Pusat Privasi

Spotify menggunakan data peribadi untuk mewujudkan pengalaman pendengaran terbaik. Ketahui lebih lanjut tentang hak data anda.

  • Memahami Privasi di Spotify
  • Data peribadi yang kami kumpulkan
  • Sebab kami mengumpulkan data peribadi
  • Cara kami melindungi data peribadi anda
  • Bagaimanakah kami berkongsi / memindahkan data peribadi anda?
  • Hak data peribadi anda
  • Kawal data anda
  • Dasar Kami
  • Cara menghubungi kami

Memahami Privasi di Spotify

Di Spotify, kami mahu memberi anda pengalaman sebaik mungkin. Untuk melakukan perkara ini, kami menggunakan sesetengah data peribadi tentang diri anda untuk menyediakan perkhidmatan Spotify yang diperibadikan untuk anda dan untuk membangunkan platform audio terbaik untuk pendengar dan pencipta kami. Kami juga komited untuk melindungi privasi dan keselamatan data anda. Lihat sumber privasi di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

  1. Pusat Privasi kami ialah hab mesra pengguna yang menjelaskan elemen utama Dasar Privasi kami - data yang kami kumpulkan, cara kami menggunakan dan melindungi data serta hak dan kawalan anda terhadap data tersebut.
  2. Dasar Privasi lengkap kami mengandungi semua butiran penting. 
  3. Halaman Sokongan Privasi & Keselamatan Spotify kami menyediakan sokongan tambahan dan jawapan kepada soalan lazim.
  4. Jika anda masih memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi kami.

Apakah data peribadi yang dikumpulkan oleh Spotify tentang diri saya?

Kefahaman anda tentang data peribadi yang kami kumpulkan tentang diri anda, cara kami mengumpulkan data dan sebab data itu diperlukan amat penting kepada kami.

Kami mengumpulkan data peribadi anda dengan cara yang berikut:

  1. Data peribadi yang dikumpulkan apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify atau apabila anda mengemas kini akaun anda - kami mengumpulkan data peribadi tertentu untuk mencipta akaun Spotify anda agar anda boleh menggunakan Perkhidmatan Spotify. Ini termasuk Data Pengguna dan Data Alamat Jalan anda seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam seksyen 3 Dasar Privasi kami.
  2. Data peribadi yang dikumpulkan melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify - apabila anda menggunakan atau mengakses Perkhidmatan Spotify, kami akan mengumpulkan data peribadi tentang tindakan anda. Ini termasuk lagu yang telah anda mainkan dan senarai main yang telah anda cipta. Ini ialah kategori Data Penggunaan yang terkandung dalam seksyen 3 Dasar Privasi kami.
  3. Data peribadi yang anda pilih untuk berikan kepada kami - dari semasa ke semasa, anda juga mungkin memberi kami data peribadi tambahan atau membenarkan kami mengumpulkan data peribadi, contohnya, untuk menyediakan lebih banyak ciri atau kefungsian kepada anda. Ini termasuk Data Suara, Data Pembayaran dan Pembelian dan Data Peraduan, Tinjauan dan Cabutan Bertuah yang terkandung dalam seksyen 3 Dasar Privasi kami.
  4. Data peribadi yang kami kumpulkan daripada sumber pihak ketiga - jika anda mendaftar untuk Spotify menggunakan perkhidmatan lain atau menyambungkan akaun Spotify anda dengan aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga, kami akan menerima data anda daripada pihak ketiga tersebut. Kami mungkin juga menerima data anda daripada pembekal perkhidmatan teknikal, rakan kongsi pembayaran serta rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran. Lihat seksyen 3 Dasar Privasi untuk mendapatkan butiran lanjut.

Mengapakah Spotify mengumpulkan dan menggunakan data peribadi ini?

Kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda atas sebab yang berikut:

  • untuk membekalkan Perkhidmatan Spotify yang diperibadikan
  • untuk memahami, mendiagnosis, menyelesaikan masalah dan membetulkan ralat berkenaan Perkhidmatan Spotify
  • untuk menilai dan membangunkan ciri, teknologi dan peningkatan baharu dalam Perkhidmatan Spotify
  • untuk tujuan pemasaran, promosi dan pengiklanan
  • untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan permintaan penguatkuasaan undang-undang
  • untuk memenuhi kewajipan kontraktual dengan pihak ketiga, contohnya perjanjian kami dengan pemilik kandungan pada Perkhidmatan Spotify dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laporan pelanggaran harta intelektual dan kandungan yang tidak wajar
  • untuk mewujudkan, menggunakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang
  • untuk menjalankan perancangan, pelaporan dan ramalan perniagaan
  • untuk memproses bayaran anda
  • untuk mengesan dan mencegah penipuan, termasuk pembayaran palsu dan penggunaan palsu Perkhidmatan Spotify
  • untuk menjalankan penyelidikan, peraduan, tinjauan dan cabutan bertuah

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebab Spotify menggunakan data peribadi anda dan asas undang-undang kami untuk berbuat demikian, lihat seksyen 4 Dasar Privasi kami.

Bagaimanakah Spotify melindungi data peribadi saya?

Kami komited untuk melindungi data peribadi pengguna kami. Kami melaksanakan langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tiada sistem yang benar-benar selamat.

Kami telah menguatkuasakan pelbagai langkah perlindungan termasuk dasar nama samaran, penyulitan, akses dan pengekalan untuk menghalang akses tanpa kebenaran dan pengekalan yang tidak diperlukan terhadap data peribadi anda dalam sistem kami.

Untuk melindungi akaun pengguna anda, kami menggalakkan anda untuk:

  • menggunakan kata laluan kukuh yang unik untuk akaun Spotify anda
  • tidak sekali-kali berkongsi kata laluan anda dengan sesiapa pun
  • mengehadkan akses kepada komputer dan penyemak imbas anda
  • log keluar setelah anda selesai menggunakan Perkhidmatan Spotify pada peranti kongsi
  • membaca lebih terperinci tentang cara melindungi akaun anda

Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat seksyen 8 dalam Dasar Privasi kami.

Bagaimanakah Spotify berkongsi / memindahkan data peribadi saya?

Semasa menjalankan aktiviti yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami, Spotify akan berkongsi data peribadi anda dengan anak syarikat kumpulan, subkontraktor dan rakan kongsi Spotify di pelbagai negara. Entiti ini mungkin memproses data anda di negara dengan penguatkuasaan undang-undang perlindungan data yang tidak dianggap sekukuh undang-undang EU atau undang-undang yang digunakan di tempat tinggal anda. Contohnya, undang-undang itu mungkin tidak memberi anda hak yang sama terhadap data anda.

Apabila kami memindahkan data peribadi pada peringkat antarabangsa, kami menggunakan alat untuk:

  • memastikan pemindahan data tersebut mematuhi undang-undang yang berkenaan
  • memberi data anda tahap perlindungan yang sama seperti yang diberikan di EU

Lihat seksyen 7 Dasar Privasi kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang perlindungan yang kami gunakan apabila memindahkan data peribadi pada peringkat antarabangsa.

Hak Data Peribadi Anda

Anda mungkin memaklumi bahawa undang-undang privasi, termasuk General Data Protection Regulation (Peraturan Perlindungan Data Umum) atau "GDPR", memberikan hak tertentu kepada individu berkaitan data peribadi mereka. Hal ini diterangkan di bawah.

Akses data peribadi anda

Anda berhak untuk dimaklumkan tentang data peribadi yang kami proses tentang diri anda dan meminta akses kepada data tersebut.

Kemas kini data peribadi anda

Anda berhak untuk meminta agar kami meminda atau mengemas kini data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap.

Hadkan penggunaan data peribadi anda

Anda berhak untuk meminta agar kami menghentikan pemprosesan semua atau sebahagian data peribadi anda buat sementara waktu atau selama-lamanya.

Bantah penggunaan data peribadi anda

Anda berhak untuk membantah tindakan kami memproses data peribadi anda pada bila-bila masa, atas sebab yang berkaitan dengan keadaan anda yang tertentu.

Bantah pemasaran langsung

Anda berhak untuk membantah penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.

Bantah pembuatan keputusan automatik

Anda berhak untuk tidak tertakluk pada keputusan yang semata-mata berdasarkan pembuatan keputusan automatik, termasuk pemprofilan, apabila keputusan tersebut memberikan kesan undang-undang terhadap diri anda atau menyebabkan kesan ketara yang serupa.

Pindahkan data peribadi anda

Anda berhak untuk meminta salinan data peribadi anda dalam format elektronik dan memindahkan data peribadi tersebut untuk penggunaan dalam perkhidmatan pihak lain.

Padamkan data peribadi anda

Anda berhak untuk meminta kami memadamkan data peribadi anda.

Cara melaksanakan hak anda

Akses: Untuk meminta salinan data peribadi anda daripada Spotify, lawati Tetapan Privasi akaun anda. Pada halaman tersebut, anda boleh memuat turun kebanyakan data peribadi anda secara automatik dan mengetahui cara meminta maklumat lanjut.

Pembetulan: Anda boleh mengedit Data Pengguna anda dalam bahagian “Edit profil” dalam akaun anda.

Pemadaman:

  1. Anda boleh mengalih keluar kandungan audio daripada profil anda dengan memilih kandungan yang berkaitan dan memilih untuk mengalih keluar kandungan tersebut. Contohnya, anda boleh mengalih keluar senarai main daripada profil anda atau mengalih keluar lagu daripada senarai main anda.
  2. Untuk meminta pemadaman data peribadi anda yang lain daripada Spotify, lihat halaman sokongan kami.

Hak anda yang lain: Anda boleh menghubungi Spotify secara langsung untuk melaksanakan hak anda pada bila-bila masa.

Di manakah tempat untuk saya mengawal data peribadi yang digunakan oleh Spotify?

  1. Halaman Tetapan Privasi - membolehkan anda mengawal sesetengah kategori data peribadi yang kami proses tentang diri anda, mengawal iklan tersuai yang anda lihat dan dengar di Spotify dan membolehkan anda mengakses data peribadi anda melalui butang ‘Muat turun Data saya’.
  2. Halaman Tetapan Pemberitahuan - membolehkan anda memilih komunikasi yang anda terima daripada Spotify, mengurus data peribadi anda yang tersedia kepada umum dan menetapkan keutamaan perkongsian anda.
  3. Tetapan (Desktop dan Mudah Alih) - mengawal aspek tertentu Perkhidmatan Spotify seperti “Sosial” dan “Kandungan Eksplisit”.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengawal data peribadi anda, lihat hak terhadap data dan tetapan privasi.

Cara menghubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang Dasar ini, hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui salah satu cara yang berikut: