Terma dan Syarat Tawaran Istimewa Pelan Keluarga Spotify®

Tawaran ini ("Tawaran Istimewa Pelan Keluarga"), yang diberikan kepada anda oleh Spotify (seperti ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify), membolehkan pemegang akaun utama dan sehingga empat (4) akaun subsidiari ("subakaun") untuk mengakses Perkhidmatan Premium Spotify (seperti ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify) selama tempoh tiga (3) bulan bermula dari tempoh anda mengaktifkan tempoh percubaan itu dengan menghantar butiran pembayaran anda dan membayar harga yang diiklankan ("Tempoh Percubaan Pengenalan") sebanyak harga satu Langganan Premium penuh. Dengan menyerahkan butiran pembayaran, anda (i) menerima Tawaran Istimewa Pelan Keluarga, (ii) membenarkan kami menggunakan butiran pembayaran anda menurut Dasar Privasi kami, (iii) memaklumi dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Penggunaan Spotify serta Terma dan semua Terma dan Syarat ini.

Kad hadiah Spotify tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran sah untuk Pelan Keluarga Spotify. Jika anda sekarang melanggan Spotify melalui pihak ketiga (seperti syarikat telefon), anda tidak akan dapat memanfaatkan tawaran ini. Tiada diskaun lain yang boleh diguna pakai. Jika anda memutuskan untuk tidak kekal menjadi pengguna berbayar Perkhidmatan Premium Spotify, anda perlu membatalkan langganan Perkhidmatan Premium anda dengan log masuk ke akaun Spotify anda dan mengikut arahan dalam halaman Akaun, atau dengan mengklik di sini dan mengikut arahan yang diberi, sebelum Tempoh Percubaan Pengenalan anda berakhir. Jika tidak, pada akhir Tempoh Percubaan Pengenalan anda, anda akan menjadi pengguna berbayar penuh Perkhidmatan Premium Spotify secara automatik pada harga bulanan Pelan Keluarga Spotify biasa, dan kaedah pembayaran yang maklumatnya anda berikan kepada kami akan dicaj yuran langganan Pelan Keluarga Spotify setiap bulan secara automatik, sehingga anda membatalkan langganan Perkhidmatan Premium Pelan Keluarga anda. Jika pemegang akaun utama membatalkan langganan Premium, semua subakaun yang berkaitan akan kembali berada dalam Perkhidmatan Percuma Spotify.

Tiada bayaran balik atau kredit untuk langganan bulanan separa. Jika Spotify menaikkan yuran bulanan pada masa akan datang, kami akan memberikan notis kepada anda. Perubahan harga akan berkuat kuasa pada permulaan tempoh langganan seterusnya selepas tarikh perubahan harga. Dengan terus menggunakan Perkhidmatan Spotify selepas perubahan harga berkuat kuasa, anda bersetuju dengan harga baharu itu. Perkhidmatan Spotify mungkin tidak boleh didapati pada peranti peribadi tertentu.

Spotify AB

Regeringsgatan 19, SE-111 53 Stockholm

Sweden

SE556703748501