Terma dan Syarat Premium Untuk Keluarga Spotify®

Tawaran ini ("Tawaran Premium Untuk Keluarga"), yang diberikan kepada anda oleh Spotify (seperti ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify), membolehkan pemegang akaun utama dan sehingga lima (5) akaun subsidiari ("subakaun") untuk mengakses Perkhidmatan Premium Spotify (seperti ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify) bermula dari tempoh anda mengaktifkan akaun itu dengan menghantar butiran pembayaran anda dan membayar harga yang diiklankan. Dengan menghantar butiran pembayaran anda, anda (i) membenarkan kami menggunakan butiran pembayaran anda menurut Dasar Privasi kami, (ii) memaklumi dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Penggunaan Spotify serta semua Terma dan Syarat ini. Semua pemegang akaun mesti tinggal di alamat yang sama untuk layak menyertai Premium Untuk Keluarga.

Kad hadiah Spotify tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran sah untuk Premium Untuk Keluarga. Jika anda sekarang melanggan Spotify melalui pihak ketiga (seperti syarikat telefon), anda tidak akan dapat memanfaatkan tawaran ini. Jika anda memutuskan untuk tidak kekal menjadi pengguna berbayar Perkhidmatan Premium Spotify, anda perlu membatalkan langganan Perkhidmatan Premium anda dengan log masuk ke akaun Spotify anda dan mengikut arahan dalam halaman Akaun, atau dengan mengklik di sini dan mengikut arahan yang diberikan. Jika pemegang akaun utama membatalkan langganan Premium, semua subakaun yang berkaitan akan kembali berada dalam Perkhidmatan Percuma Spotify.

Tiada diskaun lain yang boleh diguna pakai. Tiada bayaran balik atau kredit untuk langganan bulanan separa. Jika Spotify menaikkan yuran bulanan pada masa akan datang, kami akan memberikan notis kepada anda. Perubahan harga akan berkuat kuasa pada permulaan tempoh langganan seterusnya selepas tarikh perubahan harga. Dengan terus menggunakan Perkhidmatan Spotify selepas perubahan harga berkuat kuasa, anda bersetuju dengan harga baharu itu. Perkhidmatan Spotify mungkin tidak boleh didapati pada peranti peribadi tertentu.

Spotify AB

Regeringsgatan 19, SE-111 53 Stockholm

Sweden

SE556703748501