Pusat Keselamatan & Privasi

Melaporkan kandungan di Spotify

Rumusan

Di Spotify, kami bekerja keras untuk meningkatkan penyataan kreatif dan menginginkan komuniti kami menunjukkan diri mereka yang sebenar, tetapi hal ini tidak bermaksud semua perkara boleh diterima.

Peraturan Platform kami yang telah lama wujud menggariskan perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di Spotify. Kami mengutamakan semakan kandungan yang memberikan kesan terhadap golongan bawah umur, menimbulkan risiko perbuatan ganas di luar talian atau mungkin menyalahi undang-undang.

Apakah jenis tindakan yang akan diambil terhadap kandungan haram atau kandungan yang melanggar Peraturan Platform?

Apabila kami menemukan kandungan yang melanggar Peraturan Platform kami atau menyalahi undang-undang di bawah undang-undang tempatan, kami mungkin mengambil pelbagai tindakan. Tindakan ini boleh termasuk pengalihan keluar kandungan, sekatan pengagihan, penggunaan label nasihat kandungan dan/atau penyahwangan.

Bagaimanakah seseorang boleh melaporkan kandungan di Spotify?

Jika anda merasakan bahawa sesuatu kandungan mungkin melanggar Peraturan Platform kami, sila laporkan kandungan itu melalui borang pelaporan kami yang selamat.

Untuk melaporkan kandungan yang anda percaya melanggar hak harta intelek anda atau sebaliknya melanggar undang-undang, sila hubungi kami. Maklumat lanjut tentang dasar Spotify untuk menangani pelanggaran harta intelek boleh didapati dalam Dasar Hak Cipta kami.

Siapakah yang boleh melaporkan kandungan?

Sesiapa sahaja yang mempunyai alamat e-mel boleh melaporkan kandungan di Spotify meskipun mereka tidak mempunyai akaun Spotify. Sila ambil perhatian bahawa penyalahgunaan proses pelaporan kami boleh menyekat keupayaan anda untuk menghantar permintaan pada masa hadapan.

Bolehkah rayuan dibuat terhadap keputusan kandungan?

Jika anda berpangkalan di Kesatuan Eropah dan anda percaya bahawa tindakan yang salah telah diambil terhadap kandungan anda atau untuk memberikan respons terhadap laporan anda, sila semak pemberitahuan yang diterima untuk langkah seterusnya.

Untuk semua negara lain, kami akan terus mengembangkan keupayaan dan pilihan rayuan kami yang berbeza mengikut lokasi.