Mainkan apa-apa lagu, tanpa gangguan

Dengar muzik yang anda suka, tanpa iklan pada peranti mudah alih.

Dengar tanpa WiFi atau data

Muat turun 30 lagu dan dengar tanpa Internet, tidak kira di mana-mana jua anda berada.

Dapatkan Premium Mini dengan cara anda

Pelan satu kali; tiada kad kredit diperlukan.

1 hari: RM0.75
1 minggu: RM2.90

Apakah itu Premium Mini?

30 lagu boleh dimuat turun dan muzik tanpa iklan serta tanpa had pada 1 peranti mudah alih.
Pengalaman percuma pada peranti bukan mudah alih

Mudah alih sahaja
Mini
Daripada RM0.75/hari
Individual
Daripada RM15.90/bulan
Berjuta-juta lagu dan podcast
Tiada iklan audio antara lagu
Mainkan mengikut apa-apa susunan
Langkau lagu tanpa had
6 langkauan/jam
Muat turun lagu
30, pada 1 peranti mudah alih
10,000/peranti, sehingga 5 peranti
Kualiti audio yang maksimum
Tinggi (160 kbps)
Tinggi (160 kbps)
Sangat tinggi (320 kbps)
Tempoh pelan
1 hari atau 1 minggu
1 bulan sehingga 1 tahun atau pembaharuan secara automatik setiap bulan

Pertanyaan?

Kami ada jawapan.

  • Bagaimanakah boleh saya memuat turun lagu?

    Anda boleh memuat turun 30 lagu pada satu peranti mudah alih, kemudian memainkan playlist Lagu yang Dimuat Turun anda tanpa WiFi atau perkhidmatan.

  • Apakah yang berlaku pada lagu saya apabila pelan saya tamat?

    Sekiranya anda tidak menambah nilai Mini sebelum pelan anda tamat, anda akan bertukar kepada pelan percuma kami. Pustaka dan playlist anda akan dikekalkan, tetapi lagu yang dimuat turun akan dikeluarkan. Sekiranya anda kembali melanggan Mini selepas menggunakan pelan percuma kami, anda boleh memuat turun semula playlist Lagu yang Dimuat Turun anda sebelum ini.

  • Apakah yang berlaku apabila saya mencapai had muat turun? Bolehkah saya membeli lebih banyak?

    Setelah anda memuat turun 30 lagu, anda perlu mengeluarkan beberapa lagu jika anda ingin memuat turun lebih banyak lagu. Sekiranya anda menginginkan lebih daripada 30 lagu, cuba salah satu pelan Premium kami dan dapatkan 10,000 lagu bagi setiap peranti, sehingga 5 peranti bagi setiap akaun.

  • Adakah saya mendapat 30 lagi muat turun setiap kali saya membeli Mini?

    Tidak, anda hanya boleh memuat turun 30 lagu pada peranti anda, pada bila-bila masa. Sekiranya anda menginginkan lebih banyak lagu, lihat Premium Individual kami yang didatangkan dengan 10,000 muat turun lagu bagi setiap peranti, sehingga 5 peranti bagi setiap akaun.

  • Berapakah amaun data/storan yang digunakan semasa saya menstrim/memuat turun muzik?

    Secara lalai, penstriman selama sejam menggunakan kira-kira 10 MB data. Memuat turun satu lagu sepanjang 3 minit akan menggunakan kira-kira 0.5 MB ruang pada peranti anda. Untuk menjimatkan data, strim menggunakan WiFi, dan pastikan tetapan penstriman anda adalah: Rendah untuk penstriman, Normal untuk memuat turun.

  • Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai?

    Anda boleh menambah lebih banyak Premium pada akaun anda bila-bila masa. Sekiranya anda masih melanggan Premium semasa anda menambah nilai, maka hari baharu akan bermula apabila hari sedia ada anda tamat. Anda boleh memuatkan akaun anda sehingga 3 bulan Premium jika anda membeli Mini.
    Harap maklum bahawa pada bila-bila masa anda kembali kepada pelan percuma kami, muat turun anda akan dikeluarkan dan anda perlu memuat turun semula apabila anda kembali melanggan Premium.

  • Mini berfungsi pada peranti jenis apa?

    Anda boleh mengakses akaun Spotify anda daripada banyak peranti, tetapi Mini hanya berfungsi pada telefon mudah alih atau tablet kecil (<7 inci). Anda masih dapat mengakses pengalaman percuma pada mana-mana peranti bukan mudah alih semasa melanggan pelan Premium Mini yang aktif.