
Perkhidmatan seperti Spotify menyediakan peluang unik untuk ibu bapa dan kanak-kanak meneroka bersama, menemukan kandungan pendidikan dan mendengar muzik. Ramai daripada anda telah memanfaatkan playlist dodoi untuk menidurkan anak anda, manakala orang lain seronok berkongsi lagu kegemaran daripada zaman kanak-kanak mereka dengan anak mereka. Kebelakangan ini, terdapat pertumbuhan pesat dari segi ruang dalam talian yang boleh digunakan oleh kanak-kanak dan usaha mengehadkan kandungan dan ciri yang boleh diakses oleh mereka semasa bersuka ria mungkin agak mencabar.

Saya Alex Holmes, pengerusi lembaga penasihat keselamatan global bagi sebilangan syarikat teknologi utama, termasuklah Spotify, yang menasihati mereka tentang pendekatan mereka terhadap keselamatan dan bahaya dalam talian. Saya juga Timbalan CEO bagi organisasi bukan untung The Diana Award, iaitu warisan kepercayaan Puteri Diana bahawa orang muda mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Saya telah menubuhkan program sokongan rakan ke rakan Anti-Bullying Ambassadors pada umur 16 tahun setelah mengalami pengalaman dibuli sendiri. Saya juga bekerja di badan amal BBC, BBC Children in Need. Seperti yang anda bayangkan, saya memang berminat untuk menangani apa-apa halangan kepada kebahagiaan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Di alam dalam talian, saya sentiasa mencadangkan agar ibu bapa bekerjasama dengan anak mereka untuk menentukan jenis kandungan dan ciri yang sesuai untuk mereka. Bincangkan jenis kandungan yang anda selesa untuk didengari oleh mereka dan bantu mereka memahami tindakan yang boleh dilakukan jika kandungan tersebut menyebabkan mereka rasa terganggu atau bimbang. Sebagai usaha membantu ibu bapa dan keluarga membuat keputusan sedemikian, Spotify telah menyediakan panduan di bawah yang menggariskan alat dan ciri terkini yang telah direka oleh mereka untuk kanak-kanak, termasuk kawalan ibu bapa yang boleh anda gunakan untuk melindungi anak anda daripada kandungan eksplisit, serta cara anda melaporkan apa-apa kandungan atau perhatian yang tidak diingini.
Usaha menavigasi pelbagai platform yang mungkin digunakan oleh anak anda memang sukar dan saya menggalakkan agar semua ibu bapa atau penjaga berusaha bersama anak masing-masing untuk memahami Spotify, jenis muzik yang didengari oleh mereka, serta cara mereka berinteraksi dengan orang lain. Usaha membantu anak anda mempertimbangkan tindakan mereka terhadap kanak-kanak lain serta bahawa mereka hendaklah mempertimbangkan tajuk playlist, profil atau foto/muat naik playlist juga mungkin berguna. Galakkan agar mereka berkongsi playlist mereka bersama anda kerana ini mungkin menyediakan peluang untuk melakukan pilih susun serta berhubung dan mengadakan dialog yang sihat bersama mereka.
Muzik dan audio ialah komponen penting dalam proses kanak-kanak mengetahui cara mengekspresikan diri mereka serta memahami dunia. Dengan sokongan yang sesuai, anda boleh menggunakan alat seperti Spotify untuk meningkatkan keyakinan, kebingkasan dan rasa ingin tahu mereka sambil mengimbangkan privasi, kebebasan mereka serta gaya keibubapaan anda sendiri. Biar apa pun, tindakan membincangkan perkara ini bersama anak anda ialah cara terbaik untuk menunjukkan bahawa anda bersedia menyokong mereka sambil mereka belajar tentang dunia digital.
Alex Holmes, OBE
Pakar keselamatan kanak-kanak
Spotify ialah perkhidmatan muzik, podcast dan buku audio digital yang menyediakan akses kepada jutaan lagu dan kandungan lain daripada pencipta dari seluruh dunia. Kami memahami bahawa tindakan menavigasi dunia digital mungkin mencabar untuk ibu bapa dan bahawa keputusan tentang kandungan dan pengalaman yang sesuai untuk keluarga anda selalu bersifat peribadi. Kami telah membangunkan pelbagai langkah penting untuk mewujudkan pengalaman pendengar muda yang menarik dan direka khas untuk mereka. Langkah ini termasuk:
Seiring dengan landskap keselamatan kanak-kanak yang berubah-ubah, kami juga akan terus memperhalus dasar, alat dan keupayaan kami. Sementara itu, terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang langkah yang boleh anda ambil sebagai ibu bapa atau penjaga untuk mewujudkan pengalaman yang lebih baik unutk pendengar muda.
Semua pengguna mestilah memenuhi keperluan umur minimum untuk negara yang berkaitan dengan akaun mereka. Jika umur anak anda di bawah umur minimum untuk menggunakan Spotify atau sebaliknya tidak memenuhi keperluan Terma Penggunaan kami, akaun mereka mestilah ditutup atau ditukar menjadi akaun di bawah pengawasan.
Semasa membuat akaun, anda perlu menyatakan umur anak anda dengan tepat. Ini membantu dari segi memastikan pematuhan dengan undang-undang tempatan dan membantu kami menyampaikan pengalaman produk yang sesuai.
Akaun di bawah pengawasan menawarkan pengalaman muzik yang direka supaya kanak-kanak dapat meneroka secara bebas, sementara menyediakan alat untuk ibu bapa dan penjaga membimbing dan membentuk persekitaran mendengar mereka. Akaun untuk pengguna yang berumur bawah 13 tahun (atau umur tempatan yang setara) ini membolehkan pendengar muda menemukan bunyi baharu dan mula membentuk cita rasa mereka sendiri melalui katalog muzik kami yang luas. Ciri berikut terpakai untuk semua akaun di bawah pengawasan secara lalai:
Selain itu, ibu bapa/penjaga boleh menggunakan kawalan dalam aplikasi kami untuk membimbing kandungan yang boleh diakses oleh pendengar muda. Setiap kanak-kanak berbeza dan perjalanan setiap keluarga unik, jadi kami komited untuk mengembangkan alat kami bagi membantu ibu bapa dan penjaga berkongsi muzik dengan cara yang sesuai untuk mereka. Alat ini kini termasuk:
Sebuah aplikasi kendiri yang menawarkan pengalaman yang dipilih susun dan menyertakan kandungan yang mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak muda. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini.
Semua kandungan di Spotify mesti mematuhi undang-undang tempatan dan Peraturan Platform kami. Peraturan ini dibangunkan oleh pasukan pakar dasar keselamatan dalaman kami dengan maklum balas daripada pakar keselamatan global yang dipercayai, termasuk Spotify Safety Advisory Council. Kami juga melantik pasukan di seluruh dunia untuk memastikan bahawa kandungan disemak dengan cepat dan diambil tindakan sewajarnya pada setiap masa.
Dasar dan pendekatan penguatkuasaan kami tidak statik dan sentiasa berubah mengikut trend penyalahgunaan yang berubah-ubah, landskap kawal selia global, jenis kandungan baharu, serta maklum balas daripada rakan kongsi keselamatan kami yang dipercayai.
Jika anda menemukan kandungan yang anda percaya mungkin melanggar Peraturan Platform kami, laporkan kandungan melalui borang ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan pelaporan tambahan, lawati Pusat Keselamatan dan Privasi kami.
Kami komited untuk melindungi data peribadi pengguna kami, termasuk data kanak-kanak dan telah menyediakan mekanisme untuk melindungi maklumat pengguna. Beberapa cara kami mungkin menggunakan data peribadi anda adalah untuk memberikan cadangan dalam bahasa anda, mencadangkan lagu yang kami berpendapat akan anda gemari atau membantu anda menemui artis kegemaran baharu anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan data anda, hak dan pilihan privasi anda, serta cara melaraskan tetapan anda, lihat Pusat Keselamatan dan Privasi kami serta baca Dasar Privasi kami. Jika anda ialah ibu/bapa atau penjaga kepada pendengar muda yang menggunakan akaun di bawah pengawasan, sila rujuk Notis Privasi untuk Ibu Bapa dan Penjaga Akaun Di Bawah Pengawasan serta Dasar Privasi Pendengar Muda kami.