Terma Penggunaan Spotify
Terakhir dikemaskinikan: 26 Ogos 2025
2. Perkhidmatan Spotify yang Kami Sediakan
3. Penggunaan Perkhidmatan Spotify
4. Kandungan dan Hak Harta Intelek
5. Sokongan Pelanggan, Maklumat, Pertanyaan dan Aduan
1. Pengenalan
Sila baca Terma Penggunaan ini ("Terma" ini) dengan teliti kerana terma ini mengawal penggunaan anda (yang merangkumi akses kepada) perkhidmatan diperibadikan Spotify untuk penstriman muzik dan kandungan lain, termasuk semua laman web dan aplikasi perisian kami yang menggabungkan atau memaut kepada Terma ini (secara berkelompok, "Perkhidmatan Spotify") dan sebarang muzik, video, audio siar atau bahan lain yang disediakan melalui Perkhidmatan Spotify ("Kandungan").
Penggunaan Perkhidmatan Spotify mungkin tertakluk pada terma dan syarat tambahan yang dimaklumkan oleh Spotify yang disertakan di sini melalui rujukan ini dalam Terma ini (secara kolektif "Perjanjian"). Sila rujuk Seksyen 7 di bawah untuk mendapatkan maklumat perihal terma tambahan tersebut dan cara boleh kami mengubah Terma ini atau terma tambahan yang digabungkan melalui rujukan. Untuk mengetahui lebih lanjut perihal cara Spotify mengumpul, menggunakan, berkongsi dan melindungi data peribadi anda, sila lihat Dasar Privasi Spotify.
Dengan mendaftar atau menggunakan Perkhidmatan Spotify, anda bersetuju dengan Terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan Spotify atau mengakses sebarang Kandungan.
Penyedia Perkhidmatan
Terma ini dilaksanakan antara anda dengan Spotify AB, Regeringsgatan 19, 111 53, Stockholm, Sweden.
Keperluan umur dan kelayakan
Untuk menggunakan Perkhidmatan Spotify dan mengakses sebarang Kandungan, anda perlu (1) berumur 13 tahun (atau umur minimum yang setara di negara anda) atau lebih tua, (2) mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga jika anda bawah umur di negara tempat tinggal anda; (3) memiliki kuasa untuk mengikat kontrak dengan kami dan tidak dihalang daripada berbuat demikian di bawah sebarang undang-undang yang berkenaan dan (4) menetap di negara tempat Perkhidmatan ini tersedia. Anda juga berjanji bahawa pendaftaran maklumat yang anda serahkan kepada Spotify adalah benar, tepat dan lengkap serta anda bersetuju untuk mengekalkannya sedemikian pada setiap masa. Jika anda di bawah umur di negara tempat tinggal anda, ibu bapa atau penjaga anda perlu terikat kepada Terma ini bagi pihak anda. Jika anda tidak memenuhi keperluan umur minimum untuk menggunakan Perkhidmatan Spotify dan mengakses Kandungan maka anda tidak boleh mendaftar sebagai pengguna. Di pasaran tertentu, Spotify mungkin menawarkan pemegang akaun utama peluang untuk membenarkan akses kepada pengalaman kanak-kanak sebagai sebahagian daripada langganan keluarga. Dengan membolehkan akses tersebut, pemegang akaun utama mengesahkan bahawa mereka penjaga sah bagi mana-mana pengguna yang mengakses pengalaman tersebut dan bahawa mereka memberi kebenaran kepada pengguna yang lebih muda untuk menggunakan Spotify.
2. Perkhidmatan Spotify yang Kami Sediakan
Pilihan Perkhidmatan Spotify
Kami menyediakan pelbagai pilihan Perkhidmatan Spotify. Sesetengah pilihan Perkhidmatan Spotify disediakan secara percuma, manakala pilihan lain memerlukan bayaran sebelum boleh diakses ("Langganan Berbayar"). Kami mungkin juga menawarkan pelan promosi, keahlian atau perkhidmatan khas, termasuk tawaran produk dan perkhidmatan pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab atas produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga tersebut.
Percubaan
Dari semasa ke semasa, kami atau orang lain bagi pihak kami mungkin menawarkan percubaan Langganan Berbayar bagi tempoh tertentu tanpa bayaran atau pada kadar yang lebih rendah ("Percubaan"). Dengan menggunakan Perkhidmatan Spotify melalui Percubaan, anda bersetuju dengan Terma Tawaran Promosi Spotify Premium.
Aplikasi, Peranti dan Perisian Sumber Terbuka Pihak Ketiga
Perkhidmatan Spotify boleh disepadukan atau berinteraksi dengan aplikasi, laman web dan perkhidmatan pihak ketiga ("Aplikasi Pihak Ketiga") serta komputer peribadi, telefon bimbit, tablet, peranti boleh dipakai, pembesar suara pihak ketiga dan peranti lain ("Peranti"). Penggunaan anda terhadap Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti tersebut mungkin tertakluk pada terma, syarat dan dasar tambahan yang disediakan kepada anda oleh pihak ketiga yang berkenaan. Spotify tidak menjamin Aplikasi dan Peranti Pihak Ketiga tersebut akan serasi dengan Perkhidmatan Spotify.
Pengehadan dan Pengubahsuaian Perkhidmatan
Kami menggunakan hemat dan kemahiran yang munasabah untuk memastikan Perkhidmatan Spotify tetap beroperasi dan memberi anda pengalaman audio yang mengasyikkan dan diperibadikan. Walau bagaimanapun, tawaran perkhidmatan kami dan ketersediaan perkhidmatan kami mungkin berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk pada undang-undang yang berkenaan, tanpa liabiliti kepada anda; sebagai contoh:
- Perkhidmatan Spotify mungkin mengalami gangguan sementara disebabkan masalah teknikal, penyelenggaraan, ujian atau kemaskinian, termasuk proses yang diperlukan untuk menunjukkan perubahan dalam undang-undang dan keperluan kawal selia yang berkaitan.
- Kami bermatlamat untuk mengembangkan dan meningkatkan Perkhidmatan kami secara berterusan dan kami mungkin mengubah suai, menggantung atau berhenti (secara kekal atau sementara) menyediakan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan Spotify (termasuk fungsi, ciri, pelan langganan dan tawaran promosi tertentu).
- Penawaran kandungan kami sentiasa berubah-ubah dan disesuaikan mengikut keperluan komuniti Spotify. Spotify tidak bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang kandungan tertentu melalui Perkhidmatan Spotify dan Spotify atau pemilik yang berkenaan boleh mengalih keluar lagu, video, audio siar dan Kandungan lain yang tertentu tanpa notis.
Anda berhak untuk menamatkan Terma ini jika anda tidak lagi mahu menggunakan Perkhidmatan Spotify ini seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 di bawah.
Jika anda mempunyai yuran prabayar langsung kepada Spotify untuk Langganan Berbayar yang dihentikan oleh Spotify sebelum akhir Tempoh Prabayar anda (seperti terma yang ditakrifkan dalam seksyen Bayaran dan pembatalan di bawah), Spotify akan membayar balik bayaran prabayar anda untuk Tempoh Prabayar untuk mana-mana bahagian yang tidak digunakan bagi Langganan Berbayar semasa anda selepas pemberhentian tersebut. Maklumat akaun dan pengebilan anda mestilah terkini untuk membolehkan kami membayar balik kepada anda.
Spotify tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mempunyai kewajipan untuk memberikan bayaran balik kepada anda, berhubung dengan gangguan Internet atau perkhidmatan lain atau kegagalan yang disebabkan oleh tindakan pihak berkuasa kerajaan, pihak ketiga lain atau kejadian yang di luar kawalan kami.
3. Penggunaan Perkhidmatan Spotify
Mencipta akaun Spotify
Anda mungkin perlu membuat akaun Spotify untuk menggunakan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan Spotify dan akaun ini mesti berada di negara tempat tinggal anda. Nama pengguna dan kata laluan anda adalah untuk kegunaan peribadi anda sahaja dan hendaklah dirahsiakan. Anda memahami bahawa anda bertanggungjawab atas semua penggunaan (termasuk sebarang penggunaan tanpa kebenaran) bagi nama pengguna dan kata laluan anda. Maklumi pasukan Khidmat Pelanggan kami dengan segera jika nama pengguna atau kata laluan anda hilang atau dicuri atau jika anda yakin bahawa terdapat akses tanpa kebenaran kepada akaun anda.
Spotify boleh menuntut semula atau meminta anda untuk menukar nama pengguna anda atas sebarang sebab.
Hak anda untuk menggunakan Perkhidmatan Spotify
Akses kepada Perkhidmatan Spotify
Tertakluk pada pematuhan anda dengan Terma ini (termasuk mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan), kami memberi anda kebenaran yang terhad, tidak eksklusif dan boleh ditarik balik untuk membolehkan penggunaan secara peribadi dan bukan komersial Perkhidmatan Spotify dan Kandungan (secara berkelompok, "Akses"). Anda hanya boleh mengakses versi Perkhidmatan Spotify yang ditawarkan di negara tempat tinggal anda. Akses ini akan tetap berkuat kuasa kecuali dan sehingga anda atau Spotify menamatkan akses. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengedar semula, menjual atau memindahkan Perkhidmatan Spotify atau Kandungan.
Aplikasi perisian Spotify dan Kandungan adalah dilesenkan, bukan dijual atau dipindahkan kepada anda dan Spotify dan pemegang lesen mengekalkan pemilikan semua salinan aplikasi perisian dan Kandungan Spotify walaupun selepas pemasangan pada Peranti anda.
Hak Proprietari Spotify
Perkhidmatan Spotify dan Kandungan ialah harta milik Spotify atau pemegang lesen Spotify. Semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan Spotify, nama dagangan, logo, nama domain, serta ciri lain jenama Spotify ("Ciri Jenama Spotify") ialah hak milik mutlak Spotify atau pemegang lesen. Terma ini tidak memberi anda sebarang hak untuk menggunakan Ciri Jenama Spotify sama ada untuk penggunaan komersial atau bukan komersial.
Anda bersetuju untuk mematuhi Garis Panduan Pengguna Spotify dan Peraturan Platform dan tidak menggunakan Perkhidmatan Spotify, Kandungan atau mana-mana bahagian daripadanya dengan cara yang tidak dibenarkan dengan jelas oleh Perjanjian ini.
Bayaran dan pembatalan
Langganan Berbayar
Anda boleh membeli Langganan Berbayar secara langsung daripada Spotify atau melalui pihak ketiga sama ada dengan:
- membayar yuran langganan dahulu secara bulanan atau selang masa berulang lain yang dimaklumkan kepada anda sebelum pembelian; atau
- prabayaran memberi anda akses kepada Perkhidmatan Spotify untuk tempoh masa tertentu ("Tempoh Prabayar").
Kadar cukai dikira berdasarkan maklumat yang anda berikan dan kadar yang berkenaan pada masa caj bulanan anda.
Jika anda membeli akses kepada Langganan Berbayar melalui pihak ketiga, terma dan syarat berasingan dengan pihak ketiga tersebut mungkin dikenakan pada penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Spotify selain Terma ini. Jika anda membeli Langganan Berbayar menggunakan kod, kad hadiah, tawaran prabayar atau tawaran lain yang disediakan atau yang dijual oleh atau bagi pihak Spotify untuk mengakses Langganan Berbayar ("Kod"), anda dengan ini bersetuju dengan Terma Kad Spotify..
Perubahan harga dan cukai
Spotify boleh mengubah harga Langganan Berbayar, termasuk bayaran langganan berulang, Tempoh Prabayar (untuk tempoh yang belum dibayar) atau Kod (ditakrifkan di atas), dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan sebarang perubahan harga kepada anda dahulu dengan memberikan notis yang munasabah. Perubahan harga akan berkuat kuasa pada permulaan tempoh langganan seterusnya, mengikut tarikh perubahan harga. Tertakluk pada undang-undang yang berkenaan, dengan meneruskan penggunaan Perkhidmatan Spotify selepas perubahan harga berkuat kuasa, hal ini bermakna anda bersetuju dengan harga baharu. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan harga, anda boleh menolak perubahan ini dengan menyahlanggan Langganan Berbayar yang berkenaan sebelum perubahan harga berkuat kuasa.
Kadar cukai berdasarkan kadar yang dikenakan pada masa caj bulanan anda. Jumlah ini boleh berubah mengikut masa berdasarkan keperluan cukai tempatan di negara, negeri, wilayah atau bandar anda. Sebarang perubahan dalam kadar Cukai akan dikenakan secara automatik berdasarkan maklumat akaun yang anda berikan.
Harga Langganan Berbayar atau percubaan adalah khusus kepada versi Perkhidmatan Spotify yang ditawarkan di negara tempat tinggal anda dan anda bersetuju untuk tidak terlibat dalam apa-apa cara mengakses langganan berbayar atau percubaan tanpa membayar harga yang berkenaan atau untuk menggagalkan percubaan sah Spotify untuk mengumpul bayaran untuk akses tersebut.
Bil dan Pembatalan
Melainkan dinyatakan sebaliknya (contohnya, jika anda telah mendaftar untuk Tempoh Prabayar), Langganan Berbayar akan diteruskan sehingga dibatalkan secara kekal. Anda akan dikenakan bayaran secara berulang pada hari pertama setiap tempoh pengebilan dan anda akan membayar dan membenarkan kami (atau pihak ketiga yang berkenaan, jika anda mendaftar melalui pihak ketiga) untuk mengenakan yuran langganan semasa pada kaedah pembayaran anda.
Anda boleh membatalkan Langganan Berbayar pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun Spotify anda dan mengikut gesaan pada halaman Akaun atau dengan mengklik di sini dan mengikut arahan yang diberikan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, pembatalan akan berkuat kuasa daripada akhir tempoh pengebilan di mana anda membatalkan dan anda akan diturunkan taraf kepada versi percuma Perkhidmatan Spotify. Kami tidak memberikan bayaran balik atau kredit untuk sebarang tempoh langganan separa, kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma ini.
Jika anda telah membeli Langganan Berbayar menggunakan Kod, langganan anda akan secara automatik ditamatkan pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam Kod tersebut atau apabila terdapat baki prabayar yang tidak mencukupi untuk membayar Perkhidmatan Spotify.
Selain itu dan walau apa-apa pun, apa-apa hak lain yang mungkin kami miliki di bawah Terma ini, kami berhak menamatkan langganan berbayar pada bila-bila masa, tanpa notis 14 hari kepada anda. Melainkan kami memaklumi anda sebaliknya, kami akan membolehkan anda mengekalkan akses kepada langganan berbayar untuk baki tempoh pengebilan semasa, selepas itu kami akan menurunkan taraf akaun anda kepada versi percuma Perkhidmatan Spotify.
Hak menarik balik
Jika anda mendaftar untuk Percubaan, anda bersetuju bahawa hak menarik balik untuk Langganan Berbayar yang anda terima semasa tempoh Percubaan akan berakhir empat belas (14) hari selepas anda memulakan Percubaan. Jika anda tidak membatalkan Langganan Berbayar sebelum Percubaan berakhir, anda akan kehilangan hak anda untuk menarik balik dan membenarkan Spotify untuk mengenakan caj yang telah disetujui secara automatik setiap bulan sehingga anda membatalkan Langganan Berbayar. Untuk sesi percubaan yang kurang daripada empat belas (14) hari, anda dengan jelas bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan berbayar ini sebaik sahaja tamatnya Percubaan anda dan dari tempoh tersebut, anda kehilangan hak untuk menarik balik.
Jika anda membeli Langganan Berbayar tanpa Percubaan, anda bersetuju bahawa anda mempunyai empat belas (14) hari selepas pembelian anda untuk menarik balik atas sebarang sebab dan mestilah membayar kepada kami atas perkhidmatan yang disediakan sehingga waktu anda memberitahu kami bahawa anda telah mengubah fikiran. Anda secara jelas membenarkan kami untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada anda dengan serta-merta selepas pembelian anda, bahawa anda kehilangan hak anda untuk menarik balik dan mengizinkan Spotify untuk mengenakan caj kepada anda secara automatik setiap bulan sehingga anda membatalkannya.
Garis Panduan Pengguna
Kami telah menetapkan garis panduan untuk menggunakan Perkhidmatan Spotify untuk memastikan Perkhidmatan Spotify dapat dinikmati oleh semua orang ("Garis Panduan Pengguna Spotify"). Semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify, anda perlu mematuhi Garis Panduan Pengguna Spotify dan Peraturan Platform,serta semua undang-undang, peraturan dan kawal selia yang berkenaan dan menghormati harta intelektual, privasi dan hak pihak ketiga yang lain.
Akaun Jenama
Jika anda menubuhkan akaun Spotify bagi pihak syarikat, organisasi, entiti, atau jenama ("Jenama" dan akaun tersebut "Akaun Jenama"), istilah "anda" dan "anda" seperti yang digunakan sepanjang Terma ini (termasuk terma dan syarat Spotify lain yang diperbadankan dengan rujukan di sini), terpakai kepada anda dan jenama.
Jika anda mencipta Akaun Jenama, anda memberikan gambaran dan menjamin bahawa anda dibenarkan untuk memberikan semua kebenaran dan lesen yang diberikan dalam Terma ini (termasuk sebarang terma dan syarat Spotify lain yang berkenaan) dan untuk mengikat Jenama pada Terma ini.
Suatu Jenama boleh mengikut pengguna serta mewujudkan dan berkongsi senarai main, dengan syarat Jenama tersebut tidak mengambil sebarang tindakan yang memberikan gambaran pengendorsan atau hubungan komersial antara Jenama itu dengan pengguna, artis, penulis lagu atau mana-mana orang lain yang diikuti kecuali Jenama tersebut memperoleh hak tersebut sendiri untuk memberikan gambaran pengendorsan tersebut. Selain itu, Jenama mestilah telus kepada pengguna kami daripada segi mendedahkan pengendorsan atau pertimbangan yang diberikan kepada para artis, penulis lagu, pengguna atau mana-mana pihak lain dan mestilah mematuhi undang-undang, peraturan, serta kod amalan yang berkenaan semasa menjalankan perkara yang tersebut di atas.
Kawalan eksport dan sekatan
Anda memberikan gambaran dan menjamin bahawa anda (1) tidak berada di, diatur mengikut undang-undang, lazimnya menetap di mana-mana negara atau wilayah yang tertakluk pada sekatan wilayah (secara kolektif "Negara yang Disekat") atau anda tidak dimiliki atau anda tidak bertindak bagi pihak kerajaan tertakluk pada sekatan penghalangan aset atau mana-mana individu atau entiti berorganisasi, berada atau lazimnya menetap di Negara yang Disekat; dan (2) bukan individu yang dikenal pasti atau memiliki lebih daripada 50% atau dikawal secara langsung atau tidak langsung, oleh atau bertindak bagi pihak atau menurut arahan mana-mana entiti yang dikenal pasti pada senarai pihak yang disekat EU, UK, AS, atau kerajaan lain yang berkenaan seperti senarai gabungan bagi individu, kumpulan dan entiti yang tertakluk pada sekatan kewangan EU atau Senarai Gabungan UK atau senarai Warganegara Khusus Yang Disekat yang disenggara oleh kerajaan AS.
Produk Spotify mungkin tertakluk pada undang-undang kawalan eksport dan sekatan ekonomi Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Peraturan 2021/821 seperti yang dipinda (Peraturan Dwipenggunaan EU), Akta Kawalan Eksport UK 2002, Akta Kawalan Eksport UK 2002 dan Perintah Kawalan Eksport UK 2008, Peraturan Pentadbiran Eksport yang diselenggarakan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, sekatan perdagangan dan ekonomi yang dikendalikan oleh Pejabat Kawalan aset asing Jabatan Perbendaharaan dan Peraturan Trafik Antarabangsa dalam senjata yang diselenggarakan oleh Jabatan Negara, (secara kolektif, "Undang-undang Kawalan Perdagangan").
Anda bersetuju untuk mematuhi semua Undang-undang Kawalan Perdagangan yang berkenaan dalam penggunaan anda bagi produk atau perkhidmatan Spotify. Khususnya, anda bersetuju untuk tidak – secara langsung atau tidak langsung – menggunakan, menjual, mengeksport, mengeksport semula, memindahkan, melencongkan, mengeluarkan atau melupuskan sebarang produk, perisian atau teknologi (termasuk produk yang diperoleh daripada atau berasaskan teknologi seumpamanya) yang diterima daripada Spotify mengikut Terma ini ke mana-mana destinasi, entiti atau individu atau untuk sebarang penggunaan akhir yang dilarang oleh Undang-undang Kawalan Perdagangan. Spotify tidak dikehendaki untuk bertindak dalam apa-apa jua cara yang dilarang mengikut Undang-undang Kawalan Perdagangan yang berkenaan dan Spotify atas budi bicara sendiri sepenuhnya akan mengelak daripada terlibat dalam peruntukan produk atau perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung yang mungkin dilarang mengikut Undang-undang Kawalan Perdagangan yang berkenaan.
4. Kandungan dan Hak Harta Intelek
Kandungan pengguna
Kandungan yang anda siarkan pada perkhidmatan
Pengguna Spotify boleh menyiarkan, memuat naik atau sebaliknya, menyumbangkan kandungan kepada Perkhidmatan Spotify ("Kandungan Pengguna"). Untuk mengelakkan keraguan, "Kandungan Pengguna" merangkumi semua maklumat, bahan dan kandungan lain yang ditambah, dicipta, dimuat naik, diserahkan, diedarkan atau disiarkan pada Perkhidmatan Spotify ini oleh pengguna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut perihal Kandungan Pengguna atau kandungan pihak ketiga dan pengantaraannya, lihat Peraturan Platformkami, maklumat tentang Tindakan Kandungan, Keselamatan & Pusat Privasi dan Dasar Harta Intelektual kami.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas semua Kandungan Pengguna yang anda siarkan
Anda berjanji bahawa, berhubung dengan mana-mana Kandungan Pengguna yang anda siarkan pada Spotify, (1) anda memiliki atau berhak untuk menyiarkan Kandungan Pengguna tersebut; (2) Kandungan Pengguna tersebut atau penggunaan Kandungan Pengguna oleh Spotify menurut lesen yang diberikan di bawah, tidak: (i) melanggar Terma ini, undang-undang yang berkenaan atau harta intelektual atau hak mana-mana pihak ketiga yang lain; atau (ii) menyatakan sebarang hubungan atau pengendorsan bagi anda atau Kandungan Pengguna anda oleh Spotify atau mana-mana artis, kumpulan, label atau individu atau entiti lain tanpa mendapat kebenaran bertulis yang jelas dahulu daripada Spotify atau individu atau entiti tersebut.
Kami boleh menyediakan anda dengan keupayaan untuk menyiarkan atau berkongsi Kandungan pengguna dengan cara yang berbeza pada Perkhidmatan Spotify termasuk dengan menghantar mesej atau komunikasi kepada pengguna Spotify yang lain. Dalam menyiarkan atau berkongsi Kandungan Pengguna atau maklumat lain pada Perkhidmatan Spotify, sila ingat bahawa, bergantung pada kaedah penyiaran atau perkongsian, kandungan dan maklumat lain tersebut mungkin disampaikan secara peribadi kepada sekurang-kurangnya satu pengguna atau mungkin akan dapat diakses oleh pihak umum dan boleh digunakan dan dikongsi semula oleh orang lain pada Perkhidmatan Spotify dan di seluruh web, jadi sila berhati-hati semasa menyiarkan atau berkongsi maklumat tersebut pada Perkhidmatan Spotify dan semak tetapan akaun anda. Spotify tidak bertanggungjawab atas maklumat yang anda atau orang lain siarkan atau kongsi pada Perkhidmatan Spotify.
Memantau kandungan pengguna
Spotify boleh tetapi tidak berkewajipan untuk, memantau atau mengkaji semula Kandungan pengguna (sama ada disiarkan secara awam atau dikongsi secara peribadi). Spotify berhak untuk mengalih keluar atau menyahdayakan akses kepada sebarang Kandungan Pengguna atas sebarang sebab atau tanpa sebab. Spotify boleh mengambil tindakan ini tanpa memberikan pemberitahuan awal kepada anda.
Lesen yang anda berikan kepada kami
Kandungan Pengguna
Anda mengekalkan pemilikan Kandungan Pengguna apabila anda menyiarkan kandungan tersebut pada Perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan kami menjadikan Kandungan Pengguna anda tersedia pada Perkhidmatan Spotify dan untuk menyediakan ciri dan fungsi tertentu kepada pengguna kami, kami memerlukan lesen terhad daripada anda untuk Kandungan pengguna tersebut. Oleh itu, anda dengan ini memberikan lesen tidak eksklusif, boleh dipindah milik, boleh diberikan sublesen, bebas royalti, dibayar sepenuhnya, tidak boleh ditarik balik, lesen sedunia kepada Spotify untuk menghasilkan semula, menyediakan, melaksanakan dan memaparkan, menterjemah, mengubah suai, mencipta karya terbitan daripadanya, mengedar dan sebaliknya, menggunakan mana-mana Kandungan Pengguna tersebut melalui sebarang medium, sama ada bersendirian atau bersama dengan Kandungan atau bahan lain, dalam sebarang bentuk dan dengan sebarang cara, kaedah atau teknologi, sama ada diketahui atau akan dicipta selepas ini, berhubung dengan Perkhidmatan Spotify. Sekiranya berkenaan dan dibenarkan mengikut undang-undang yang berkenaan, anda juga bersetuju untuk menepikan dan tidak menguatkuasakan sebarang "hak moral" atau hak setara, seperti hak anda untuk dikenali sebagai pencipta mana-mana Kandungan Pengguna, termasuk Maklum balas, serta hak anda untuk menolak layanan yang merendah-rendahkan Kandungan Pengguna tersebut.
Maklum balas
Jika anda memberikan idea, cadangan atau maklum balas lain berhubung dengan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Spotify atau sebarang Kandungan ("Maklum Balas"), Maklum balas tersebut tidak menjadi sulit dan boleh digunakan oleh Spotify tanpa sekatan dan tanpa bayaran kepada anda. Maklum balas dianggap sebagai sejenis Kandungan Pengguna mengikut Terma ini.
Peranti Anda.
Anda juga memberikan hak kepada kami (1) untuk membenarkan Perkhidmatan Spotify menggunakan pemproses, jalur lebar dan perkakasan storan pada Peranti anda untuk memudahkan operasi Perkhidmatan Spotify (2) untuk menyediakan pengiklanan dan maklumat lain kepada anda dan untuk membenarkan rakan kongsi perniagaan kami melakukan perkara yang sama seperti yang dibenarkan mengikut Dasar Privasi Spotify.
Pengalaman kandungan
Di Spotify, kami berhasrat untuk mencipta pengalaman hebat dan unik untuk setiap pengguna. Dalam Memahami cadangan perihal Spotify, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara sistem cadangan kami berfungsi, termasuk bagaimana dan sebab kandungan tertentu dipaparkan kepada anda. Dalam mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify, Kandungan yang anda akses, termasuk pilihan dan peletakannya, mungkin dipengaruhi oleh pertimbangan komersial, termasuk perjanjian Spotify dengan pihak ketiga.
Sesetengah Kandungan yang dilesenkan oleh, yang diberikan untuk, dicipta oleh atau sebaliknya, dijadikan tersedia oleh Spotify (contohnya, audio siar) boleh disertakan dengan pengiklanan dan Spotify tidak bertanggungjawab atas sebarang pengiklanan tersebut.
Tuntutan pelanggaran
Spotify menghormati hak pemilik harta intelektual. Jika anda yakin bahawa mana-mana Kandungan melanggar hak cipta anda, tanda dagangan atau hak harta intelektual yang lain, sila lihat Dasar Harta Intelektual Spotify.
5. Sokongan Pelanggan, Maklumat, Pertanyaan dan Aduan
Komuniti Sokongan Spotify
Komuniti Sokongan Spotifyadalah tempat untuk perbincangan dan pertukaran maklumat, petua dan bahan lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan Spotify. Dengan menggunakan Komuniti Sokongan Spotify, anda bersetuju dengan Terma Komuniti.
Sokongan Pelanggan, Maklumat, Pertanyaan, Aduan
Untuk sokongan pelanggan dengan pertanyaan berkaitan akaun dan bayaran ("Pertanyaan Sokongan Pelanggan"), sila gunakan sumber Sokongan Pelanggan yang disenaraikan pada bahagian Perihal Kami pada laman web kami.
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang Perkhidmatan Spotify atau Terma ini (termasuk terma dan syarat tambahan Spotify yang disertakan di sini), sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Spotify dengan melawati seksyen Perihal Kami dalam laman web kami.
6. Masalah dan Pertikaian
Menggantung dan menamatkan Perkhidmatan Spotify
Terma ini akan terus digunakan pada anda sehingga ditamatkan sama ada oleh anda atau Spotify. Spotify boleh menamatkan Terma ini (termasuk mana-mana terma dan syarat tambahan yang disertakan di sini) atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan Spotify pada bila-bila masa sekiranya kami yakin bahawa anda telah melanggar mana-mana Terma ini, jika kami berhenti menyediakan Perkhidmatan Spotify atau sebarang komponen penting selepas memberikan notis sewajarnya kepada anda atau jika kami percaya perlu dilakukan untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan. Jika anda atau Spotify menamatkan Terma ini atau jika Spotify menggantung akses anda kepada Perkhidmatan Spotify, anda bersetuju bahawa Spotify, tertakluk pada undang-undang yang berkenaan, tidak menanggung liabiliti atau tanggungjawab terhadap anda dan (kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma ini) Spotify tidak akan membayar balik sebarang jumlah yang telah anda bayar. Anda boleh menamatkan Terma ini pada bila-bila masa, hal ini bermakna anda tidak boleh terus mengakses atau menggunakan Perkhidmatan Spotify. Untuk mengetahui cara menamatkan akaun Spotify anda, sila gunakan sumber Sokongan Pelanggan pada halaman Perihal Kami.
Seksyen 4 (Kandungan dan Hak Harta intelektual), 3 (Penggunaan Perkhidmatan Spotify Anda), 2 (Perkhidmatan Spotify yang Kami Sediakan), 6 (Masalah dan Pertikaian), 7 (Perihal Terma Ini) di sini, serta sebarang seksyen lain dalam Terma ini sama ada secara jelas atau mengikut jenisnya, mestilah tetap berkuat kuasa walaupun selepas penamatan Terma ini, akan tetap digunakan.
Penafian jaminan
Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian jaminan atau pengehadan tersirat pada hak statutori pengguna yang berkenaan, jadi pengecualian dan pengehadan dalam seksyen ini mungkin tidak digunakan pada anda dan tiada sebarang perkara yang akan menjejaskan hak statutori anda.
Spotify akan menyediakan Perkhidmatan Spotify menggunakan hemat dan kemahiran yang munasabah dan mengikut sebarang spesifikasi Perkhidmatan Spotify yang disediakan oleh Spotify, walau bagaimanapun, tertakluk pada spesifikasi tersebut, Perkhidmatan Spotify disediakan "seadanya" dan "sebagaimana yang tersedia" tanpa sebarang jaminan dalam sebarang bentuk, sama ada tersurat, tersirat atau statutori. Selain itu, Spotify dan semua pemilik kandungan menafikan sebarang jaminan tersurat, tersirat dan statutori berkenaan kandungan, termasuk jaminan kualiti yang memuaskan, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu atau ketiadaan pelanggaran. Spotify mahupun mana-mana pemilik kandungan tidak menjamin bahawa Perkhidmatan Spotify atau kandungan bebas daripada perisian berniat jahat atau komponen lain yang memudaratkan. Selain itu, Spotify tidak memberikan gambaran mahupun jaminan atau memikul apa-apa tanggungjawab terhadap mana-mana aplikasi pihak ketiga (atau kandungan di dalamnya), kandungan pengguna, peranti atau sebarang produk atau perkhidmatan yang diiklankan, dipromosikan atau ditawarkan oleh pihak ketiga pada atau melalui Perkhidmatan Spotify atau sebarang laman web yang dihiperpautkan dan Spotify tidak bertanggungjawab atas sebarang urus niaga antara anda dengan mana-mana pembekal pihak ketiga yang disebutkan di atas. Nasihat atau maklumat sama ada secara lisan atau bertulis yang anda dapati daripada Spotify tidak akan menjadi jaminan bagi pihak Spotify. Semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify, anda mungkin mendapat akses kepada ciri penapisan kandungan eksplisit tetapi penggunaan ciri ini mungkin masih tidak menghalang sedikit kandungan eksplisit ditayangkan dan anda tidak boleh bergantung pada ciri tersebut untuk menapis semua kandungan eksplisit. Seksyen ini digunakan sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
Pengehadan Liabiliti dan Masa untuk Membuat Tuntutan
Tertakluk pada undang-undang yang berkenaan, anda bersetuju bahawa remedi eksklusif dan satu-satunya untuk apa-apa masalah atau ketidakpuasan hati dengan Perkhidmatan Spotify adalah dengan menyahpasang sebarang perisian Spotify dan dengan berhenti menggunakan Perkhidmatan Spotify. Anda bersetuju bahawa Spotify tidak menanggung tanggungjawab atau liabiliti yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan aplikasi pihak ketiga atau kandungan di dalamnya yang tersedia melalui atau berhubung dengan Perkhidmatan Spotify, walaupun hubungan anda dengan aplikasi pihak ketiga tersebut mungkin ditadbir oleh perjanjian berasingan dengan pihak ketiga tersebut, remedi eksklusif dan satu-satunya, berkenaan dengan Spotify, atas sebarang masalah atau ketidakpuasan hati dengan aplikasi pihak ketiga atau kandungan di dalamnya adalah dengan menyahpasang atau berhenti menggunakan aplikasi pihak ketiga tersebut.
Dalam sebarang keadaan sekalipun, Spotify, para pegawai, pemegang saham, pekerja, ejen, pengarah, subsidiari, sekutu, pengganti, pemegang serah hak, pembekal atau pemegang lesen tidak bertanggungjawab atas (1) sebarang ganti rugi tidak langsung, khas, sampingan, punitif atau teladan atau ganti rugi akibat; (2) sebarang kerugian penggunaan, data, perniagaan atau keuntungan (sama ada secara langsung atau tidak langsung), dalam semua keadaan yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan Perkhidmatan Spotify, peranti, aplikasi pihak ketiga atau kandungan aplikasi pihak ketiga; atau (3) liabiliti agregat untuk semua tuntutan yang berkaitan dengan Perkhidmatan Spotify, aplikasi pihak ketiga atau kandungan aplikasi pihak ketiga lebih besar daripada (a) jumlah yang anda bayar kepada Spotify dalam tempoh dua belas bulan sebelum tuntutan pertama; atau (b) $30.00. Sebarang liabiliti yang kami tanggung atas kerugian yang anda alami, terhad kepada kerugian yang dapat diduga secara munasabah.
Sebagai penjelasan, terma ini tidak mengehadkan liabiliti Spotify atas penipuan, salah nyata palsu, kematian atau kecederaan diri hingga takat undang-undang yang berkenaan akan melarang pengehadan tersebut dan bagi sebarang liabiliti lain yang tidak boleh dihadkan atau dikecualikan, mengikut undang-undang yang berkenaan.
Melainkan sekatan tersebut dilarang mengikut undang-undang yang berkenaan, sebarang tuntutan yang timbul mengikut terma ini mestilah dimulakan (dengan memfailkan permintaan untuk penimbangtaraan atau memfailkan tindakan individu mengikut perjanjian penimbangtaraan di bawah) dalam tempoh satu (1) tahun selepas tarikh pihak yang menyatakan tuntutan mula-mula tahu atau secara munasabah sepatutnya tahu tentang tindakan, ketinggalan atau kemungkaran yang mengakibatkan tuntutan; dan tiada hak untuk mendapat apa-apa remedi bagi tuntutan yang tidak dinyatakan dalam tempoh masa tersebut.
Hak Pihak Ketiga
Anda mengakui dan bersetuju bahawa para pemilik Kandungan dan pengedar tertentu (seperti penyedia gedung aplikasi) ialah penerima manfaat yang dimaksudkan bagi Terma ini dan berhak untuk menguatkuasakan Terma ini secara langsung terhadap anda. Selain perkara yang telah ditetapkan dalam seksyen ini, Terma ini tidak dimaksudkan untuk memberikan hak kepada sesiapa kecuali anda dan Spotify dan Terma ini tidak sekali-kali akan mewujudkan sebarang hak penerima manfaat pihak ketiga.
Jika anda telah memuat turun sebarang aplikasi perisian mudah alih kami ("Aplikasi") daripada Apple, Inc. ("Apple") App Store atau jika anda menggunakan Aplikasi ini pada peranti iOS, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima notis berikut yang berkaitan Apple. Terma ini dilaksanakan antara anda dengan Spotify sahaja, bukan dengan Apple dan Apple tidak bertanggungjawab atas Perkhidmatan Spotify dan kandungannya. Apple tidak bertanggungjawab sama sekali untuk menjalankan sebarang penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan berhubung dengan Perkhidmatan Spotify. Sekiranya berlaku sebarang kegagalan Perkhidmatan Spotify untuk memenuhi jaminan yang berkenaan, maka anda boleh memaklumi Apple dan Apple akan memberikan bayaran balik harga pembelian Aplikasi berkenaan kepada anda; dan sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, Apple tidak sekali-kali menanggung tanggungjawab jaminan yang lain berhubung dengan Perkhidmatan Spotify. Apple tidak bertanggungjawab untuk menangani tuntutan anda atau yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan Perkhidmatan Spotify ini ataupun pemilikan dan/atau penggunaan Perkhidmatan Spotify, termasuk: (1) tuntutan liabiliti produk; (2) tuntutan bahawa Perkhidmatan gagal memenuhi kehendak undang-undang atau pengawalaturan yang berkenaan; (3) tuntutan yang timbul mengikut perlindungan pengguna atau perundangan yang serupa; dan (4) tuntutan berikutan dengan pelanggaran harta intelektual. Apple tidak bertanggungjawab atas penyiasatan, pembelaan, penyelesaian dan pembuangan mana-mana tuntutan pihak ketiga bahawa Perkhidmatan Spotify atau pemilikan dan penggunaan anda terhadap Aplikasi melanggar hak harta intelektual pihak ketiga tersebut. Anda bersetuju untuk mematuhi sebarang terma pihak ketiga yang berkenaan apabila menggunakan Perkhidmatan Spotify. Apple dan subsidiari Apple ialah penerima manfaat pihak ketiga mengikut Terma ini dan selepas anda menerima Terma ini, Apple akan berhak (dan akan dianggap menerima hak) untuk menguatkuasakan Terma ini terhadap anda sebagai penerima manfaat pihak ketiga mengikut Terma ini.
Pembayaran Ganti Rugi
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan bersetuju dengan perjanjian pegang lepas dengan Spotify daripada dan terhadap sebarang kerugian langsung, kerosakan dan perbelanjaan yang munasabah (termasuk yuran dan kos peguam yang munasabah) yang dialami atau ditanggung oleh Spotify yang timbul daripada atau berkaitan dengan: (1) pelanggaran mana-mana Terma ini (termasuk apa-apa terma dan syarat tambahan Spotify yang diperbadankan di sini); (2) apa-apa Kandungan pengguna yang anda siarkan atau menyumbang sebaliknya; (3) apa-apa aktiviti yang anda terlibat atau melalui Perkhidmatan Spotify; dan (4) pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga.
Undang-undang yang Mentadbir, Penimbangtaraan Mandatori dan Tempat
6.1 Undang-undang Pemerintah / Bidangd Kuasa
Kecuali jika dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang mandatori di negara tempat tinggal anda, Perjanjian ini (dan sebarang pertikaian/tuntutan bukan kontraktual yang timbul akibat atau sehubungan dengannya) tertakluk pada undang-undang negeri atau negara yang disenaraikan di bawah, tanpa mengira pilihan atau konflik prinsip undang-undang.
Selain itu, anda dan Spotify bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah yang tersenarai di bawah untuk menyelesaikan sebarang pertikaian, tuntutan atau kontroversi yang timbul berkaitan dengan Perjanjian (dan sebarang pertikaian/tuntutan bukan kontraktual yang timbul akibat atau sehubungan dengannya), kecuali mengikut undang-undang mandatori yang berkenaan, anda boleh memilih untuk menjalankan prosiding undang-undang di negara tempat tinggal anda atau kami diperlukan untuk menjalankan prosiding undang-undang hanya di negara tempat tinggal anda
Negara atau rantau |
Pilihan Undang-undang |
Bidang Kuasa |
Semua negara dan rantau lain, tempat Spotify tersedia. |
Undang-undang Sweden |
Eksklusif; Mahkamah Sweden |
Bulgaria, Cyprus, Estonia, Perancis, Hong Kong, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Norway, Filipina, Portugal, Slovakia, Sepanyol, Turki |
Undang-undang Sweden |
Tidak eksklusif; Mahkamah Sweden |
Brazil |
Undang-undang Brazil |
Eksklusif; Mahkamah Negeri dan Persekutuan São Paulo, Negeri São Paulo, Brazil |
Kanada |
Tidak terpakai pada penduduk Quebec: Undang-undang Wilayah Ontario Penduduk Quebec: Undang-undang Wilayah Quebec, Kanada |
Tidak terpakai pada penduduk Quebec: Eksklusif selain untuk tujuan menguatkuasakan penghakiman; Mahkamah Ontario, Kanada Penduduk Quebec: Mahkamah di Quebec, Kanada |
Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Uruguay |
Negeri New York, Amerika Syarikat |
Eksklusif; Mahkamah Negeri dan Persekutuan New York, NY |
6.2 PENEPIAN TINDAKAN SATU PIHAK
APABILA DIBENARKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, ANDA DAN SPOTIFY BERSETUJU BAHAWA SETIAP PIHAK BOLEH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TERHADAP PIHAK YANG SATU LAGI HANYA DALAM KAPASITI INDIVIDU DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU AHLI KUMPULAN DALAM TINDAKAN YANG BERUPA KELOMPOK ATAU PERWAKILAN. Melainkan dengan persetujuan anda dan Spotify, penimbang tara atau hakim tidak boleh menggabungkan lebih daripada tuntutan satu orang atau mempengerusikan apa-apa jua bentuk prosiding perwakilan atau kelompok.
6.3 PENIMBANGTARAAN
Jika anda berada, berpangkalan, mempunyai pejabat atau menjalankan perniagaan di tempat yang menguatkuasakan bidang kuasa Seksyen 6.3 ini, peruntukan penimbangtaraan mandatori yang berikut akan digunakan terhadap anda:
6.3.1 Penyelesaian dan penimbangtaraan pertikaian
Anda dan Spotify bersetuju bahawa sebarang pertikaian, tuntutan atau kontroversi antara anda dengan Spotify yang timbul berhubungan atau berkaitan dalam apa jua cara dengan Perjanjian ini atau dengan hubungan anda dengan Spotify sebagai pengguna Perkhidmatan (sama ada berdasarkan kontrak, tort, statut, penipuan, salah nyata atau sebarang teori undang-undang yang lain dan sama ada tuntutan timbul semasa atau selepas penamatan Perjanjian) akan ditentukan oleh penimbangtaraan individu mandatori yang mengikat. Penimbangtaraan lebih tidak formal berbanding tuntutan mahkamah di mahkamah. HAKIM ATAU JURI TIDAK TERLIBAT DALAM PENIMBANGTARAAN DAN KAJIAN SEMULA OLEH MAHKAMAH TERHADAP PEMBERIAN PENIMBANGTARAAN ADALAH TERHAD. Mungkin terdapat penemuan yang lebih terhad daripada di mahkamah. Penimbang tara mestilah mengikut perjanjian ini dan boleh memberikan ganti rugi dan relief yang sama seperti mahkamah (termasuk bayaran peguam), kecuali penimbang tara mungkin tidak akan memberikan relief perisytiharan atau injunksi yang memberikan manfaat kepada sesiapa kecuali pihak-pihak yang terlibat dalam penimbangtaraan ini. Peruntukan penimbangtaraan ini akan terus bertahan selepas penamatan Perjanjian.
6.3.2 Pengecualian
Meskipun terdapat fasal 6.3.1 di atas, kedua-dua anda dan Spotify bersetuju bahawa tiada satu pun di sini yang akan dianggap sebagai menepikan, menghalang atau sebaliknya mengehadkan hak kita berdua, pada bila-bila masa, untuk (1) mengemukakan tindakan perseorangan dalam mahkamah tuntutan kecil (2) meneruskan permohonan tindakan penguatkuasaan melalui agensi persekutuan, negeri atau setempat di tempat tindakan tersebut tersedia, (3) cuba mendapatkan relief injunksi di mahkamah undang-undang atau (4) memfailkan tuntutan undang-undang di mahkamah undang-undang untuk menangani tuntutan pelanggaran harta intelektual.
6.3.3 Peraturan penimbangtaraan
Sama ada anda atau kami boleh memulakan prosiding penimbangtaraan. Penimbangtaraan antara anda dengan Spotify akhirnya akan diselesaikan mengikut Peraturan Penimbangtaraan International Chamber of Commerce ("ICC") yang sedang berkuat kuasa ("Peraturan ICC") oleh satu atau lebih penimbang tara yang dilantik mengikut Peraturan ICC, sebagaimana yang diubah suai oleh Perjanjian ini, serta akan ditadbir oleh International Court of Arbitration bagi ICC.
Penimbangtaraan akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan kecuali dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang mandatori negara ahli Kesatuan Eropah atau bidang kuasa lain, undang-undang yang akan digunakan dalam penimbangtaraan ialah undang-undang [negeri atau negara berkaitan yang diperihalkan dalam fasal 6.1], tanpa mengira pilihan atau konflik prinsip undang-undang.
6.3.4 Masa untuk memfailkan
Penimbangtaraan mestilah dimulakan dengan memfailkan permintaan bagi penimbangtaraan dalam tempoh SATU (1) TAHUN selepas tarikh pihak yang mengemukakan tuntutan mula-mula tahu atau secara munasabah sepatutnya tahu tentang tindakan, peninggalan atau keingkaran yang mengakibatkan tuntutan; dan tiada hak untuk mendapat remedi bagi tuntutan yang tidak dikemukakan dalam tempoh masa tersebut. Jika undang-undang yang berkenaan melarang tempoh pengehadan pengemukaan tuntutan, tuntutan mestilah dikemukakan dalam tempoh masa terpendek yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
6.3.5 Notis; Proses
Satu pihak yang berniat untuk mendapatkan penimbangtaraan mestilah pertama sekali menghantar notis bertulis tentang pertikaian ini kepada pihak yang satu lagi, melalui pos berdaftar atau Federal Express (tandatangan dikehendaki) atau sekiranya alamat fizikal anda tiada pada kami, melalui mel elektronik ("Notis"). Alamat Spotify untuk Notis ialah: [Spotify, Attn: General Counsel, 4 World Trade Center, 150 Greenwich Street, 62nd Floor, New York, New York 10007, USA]. Notis ini mestilah (1) menerangkan jenis dan asas tuntutan atau pertikaian; dan (2) membentangkan relief sebenar yang dikehendaki ("Permintaan"). Kami bersetuju untuk menggunakan usaha suci hati untuk menyelesaikan tuntutan secara langsung tetapi jika kami tidak mencapai persetujuan untuk berbuat demikian dalam tempoh 30 hari setelah Notis diterima, anda atau Spotify boleh memulakan prosiding penimbangtaraan. Sepanjang penimbangtaraan, jumlah mana-mana tawaran penyelesaian yang dibuat oleh anda atau Spotify tidak akan dimaklumkan kepada penimbang tara sehingga setelah penimbang tara membuat keputusan akhir dan pemberian, jika ada. Sekiranya pertikaian kita akhirnya diselesaikan melalui penimbangtaraan yang menyebelahi pihak anda, Spotify akan membayar anda (1) jumlah yang diberikan oleh penimbang tara, jika ada, (2) jumlah penyelesaian bertulis terakhir yang ditawarkan oleh Spotify dalam penyelesaian pertikaian sebelum pemberian penimbang tara; atau (3) $1,000.00, mana-mana yang lebih besar. Semua dokumen dan maklumat yang didedahkan semasa proses penimbangtaraan akan dipastikan benar-benar sulit oleh penerima dan tidak akan digunakan oleh penerima untuk tujuan selain penimbangtaraan atau penguatkuasaan keputusan dan pemberian penimbang tara dan tidak akan didedahkan kecuali secara sulit kepada orang yang perlu tahu untuk tujuan tersebut atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Melainkan sebagaimana yang dikehendaki untuk menguatkuasakan keputusan dan pemberian penimbang tara, anda dan Spotify tidak boleh membuat pengumuman awam atau memberikan komen kepada orang ramai atau menjalankan publisiti berkenaan penimbangtaraan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, hakikat bahawa pihak ini sedang menghadapi pertikaian, kewujudan penimbangtaraan atau sebarang keputusan atau pemberian penimbang tara.
6.3.6 Pengubahsuaian
Sekiranya Spotify membuat perubahan masa hadapan pada peruntukan penimbangtaraan ini (selain perubahan alamat Spotify untuk menghantar Notis), anda boleh menolak sebarang perubahan seumpamanya dengan menghantar kepada kami notis bertulis dalam tempoh 30 hari selepas perubahan ke alamat Spotify untuk menghantar Notis. Maka, akaun anda dengan Spotify akan ditamatkan dengan serta-merta dan peruntukan penimbangtaraan ini yang berkuat kuasa sebelum pindaan yang anda tolak itu, akan tetap berkuat kuasa.
6.3.7 Kebolehkuatkuasaan
Jika penepian tindakan berkelompok pada Seksyen 6.2 tidak dapat dikuatkuasakan dalam penimbangtaraan atau jika mana-mana bahagian Seksyen 6.3 ini tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, maka keseluruhan Seksyen 6.3 ini akan menjadi batal dan tidak sah. Dalam situasi ini, kesemua pihak bersetuju bahawa bidang kuasa dan tempat eksklusif yang diterangkan dalam Seksyen 6.1 akan mentadbir sebarang tindakan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini dan anda tidak boleh dilarang daripada menjalankan prosiding pada bila-bila masa.
7. Perihal Terma Ini
Mengikut undang-undang yang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak tertentu yang tidak boleh dihadkan melalui kontrak. Terma ini tidak bertujuan untuk mengehadkan hak tersebut.
Perubahan
Kami boleh membuat perubahan pada Terma ini (termasuk sebarang terma dan syarat tambahan Spotify yang disertakan melalui rujukan di sini) dari semasa ke semasa dengan memaklumi anda tentang perubahan tersebut dengan cara yang munasabah (sebelum berkuat kuasa), termasuk dengan menyiarkan Perjanjian semakan tentang Perkhidmatan Spotify yang berkenaan (dengan syarat, untuk perubahan penting, kami akan berusaha untuk menambah notis sedemikian melalui e-mel, mesej timbul dalam perkhidmatan atau cara lain). Sebarang perubahan tersebut tidak akan digunakan pada mana-mana pertikaian antara anda dengan kami yang timbul sebelum tarikh kami menyiarkan Terma yang telah disemak atau terma dan syarat Spotify yang lain, menggabungkan perubahan tersebut atau memaklumi anda tentang perubahan tersebut. Penggunaan anda pada Perkhidmatan Spotify selepas perubahan dibuat pada Terma ini, menandakan anda menerima perubahan tersebut. Jika anda tidak mahu meneruskan penggunaan Perkhidmatan Spotify mengikut Terma yang dikemas kini, anda boleh menamatkan akaun anda dengan menghubungi kami. Tarikh yang ditetapkan di bahagian atas dokumen ini menunjukkan kali terakhir Terma ini diubah.
Keseluruhan Perjanjian
Selain yang dinyatakan dalam seksyen ini atau sebagaimana yang telah dipersetujui secara bertulis dengan jelas antara anda dengan Spotify, Terma ini merangkumi semua terma dan syarat yang telah dipersetujui antara anda dengan Spotify dan mengatasi mana-mana perjanjian lebih awal yang berkaitan dengan perkara dalam Terma ini, sama ada secara bertulis atau lisan. Seperti yang dinyatakan di atas, terma dan syarat lain, garis panduan dan dasar yang mentadbir penggunaan Perkhidmatan Spotify ini digabungkan di sini melalui rujukan. Perkara ini termasuk yang berikut: (a) terma dan syarat tambahan yang berkaitan dengan perkhidmatan tertentu yang ditawarkan pada Perkhidmatan Spotify: Terma tawaran Promosi Spotify Premium; Terma Kad Spotify dan Terma Komuniti Sokongan Spotify; dan (b) garis panduan dan dasar: Dasar Privasi Spotify; Garis Panduan pengguna Spotify; Peraturan Platform Spotify dan Dasar Harta Intelektual Spotify.
Kebolehasingan dan Penepian
Melainkan seperti yang dinyatakan sebaliknya dalam Terma ini, jika mana-mana peruntukan Terma ini dianggap tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan atas apa-apa sebab atau takat, peruntukan Terma ini yang selebihnya tidak akan terjejas dan penggunaan peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Kegagalan oleh Spotify atau mana-mana penerima manfaat pihak ketiga untuk menguatkuasakan Terma atau sebarang peruntukan tidak akan mengetepikan hak Spotify atau penerima manfaat pihak ketiga yang berkenaan untuk berbuat demikian.
Penyerahan hak
Spotify boleh menyerah hak mana-mana atau semua Terma ini, serta boleh menyerah hak atau mewakilkan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, mana-mana hak atau tanggungjawabnya mengikut Terma ini. Anda tidak boleh menyerah hak Terma ini, secara keseluruhan atau sebahagian, mahupun memindahkan atau mensublesenkan hak anda mengikut Terma ini kepada mana-mana pihak ketiga.