Pusat Keselamatan & Privasi

Dasar Privasi

Mengumpulkan data peribadi anda

Kefahaman anda tentang data peribadi yang kami kumpulkan berkenaan diri anda, cara kami mengumpulkan data dan sebab data diperlukan adalah amat penting kepada kami.

Kami mengumpulkan data peribadi anda melalui cara berikut:

  1. Apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify atau apabila anda mengemas kini akaun anda - kami mengumpul data peribadi tertentu untuk membuat akaun Spotify anda supaya anda boleh menggunakan Perkhidmatan Spotify. Ini termasuk nama profil dan alamat e-mel anda, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian 3 Dasar Privasi kami.
  2. Melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify oleh anda - apabila anda menggunakan atau mengakses Perkhidmatan Spotify, kami mengumpul dan memproses data peribadi tentang tindakan anda. Ini termasuklah lagu yang anda mainkan dan playlist yang anda buat. Ini merupakan kategori Data Penggunaan yang terkandung dalam bahagian 3 Dasar Privasi kami.
  3. Data peribadi yang anda pilih untuk diberikan kepada kami - dari semasa ke semasa, anda juga boleh menyediakan data peribadi tambahan kepada kami atau memberi kami kebenaran untuk mengumpul data peribadi, misalnya untuk menyediakan lebih banyak ciri atau kefungsian kepada anda. Ini termasuklah kategori Data Suara, Data Pembayaran dan Pembelian serta Data Tinjauan dan Penyelidikan yang terkandung dalam bahagian 3 Dasar Privasi kami.
  4. Data peribadi yang kami terima daripada sumber pihak ketiga - jika anda mendaftar untuk Spotify menggunakan perkhidmatan lain atau menyambungkan akaun Spotify anda dengan aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga, kami akan menerima data anda daripada pihak ketiga tersebut. Kami juga mungkin menerima data anda daripada penyedia perkhidmatan teknikal, rakan pembayaran dan rakan pengiklanan serta pemasaran. Lihat bahagian 3 Dasar Privasi untuk mendapatkan butiran lanjut.