melihat dan mengeluarkan banyak sambungan pihak ketiga di bawah 'Aplikasi' dalam akaun anda.

Komuniti sokongan

  • Data Pengguna

Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Komuniti Sokongan Spotify.

Apabila anda mendaftar untuk akaun pada Komuniti Sokongan Spotify, kami akan meminta anda membuat nama profil yang khusus. Nama ini akan dipaparkan secara umum kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Komuniti Sokongan Spotify. Kami juga akan memaparkan apa-apa soalan atau komen yang anda siarkan.

Pengguna Spotify yang lain

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan
  • Data Suara

Untuk berkongsi maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan Spotify oleh anda dengan pengguna Spotify lain, termasuk pengikut anda.

Contohnya, di bawah tetapan 'Sosial', anda boleh memilih untuk sama ada berkongsi artis yang baru dimainkan dan playlist anda pada profil anda atau tidak. Anda juga boleh memilih untuk membuat atau menyertai playlist kongsi bersama orang lain yang memberi anda cadangan sosial berdasarkan aktiviti mendengar anda.

Artis dan syarikat rakaman

  • Data Pengguna

Untuk menerima berita atau tawaran promosi daripada artis, syarikat rakaman atau rakan kongsi lain.

Anda boleh memilih untuk berkongsi Data Pengguna anda untuk tujuan ini. Anda boleh mengubah fikiran dan menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.

Maklumat yang boleh kami kongsi

Lihat jadual ini untuk mendapatkan butiran tentang individu yang kami berkongsi maklumat dan sebab perkongsian.

Kategori penerima
Kategori data
Sebab perkongsian

Pembekal perkhidmatan

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Ini supaya mereka boleh membekalkan perkhidmatan mereka kepada Spotify.

Pembekal perkhidmatan ini mungkin termasuk pihak yang kami ambil bekerja untuk:

  • memberikan sokongan pelanggan
  • mengendalikan infrastruktur teknikal yang kami perlukan untuk membekalkan Perkhidmatan Spotify
  • membantu dalam melindungi dan menjamin keselamatan sistem dan perkhidmatan kami (contohnya reCAPTCHA Google)
  • membantu memasarkan produk, perkhidmatan, acara dan promosi Spotify (dan rakan kongsi kami)

Rakan kongsi pembayaran

  • Data Pengguna
  • Data Pembayaran dan Pembelian

Ini supaya mereka boleh memproses pembayaran anda dan untuk tujuan antipenipuan.

Rakan kongsi pengiklanan

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan

Ini supaya mereka boleh membantu kami menyampaikan pengiklanan yang lebih berkaitan dengan anda dalam Perkhidmatan Spotify dan membantu untuk menilai keberkesanan iklan.

Contohnya, rakan kongsi iklan kami membantu kami memudahkan pengiklanan tersuai. Lihat bahagian ‘Hak anda’ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengiklanan tersuai.

Rakan Kongsi Pemasaran

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan

Untuk mempromosikan Spotify dengan rakan kongsi kami. Kami berkongsi Data Pengguna dan Data Penggunaan tertentu dengan rakan kongsi ini jika perlu untuk:

  • membolehkan anda menyertai promosi Spotify, termasuk percubaan atau tawaran kelompok yang lain
  • mempromosikan Spotify dalam media dan pengiklanan yang diterbitkan pada perkhidmatan dalam talian yang lain
  • membantu kami dan rakan kongsi kami menilai keberkesanan promosi Spotify

Contoh rakan kongsi termasuk:

  • rakan kongsi pemasaran atau penajaan
  • laman web dan aplikasi mudah alih yang menjual ruang pengiklanan kepada kami pada perkhidmatan mereka
  • rakan kongsi peranti, aplikasi dan mudah alih yang juga menawarkan promosi Spotify

Rakan kongsi kami juga mungkin menggabungkan data peribadi yang kami kongsi dengan mereka dengan data lain yang dikumpulkan oleh mereka tentang diri anda, cth. penggunaan perkhidmatan mereka oleh anda. Kami dan rakan kongsi kami boleh menggunakan maklumat ini untuk menunjukkan tawaran, promosi atau pemasaran lain kepada anda yang kami fikir anda akan dapati sebagai berkaitan.

Platform Pengehosan

  • Data Penggunaan

Platform pengehosan mengehoskan podcast agar podcast boleh disampaikan kepada anda. Kami berkongsi data tertentu seperti alamat IP anda dengan platform pengehosan semasa anda memainkan podcast. Kami juga membenarkan anda menstrim podcast yang tersedia daripada platform pengehosan lain yang tidak dimiliki oleh Spotify.

Penyedia podcast harus menjelaskan platform yang mengehoskan podcast mereka dalam penerangan rancangan atau episod. Lihat dasar privasi platform pengehosan tentang cara platform menggunakan data yang dikongsi dengan platform itu.

Penyelidik akademik

  • Data Pengguna
  • Data Penggunaan

Untuk aktiviti seperti analisis statistik dan kajian akademik tetapi hanya dalam format nama samaran. Data nama samaran bermaksud bahawa data anda dikenal pasti oleh kod dan bukannya nama atau maklumat lain yang mengenal pasti anda secara langsung.

Syarikat kumpulan Spotify lain, termasuk syarikat yang Spotify peroleh

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Untuk menjalankan operasi perniagaan harian kami serta supaya kami dapat menyelenggara, menambah baik dan menyediakan Perkhidmatan Spotify dan perkhidmatan syarikat yang diperolehi kepada anda.

Misalnya:

  • membolehkan pekerja kami yang bekerja untuk syarikat kumpulan yang berbeza-beza membangunkan dan menambah baik ciri untuk Perkhidmatan Spotify
  • berkongsi data dengan syarikat pengukuran kami untuk mengukur keberkesanan kempen iklan yang berjalan di Perkhidmatan Spotify
  • berkongsi data dengan syarikat podcast kami bagi lebih memahami trend mendengar pengguna

Penguat kuasa undang-undang dan pihak berkuasa lain atau pihak lain dalam litigasi

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Apabila kami yakin perkongsian ini diperlukan, contohnya:

  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang
  • untuk memberikan respons kepada proses undang-undang yang sah (seperti waran geledah, perintah mahkamah atau sepina)
  • untuk kepentingan wajar kami atau pihak ketiga, berkaitan dengan:
    • keselamatan negara
    • penguatkuasaan undang-undang
    • litigasi (kes mahkamah)
    • siasatan jenayah
    • melindungi keselamatan seseorang
    • mencegah kematian atau kecederaan badan yang mungkin berlaku

Pembeli perniagaan kami

  • Data Pengguna
  • Data Alamat Jalan
  • Data Penggunaan
  • Data Suara
  • Data Pembayaran dan Pembelian
  • Data Tinjauan dan Penyelidikan

Jika kami menjual atau berunding untuk menjual perniagaan kami kepada pembeli atau pembeli yang berpotensi.

Dalam keadaan ini, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada pengganti atau ahli gabungan sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut.

Anda boleh menemukan senarai pihak ketiga yang mungkin kami kongsikan data anda dalam fail ‘Recipients.json’ dalam pakej muat turun data maklumat log teknikal.

6. Kriteria untuk pengekalan data peribadi

Kami menyimpan data peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan Spotify kepada anda dan untuk tujuan perniagaan Spotify yang sah dan penting, seperti:

  • mengekalkan prestasi Perkhidmatan Spotify
  • membuat keputusan perniagaan berdasarkan data tentang ciri dan tawaran baharu
  • mematuhi kewajipan undang-undang kami
  • menyelesaikan pertikaian

Berikut ialah beberapa kategori tempoh pengekalan kami dan kriteria yang kami gunakan untuk menentukan tempoh:

  • Data yang dikekalkan sehingga anda alih keluar
    Anda berhak meminta kami memadamkan data peribadi anda yang tertentu. Lihat bahagian tentang ‘Pemadaman’ dalam ‘Hak anda’ untuk mendapatkan maklumat tambahan serta keadaan yang membolehkan kami bertindak mengikut permintaan anda.

Anda juga boleh memadamkan data peribadi tertentu terus daripada Perkhidmatan Spotify: contohnya, anda boleh mengedit atau memadamkan gambar profil anda. Apabila pengguna dapat melihat dan mengemaskinikan data peribadi mereka sendiri, kami akan menyimpan maklumat itu selagi pengguna memilih untuk berbuat demikian melainkan salah satu daripada tujuan terhad yang diterangkan di bawah terpakai.

  • Data yang tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu
    Kami telah menetapkan tempoh pengekalan tertentu agar sesetengah data tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu. Contohnya, data peribadi yang mungkin anda masukkan sebagai sebahagian daripada pertanyaan carian biasanya dipadamkan selepas 90 hari.
  • Data yang dikekalkan sehingga akaun Spotify anda dipadamkan
    Kami menyimpan sesetengah data sehingga akaun Spotify anda dipadamkan. Contoh data sedemikian termasuk nama pengguna dan maklumat profil Spotify anda. Kami juga biasanya menyimpan sejarah penstriman sepanjang hayat sebuah akaun, sebagai contoh, untuk menyediakan playlist retrospektif yang dinikmati oleh pengguna dan cadangan diperibadikan yang mengambil kira tabiat mendengar (contohnya, Kapsul Masa Anda atau Summer Rewind Anda). Apabila akaun Spotify anda dipadamkan, kategori data ini dipadamkan atau dijadikan tanpa nama.
  • Data yang dikekalkan selama tempoh masa yang dilanjutkan untuk tujuan terhad
    Selepas akaun anda dipadamkan, kami menyimpan sesetengah data selama tempoh masa yang lebih lama, tetapi untuk tujuan yang terhad sahaja. Contohnya, kami mungkin tertakluk pada kewajipan undang-undang atau kontraktual yang memerlukan pengekalan ini. Ini mungkin termasuk undang-undang pengekalan data wajib, perintah kerajaan untuk mengekalkan data yang berkaitan dengan siasatan atau data yang disimpan untuk tujuan litigasi. Kami juga mungkin menyimpan data yang telah dikeluarkan daripada Perkhidmatan Spotify selama tempoh masa yang terhad. Ini mungkin dilakukan bagi:
    • memastikan keselamatan pengguna atau
    • memberikan perlindungan daripada kandungan berbahaya pada platform kami.

Ini membantu kami menyiasat kemungkinan pelanggaran Garis Panduan Pengguna dan Peraturan Platform kami. Sebaliknya, kami akan mengeluarkan kandungan yang menyalahi undang-undang apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang.

7. Hak anda

Undang-undang privasi, termasuk GDPR, memberi individu hak terhadap data peribadi mereka.

Sesetengah hak hanya terpakai apabila Spotify menggunakan 'asas undang-undang' tertentu untuk memproses data anda. Kami menerangkan setiap asas undang-undang, serta waktu Spotify menggunakan setiap asas tersebut, dalam bahagian ‘Tujuan pemprosesan data peribadi anda’.

Jadual di bawah menjelaskan:

  • hak anda
  • keadaan apabila hak anda terpakai (seperti asas undang-undang yang diperlukan)
  • cara menggunakan hak anda

Anda berhak untuk...
Bagaimanakah caranya?

Dapatkan makluman

Dimaklumkan tentang data peribadi yang kami proses perihal anda dan cara kami memproses data tersebut.

Kami memaklumkan kepada anda:

  • melalui Dasar Privasi kami
  • melalui maklumat yang diberikan kepada anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan Spotify dan
  • dengan menjawab soalan dan permintaan khusus anda apabila anda menghubungi kami

Akses

Meminta akses kepada data peribadi tentang diri anda yang kami proses.

Untuk meminta salinan data peribadi anda daripada Spotify, anda boleh sama ada:

Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang data yang boleh anda minta akses, lihat bahagian ‘Perihal pakej muat turun data anda’.

Pembetulan

Meminta kami meminda atau mengemas kini data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap.

Anda boleh mengedit Data Pengguna anda di bawah 'Edit Profil' dalam akaun anda atau dengan menghubungi kami.

Pemadaman

Meminta kami memadamkan data peribadi anda yang tertentu.

Misalnya, anda boleh meminta kami memadamkan data peribadi:

  • yang kami tidak perlukan lagi untuk tujuan data tersebut dikumpulkan
  • yang kami proses berdasarkan asas undang-undang persetujuan dan anda menarik balik persetujuan anda
  • apabila anda membantah (lihat bahagian ‘Bantahan’ di bawah) dan
    • anda membuat bantahan yang wajar, atau
    • anda membantah pemasaran langsung

Terdapat situasi yang mana Spotify tidak dapat memadamkan data anda, contohnya apabila:

  • kami masih perlu memproses data untuk tujuan data tersebut dikumpulkan
  • Kepentingan Spotify dalam menggunakan data mengatasi kepentingan anda untuk memadamkan data tersebut. Misalnya, apabila kami memerlukan data tersebut untuk melindungi perkhidmatan kami daripada penipuan
  • Spotify mempunyai kewajipan undang-undang untuk menyimpan data tersebut, atau
  • Spotify memerlukan data tersebut untuk menetapkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang. Misalnya, jika terdapat isu yang belum selesai berkaitan akaun anda

Terdapat beberapa cara anda boleh memadamkan data peribadi daripada Spotify:

  • untuk mengeluarkan kandungan audio daripada profil anda, pilih kandungan yang berkaitan dan pilih untuk mengeluarkan kandungan tersebut. Contohnya, anda boleh mengeluarkan playlist daripada profil anda atau mengeluarkan lagu daripada playlist anda
  • untuk meminta pemadaman data peribadi anda yang lain daripada Spotify, ikut langkah pada halaman sokongan kami. Data ini merangkumi Data Pengguna, Data Pengguna dan data lain yang disenaraikan dalam bahagian ‘Tujuan pemprosesan data peribadi anda
  • anda juga boleh menghubungi kami untuk meminta pemadaman

Sekatan

Meminta kami menghentikan pemprosesan pada semua atau sebahagian daripada data peribadi anda.

Anda boleh berbuat begini jika:

  • data peribadi anda tidak tepat
  • pemprosesan kami menyalahi undang-undang
  • kami tidak memerlukan maklumat anda bagi tujuan yang khusus, atau
  • anda membantah pemprosesan kami dan kami sedang menilai permintaan bantahan anda. Lihat bahagian ‘Bantahan’ di bawah

Anda boleh meminta agar kami menghentikan pemprosesan ini buat sementara waktu atau selama-lamanya.

Anda boleh melaksanakan hak anda terhadap sekatan dengan menghubungi kami.

Bantahan

Membantah tindakan kami memproses data peribadi anda.

Anda boleh berbuat begini jika:

  • Spotify memproses data peribadi anda menurut asas undang-undang untuk kepentingan yang sah, atau
  • Spotify memproses data peribadi anda untuk tujuan pengiklanan tersuai

Bagi menggunakan hak anda untuk membantah, anda boleh:

Kemudahalihan data

Meminta salinan data peribadi anda dalam format elektronik dan hak untuk memindahkan data peribadi tersebut untuk kegunaan dalam perkhidmatan pihak lain.

Anda boleh meminta kami supaya memindahkan data anda apabila kami memproses data peribadi anda menurut asas undang-undang persetujuan atau pelaksanaan kontrak. Walau bagaimanapun, Spotify akan cuba memenuhi sebarang permintaan setakat yang mungkin.

Bagi mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan hak untuk kemudahalihan, lihat ‘Akses’ di atas.

Tidak tertakluk pada pembuatan keputusan automatik

Tidak tertakluk kepada keputusan yang hanya berdasarkan kepada pembuatan keputusan automatik (keputusan tanpa penglibatan manusia), termasuk pemprofilan, apabila keputusan itu memberikan kesan undang-undang kepada anda atau menghasilkan kesan besar yang serupa.

Spotify tidak menjalankan pembuatan keputusan automatik sebegini dalam Perkhidmatan Spotify.

Penarikan balik persetujuan

Menarik balik persetujuan anda terhadap pengumpulan atau penggunaan data peribadi anda oleh kami.

Anda boleh berbuat demikian jika Spotify memproses data peribadi anda atas asas undang-undang persetujuan.

Untuk menarik balik persetujuan anda, anda boleh:

  • menyesuaikan kawalan yang berkenaan di Spotify
  • hubungi kami

Hak untuk membuat aduan

Menghubungi Pihak Berkuasa Perlindungan Privasi Sweden atau pihak berkuasa perlindungan data setempat anda mengenai sebarang pertanyaan atau kebimbangan.

Anda boleh menemukan butiran Pihak Berkuasa Sweden di sini. Anda juga boleh pergi ke laman web pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

Kawalan pengiklanan tersuai

Apakah itu pengiklanan tersuai?

  • Ini ialah ciri yang membolehkan kami menggunakan maklumat pihak ketiga tentang anda untuk menyesuaikan iklan agar lebih berkaitan dengan anda. Ini juga dikenali sebagai pengiklanan berdasarkan minat.
  • Contoh iklan tersuai adalah apabila rakan kongsi iklan mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa anda menyukai kereta. Hal ini membolehkan kami memaparkan iklan tentang kereta kepada anda.

Cara mengawal pengiklanan tersuai:

  • Anda boleh mengawal pengiklanan tersuai pada halaman Privasi Akaun anda di bawah 'Iklan Tersuai'.
  • Anda juga boleh mengawal pengiklanan tersuai untuk sesetengah podcast menggunakan pautan dalam huraian rancangan episod. Ini terpakai apabila penyedia kandungan menyisipkan pengiklanan ke dalam podcast untuk tujuan membiayai podcast. Penyedia pengehosan, yang mungkin bukan Spotify, mengurus kawalan ini untuk podcast.
Jika anda 'menarik diri' daripada Iklan Tersuai pada halaman Privasi Akaun anda, anda tetap boleh menerima iklan. Ini termasuk pada Pilihan Perkhidmatan percuma kami serta Pilihan Perkhidmatan berbayar kami, mana-mana yang berkenaan (contohnya, pengiklanan dalam podcast). Jenis pengiklanan ini adalah berdasarkan maklumat pendaftaran anda dan kandungan yang sedang anda dengar pada perkhidmatan kami. Contohnya, jika anda mendengar podcast masakan, anda mungkin mendengar iklan tentang pemproses makanan.

8. Maklumat tentang sumber data peribadi

Selain data yang kami kumpulkan daripada anda apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify, mengemas kini akaun anda atau sepanjang penggunaan Perkhidmatan Spotify oleh anda, kami mungkin menerima data tertentu daripada sumber lain (‘pihak ketiga’). Jadual di bawah menunjukkan kategori pihak ketiga dan penerangan masing-masing.

Kategori pihak ketiga
Huraian
Kategori data

Rakan kongsi pengesahan

Jika anda mendaftar atau log masuk ke perkhidmatan kami menggunakan perkhidmatan lain, perkhidmatan tersebut akan menghantar maklumat anda kepada kami. Maklumat ini membantu dalam penghasilan akaun anda dengan kami.

Data Pengguna

Aplikasi, perkhidmatan dan peranti pihak ketiga yang anda sambungkan kepada akaun Spotify anda

Jika anda menyambungkan akaun Spotify anda dengan aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga, kami boleh mengumpulkan dan menggunakan maklumat daripada aplikasi, perkhidmatan atau peranti tersebut. Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah untuk membolehkan penyepaduan.

Aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga ini mungkin termasuk:

  • media sosial
  • peranti termasuk:
    • audio (contohnya pembesar suara dan fon kepala)
    • jam tangan pintar
    • televisyen
    • telefon mudah alih dan tablet
    • automotif (contohnya kereta)
    • konsol permainan
  • perkhidmatan atau platform seperti pembantu suara atau platform kandungan

Kami akan meminta keizinan anda sebelum kami mengumpulkan maklumat anda daripada pihak ketiga tertentu.

Data Pengguna

Data Penggunaan

Rakan kongsi perkhidmatan teknikal

Kami bekerjasama dengan rakan kongsi perkhidmatan teknikal yang memberi kami data tertentu. Ini termasuk pemetaan alamat IP kepada data lokasi bukan tepat (cth. negara atau rantau, bandar, negeri).

Hal ini membolehkan Spotify membekalkan Perkhidmatan Spotify, kandungan dan ciri.

Kami juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan keselamatan yang membantu kami melindungi akaun pengguna.

Data Pengguna

Data Penggunaan

Rakan kongsi pembayaran dan Pedagang

Jika anda memilih untuk membayar melalui pihak ketiga (contohnya pembawa telekomunikasi) atau melalui invois, kami mungkin mendapat data daripada rakan kongsi pembayaran kami.

Hal ini membolehkan kami:

  • menghantar invois kepada anda
  • memproses pembayaran anda
  • memberikan pembelian anda

Jika kami menghalakan anda kepada pedagang, kami menerima data yang berkaitan dengan pembelian anda daripada pedagang tersebut. Misalnya, kami mungkin menghalakan anda kepada kedai barang dagangan artis pada platform pihak ketiga atau kepada laman web penjualan tiket pihak ketiga.

Penerimaan data ini membolehkan kami:

  • mengira sebarang komisen yang terhutang pada kami
  • menganalisis keberkesanan kerjasama kami dengan rakan kongsi pedagang ini
  • memahami minat anda

Data Pembayaran dan Pembelian

Rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran

Kami menerima kesimpulan daripada rakan kongsi pengiklanan atau pemasaran tertentu. Kesimpulan ini ialah pemahaman rakan kongsi tersebut tentang minat dan pilihan anda.

Hal ini membolehkan kami menyampaikan iklan dan pemasaran yang lebih berkaitan.

Data Penggunaan

Syarikat yang diperoleh

Kami mungkin menerima data tentang anda daripada syarikat yang kami peroleh. Ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan, produk dan tawaran kami.

Data Pengguna

Data Penggunaan

9. Pemindahan antarabangsa

Atas sebab sifat global perniagaan kami, Spotify berkongsi data peribadi anda pada peringkat antarabangsa dengan syarikat kumpulan Spotify, subkontraktor dan rakan kongsi semasa menjalankan aktiviti yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami. Mereka mungkin memproses data anda di negara dengan undang-undang perlindungan data yang tidak dianggap seketat undang-undang EU atau undang-undang yang dikuatkuasakan di tempat anda bermastautin. Contohnya, mereka mungkin tidak memberi anda hak yang sama terhadap data anda.

Apabila kami memindahkan data peribadi pada peringkat antarabangsa, kami menggunakan alat untuk:

  • memastikan pemindahan data mematuhi undang-undang berkenaan; dan
  • membantu untuk memberikan data anda tahap perlindungan yang sama seperti yang diberikan di EU

Untuk memastikan setiap pemindahan data mematuhi perundangan EU yang berkenaan, kami menggunakan mekanisme undang-undang berikut:

  • Fasal Kontraktual Standard (‘SCC’). Fasal ini menghendaki pihak ketiga melindungi data anda dan memberi anda hak dan perlindungan yang setara dengan keperluan EU. Anda boleh menggunakan hak anda di bawah Fasal Kontraktual Standard dengan menghubungi kami atau pihak ketiga yang memproses data peribadi anda.
  • Keputusan Kecukupan. Ini bermakna bahawa kami memindahkan data peribadi ke negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah yang mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk melindungi data peribadi, seperti yang ditentukan oleh Suruhanjaya Eropah. Contohnya, kami memindahkan data peribadi anda kepada vendor yang berpangkalan di United Kingdom, Kanada, Jepun, Republik Korea dan Switzerland.

Kami juga mengenal pasti dan menggunakan perlindungan tambahan yang sesuai untuk setiap pemindahan data. Contohnya, kami menggunakan:

  • perlindungan teknikal, seperti penyulitan dan nama samaran
  • dasar dan proses untuk mencabar permintaan pihak berkuasa kerajaan yang tidak seimbang atau menyalahi undang-undang

10. Hubungi kami

Dengan memberikan maklumat ini, matlamat kami adalah untuk anda memahami cara data peribadi anda diproses dalam Perkhidmatan Spotify dan mampu melaksanakan hak privasi dan pilihan yang tersedia untuk anda. Jika kami gagal berbuat demikian dengan apa-apa cara pun, sila hubungi kami! Kami bersedia menerangkan tentang mana-mana data peribadi yang telah disertakan dalam muat turun data anda atau menjawab apa-apa pertanyaan anda tentang maklumat yang telah kami sediakan dan cara maklumat tersebut terpakai untuk penggunaan khusus Perkhidmatan Spotify oleh anda.

Cara terbaik untuk menghubungi kami adalah melalui e-mel di privacy@spotify.com.