Dasar Privasi Spotify

Mula berkuat kuasa pada 25 Mei 2018

1 Pengenalan
2 Perihal Dasar ini
3 Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan
4 Bagaimanakah kami mengumpulkan data peribadi anda?
5 Apakah data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda?
6 Apakah tujuan kami menggunakan data peribadi anda?
7 Berkongsi data peribadi anda
8 Pengekalan dan pemadaman data
9 Pemindahan ke negara lain
10 Pautan
11 Memastikan keselamatan data anda
12 Kanak-kanak
13 Perubahan pada Dasar Privasi ini
14 Cara menghubungi kami

1. Pengenalan

Terima kasih kerana memilih Spotify!

Di Spotify, kami mahu memberi anda pengalaman terbaik untuk memastikan anda menikmati perkhidmatan kami hari ini, esok dan pada masa hadapan. Untuk berbuat demikian, kami perlu memahami tabiat mendengar anda agar kami dapat menyediakan perkhidmatan luar biasa dan diperibadikan khusus untuk anda. Walau bagaimanapun, privasi dan keselamatan data peribadi anda sentiasa dan akan tetap menjadi keutamaan kami yang paling penting. Kami mahu menerangkan dengan jelas cara dan sebab kami mengumpulkan, menyimpan, berkongsi dan menggunakan data peribadi anda - serta menggariskan kawalan dan pilihan berkenaan masa dan cara anda berkongsi data peribadi anda.

Inilah objektif kami dan Dasar Privasi ini (“Dasar”) akan menerangkan maksud kami yang sebenar dengan lebih terperinci di bawah.

2. Perihal Dasar ini

Dasar ini menerangkan butiran penting berkaitan perhubungan data peribadi anda dengan Spotify AB. Dasar ini diwajibkan pada semua perkhidmatan Spotify dan perkhidmatan yang berkaitan (dirujuk sebagai ‘Perkhidmatan Spotify’). Terma yang mentadbir penggunaan anda berkenaan Perkhidmatan Spotify ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan (“Terma dan Syarat Penggunaan”) kami.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin membangunkan perkhidmatan baharu atau menawarkan perkhidmatan tambahan. Jika pengenalan perkhidmatan baharu atau perkhidmatan tambahan tersebut mengakibatkan perubahan pada cara kami mengumpulkan atau memproses data peribadi anda, kami akan menyediakan maklumat lanjut dan terma atau dasar tambahan. Melainkan dinyatakan sebaliknya apabila kami memperkenalkan perkhidmatan baharu atau perkhidmatan tambahan, perkhidmatan tersebut akan tertakluk pada Dasar ini.

Matlamat Dasar ini adalah untuk:

  1. Memastikan anda memahami jenis data peribadi yang kami kumpulkan tentang diri anda, sebab kami mengumpulkan dan menggunakan data tersebut dan orang yang menerima perkongsian data tersebut;
  2. Menerangkan cara kami menggunakan data yang dikongsi dengan kami agar anda mendapat pengalaman hebat semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify; dan
  3. Menerangkan hak dan pilihan anda berkaitan data peribadi yang kami kumpulkan dan proses tentang diri anda dan cara kami akan melindungi privasi anda.

Kami berharap matlamat ini dapat membantu anda memahami komitmen privasi kami terhadap diri anda. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang terma yang digunakan dalam Dasar ini, sila lawati Pusat Privasi di spotify.com. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menghubungi kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan, sila lihat ‘Cara Menghubungi Kami’ seksyen 14 di bawah. Selain itu, jika anda tidak bersetuju dengan kandungan Dasar ini, sila ingat bahawa anda mempunyai pilihan untuk menggunakan atau tidak menggunakan Perkhidmatan Spotify.

3. Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan

Anda mungkin memaklumi undang-undang Kesatuan Eropah yang baharu, General Data Protection Regulation (Peraturan Perlindungan Data Umum) atau "GDPR", yang memberikan hak tertentu kepada individu berkenaan data peribadi mereka. Kami telah menambahkan ketelusan tambahan dan kawalan akses dalam Pusat Privasi dan Tetapan Privasi kami untuk membantu pengguna memanfaatkan hak tersebut. Seperti yang tersedia dan melainkan terhad mengikut undang-undang yang berkenaan, hak yang boleh digunakan oleh individu ialah:

  • Hak Akses - hak untuk dimaklumkan dan meminta akses kepada data peribadi yang kami proses tentang diri anda;
  • Hak Pembetulan - hak untuk meminta kami meminda atau mengemas kini data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap;
  • Hak Pemadaman - hak untuk meminta kami memadamkan data peribadi anda;
  • Hak Sekatan - hak untuk meminta kami berhenti memproses semua atau sesetengah data peribadi anda buat sementara waktu atau secara kekal;
  • Hak Bantahan -
    • hak untuk menghalang kami pada bila-bila masa daripada memproses data peribadi anda berdasarkan keadaan anda yang tertentu;
    • hak untuk membantah data peribadi anda diproses untuk tujuan pemasaran secara langsung;
  • Hak Pemindahan Data - hak untuk meminta salinan data peribadi anda dalam format elektronik dan hak untuk memindahkan data peribadi itu untuk penggunaan perkhidmatan pihak lain; dan
  • Hak untuk tidak tertakluk pada Keputusan Automatik - hak untuk tidak tertakluk pada keputusan automatik semata-mata, termasuk pemprofilan, yang boleh memberikan kesan undang-undang terhadap diri anda atau menghasilkan kesan ketara yang serupa.

Untuk membolehkan anda menggunakan hak ini dengan mudah dan untuk merekodkan keutamaan anda berkenaan cara data peribadi anda digunakan oleh Spotify, kami memberi anda akses kepada tetapan berikut melalui halaman Tetapan Akaun anda:

  • Tetapan Privasi - membolehkan anda mengawal beberapa kategori data peribadi yang kami proses tentang diri anda, membolehkan anda mengakses data peribadi anda melalui butang ‘Muat turun Data saya’ dan menyertakan pautan ke Pusat Privasi di spotify.com dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara data peribadi anda digunakan oleh Spotify dan hak anda; dan,
  • Tetapan Pemberitahuan - membolehkan anda memilih jenis komunikasi yang diterima daripada Spotify, mengurus data peribadi anda yang tersedia untuk orang awam dan menetapkan keutamaan perkongsian anda.

Pusat Privasi memberi anda kawalan tentang cara data peribadi anda diproses oleh Spotify. Pusat Privasi menyediakan maklumat tentang keadaan yang berlaku jika anda melaraskan tetapan anda pada halaman Tetapan Akaun dan cara anda menarik diri daripada menerima mesej tertentu daripada Spotify. Jika kami menghantar mesej pemasaran elektronik berdasarkan kebenaran anda atau jika dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, anda boleh, pada bila-bila masa, menarik balik kebenaran tersebut atau mengisytiharkan penolakan anda (“tarik diri”) tanpa dikenakan apa-apa jua kos. Mesej pemasaran elektronik yang anda terima daripada Spotify (contohnya, yang dihantar melalui e-mel) juga akan mengandungi mekanisme tarik diri dalam mesej itu sendiri (contohnya, pautan nyahlanggan dalam e-mel yang kami hantar kepada anda).

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang hak GDPR seperti yang diterangkan di atas dan kawalan yang kami sediakan kepada semua pengguna Spotify berkenaan hak ini dalam seksyen ‘Hak Anda’ yang terkandung dalam Pusat Privasi. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang privasi anda, hak anda atau cara menggunakannya, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami menggunakan borang ‘Hubungi Kami’ di Pusat Privasi. Kami akan menjawab permintaan anda dalam tempoh yang sewajarnya selepas mendapat pengesahan identiti anda. Jika anda tidak menyukai cara kami menggunakan data peribadi anda, anda boleh menghubungi dan membuat aduan kepada Swedish Data Protection Authority (Datainspektionen) (Pihak Berkuasa Perlindungan Data Sweden) atau Pihak Berkuasa Perlindungan Data setempat anda.

4. Bagaimanakah kami mengumpulkan data peribadi anda?

Kami mengumpulkan data peribadi anda melalui cara berikut:

  1. Apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify - apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify, kami akan mengumpulkan data peribadi tertentu seperti alamat e-mel, tarikh lahir, jantina dan negara anda, agar anda boleh menggunakan Perkhidmatan Spotify.
  2. Sepanjang tempoh anda menggunakan Perkhidmatan Spotify - apabila anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, kami akan mengumpulkan data peribadi tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify seperti lagu yang anda mainkan dan senarai main yang anda cipta.
  3. Data peribadi dikumpulkan yang membolehkan kami menyediakan ciri/kefungsian tambahan kepada anda - dari semasa ke semasa, anda juga boleh memberi kami data peribadi tambahan atau membenarkan kami mengumpulkan data peribadi tambahan contohnya, untuk menyediakan lebih banyak ciri atau kefungsian kepada anda. Seperti yang diterangkan selanjutnya di bawah (lihat Data Muzik Sukarela), kami tidak akan mengumpulkan foto, lokasi tepat peranti mudah alih, data suara atau maklumat kenalan daripada peranti anda tanpa mendapat kebenaran anda dahulu. Anda boleh mengubah fikiran dan menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa.
  4. Daripada pihak ketiga - kami akan menerima data peribadi tentang diri anda dan aktiviti anda daripada pihak ketiga, termasuk pengiklan dan rakan kongsi yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda (sila lihat Berkongsi data peribadi anda Seksyen 7 di bawah). Kami akan menggunakan data peribadi ini jika anda memberikan kebenaran kepada pihak ketiga atau kepada Spotify untuk perkongsian data tersebut atau jika Spotify mempunyai kepentingan sah untuk menggunakan data peribadi tersebut untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda.

Kami menggunakan maklumat awanama dan digabungkan untuk menguji sistem IT, penyelidikan, analisis data, mencipta model pemasaran dan promosi, meningkatkan Perkhidmatan Spotify dan membangunkan ciri dan kefungsian baharu dalam Perkhidmatan Spotify.

5.Apakah data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda?

Kami telah menerangkan kategori data peribadi yang kami kumpulkan dan gunakan tentang diri anda dalam jadual di bawah:

Data peribadi yang dikumpulkan apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify

Kategori data peribadi Perihalan kategori
Data Pendaftaran Akaun Ini ialah data peribadi yang anda berikan atau yang dikumpulkan oleh kami untuk membolehkan anda mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan Spotify. Data ini termasuk alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan negara.

Kami akan meminta beberapa data peribadi yang diperlukan untuk mencipta akaun anda. Anda mempunyai pilihan untuk memberi kami beberapa data peribadi tambahan untuk menjadikan akaun anda lebih diperibadikan.

Data peribadi sebenar yang akan kami kumpulkan bergantung pada pelan Perkhidmatan Spotify yang didaftarkan dan sama ada anda menggunakan Perkhidmatan Pihak Ketiga atau tidak (seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan, seperti Facebook) untuk mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan Spotify. Jika anda menggunakan Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk mencipta akaun, kami akan menerima data peribadi melalui Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut tetapi hanya apabila anda membenarkan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut berkongsi data peribadi anda dengan kami.

Data peribadi yang dikumpulkan melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify

Kategori data peribadi Perihalan kategori
Data Penggunaan Perkhidmatan Spotify Ini ialah data peribadi yang dikumpulkan tentang diri anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan Spotify - ini mungkin termasuk:
  • Maklumat tentang jenis pelan Perkhidmatan Spotify anda.
  • Maklumat tentang interaksi anda dengan Perkhidmatan Spotify, termasuk tarikh dan masa permintaan dibuat, lagu yang anda dengar, senarai main yang anda cipta, kandungan video yang anda tonton dan interaksi anda dengan pengguna Spotify yang lain. Data ini juga mungkin termasuk butiran penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga dan iklan yang anda terima.
  • Kandungan Pengguna (seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan) yang anda siarkan kepada Spotify termasuk mesej yang anda hantar dan/atau terima melalui Spotify dan interaksi anda dengan pasukan Perkhidmatan Pelanggan Spotify.
  • Data Teknikal, termasuk maklumat URL, data kuki, alamat IP anda, jenis peranti yang digunakan untuk mengakses atau menyambung kepada Perkhidmatan Spotify, ID peranti unik, sifat peranti, jenis sambungan rangkaian (contohnya, Wi-Fi, 3G, LTE, Bluetooth) dan pembekal, prestasi rangkaian dan peranti, jenis penyemak imbas, bahasa, maklumat yang mendayakan pengurusan hak digital, sistem operasi dan versi aplikasi Spotify. Butiran lanjut tentang data teknikal yang kami proses boleh didapati dalam Dasar Kuki kami.
  • Data pengesan mudah alih janaan pergerakan atau janaan orientasi (contohnya, meter pecut atau giroskop) diperlukan untuk menyediakan ciri Perkhidmatan Spotify yang tertentu kepada anda.

Data peribadi yang dikumpulkan dengan kebenaran yang diterima daripada anda terlebih dahulu, yang membolehkan kami menyediakan ciri/kefungsian tambahan kepada anda

Kategori data peribadi Perihalan kategori
Data Mudah Alih Sukarela Selain data mudah alih yang kami kumpulkan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify (digariskan di atas), anda juga mempunyai pilihan untuk memberikan kebenaran kepada kami untuk mengumpulkan data peribadi tambahan daripada peranti mudah alih anda untuk menyediakan ciri/kefungsian yang akan meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Spotify anda.

Kami tidak akan mengakses data peribadi yang disenaraikan di bawah tanpa mendapatkan kebenaran anda dahulu:
  • Foto anda - Jika anda memberi kami kebenaran untuk mengakses foto atau kamera anda, kami hanya akan mengakses imej yang anda pilih untuk berkongsi dengan kami dan metadata yang berkaitan dengan imej tersebut, seperti jenis fail dan saiz imej. Kami tidak akan mengimbas atau mengimport pustaka foto atau gulung kamera anda;
  • Lokasi tepat peranti mudah alih anda - Jika anda memberi kami kebenaran untuk mengakses lokasi tepat anda, tindakan ini membolehkan kami mengakses GPS atau Bluetooth anda untuk menyediakan kefungsian lokasi dalam Perkhidmatan Spotify. Sila ambil perhatian bahawa data ini tidak termasuk alamat IP anda. Kami menggunakan alamat IP anda untuk menentukan lokasi bukan tepat, contohnya, negara anda untuk mematuhi perjanjian pelesenan kami;
  • Data suara anda - Jika anda memberi kami kebenaran, tindakan ini membolehkan kami mengakses perintah suara yang diambil melalui mikrofon peranti anda untuk membolehkan anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Spotify menggunakan suara anda. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh mematikan ciri mikrofon pada bila-bila masa; dan,
  • Kenalan anda - Jika anda memberi kami kebenaran untuk mengakses kenalan anda, tindakan ini membolehkan kami mengakses kenalan individu yang disimpan pada peranti anda untuk membolehkan anda mencari rakan yang menggunakan Spotify.
Data Pembayaran Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sedemikian jika anda mendaftar untuk Percubaan atau membeli Langganan Berbayar kami (seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan) atau membuat pembelian lain melalui Perkhidmatan Spotify. Data peribadi sebenar yang dikumpulkan adalah berbeza mengikut kaedah pembayaran (contohnya, pembayaran terus melalui pembekal telefon mudah alih anda atau melalui invois) tetapi akan termasuk maklumat seperti:
  • Nama;
  • Tarikh lahir;
  • Jenis kad kredit atau debit, tarikh tamat tempoh dan digit tertentu nombor kad anda;
  • Poskod;
  • Nombor telefon mudah alih; dan
  • Butiran sejarah urus niaga anda;
Jika anda memilih untuk membuat pembayaran melalui invois, kami akan memberikan data peribadi anda kepada pemproses bayaran kami untuk membolehkan mereka melengkapkan semakan kredit dan menghantar invois kepada anda.
Data Peraduan, Tinjauan dan Cabutan Bertuah Data peribadi ini digunakan untuk membolehkan anda mendaftar dan menyertai promosi sebegini. Data peribadi sebenar yang dikumpulkan adalah berbeza mengikut promosi.
Data Pemasaran Data peribadi ini digunakan untuk membolehkan Spotify dan rakan kongsi/pembekal perkhidmatan kami menghantar komunikasi pemasaran sama ada:
  • melalui e-mel,
  • semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify dan/atau
  • terus daripada pihak ketiga.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang data peribadi yang dikumpulkan dan kawalan anda berkenaan komunikasi pemasaran yang anda terima melalui Pusat Privasi di www.spotify.com.

6. Apakah tujuan kami menggunakan data peribadi anda?

Apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan Perkhidmatan Spotify, kami menggunakan pelbagai teknologi untuk memproses data peribadi yang dikumpulkan tentang diri anda atas pelbagai sebab. Dalam jadual di bawah, kami telah menerangkan sebab kami memproses data peribadi anda, asas undang-undang berkaitan yang kami gunakan untuk memberi kami keizinan sah untuk memproses data peribadi dan kategori data peribadi (dikenal pasti dalam Seksyen 5 ‘Apakah data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda?’) yang digunakan bagi tujuan ini:

Perihalan sebab Spotify memproses data peribadi anda (‘tujuan pemprosesan’) Asas Undang-undang untuk tujuan pemprosesan Kategori data peribadi yang digunakan oleh Spotify untuk tujuan pemprosesan
Untuk menyediakan, memperibadikan dan meningkatkan pengalaman anda dengan Perkhidmatan Spotify dan perkhidmatan serta produk lain yang disediakan oleh Spotify, contohnya dengan menyediakan kandungan yang disesuaikan, diperibadikan atau disetempatkan, saranan, ciri dan iklan melalui atau di luar Perkhidmatan Spotify (termasuk untuk produk dan perkhidmatan pihak ketiga).
  • Prestasi kontrak
  • Kepentingan Sah
  • Data Pendaftaran Akaun
  • Data Penggunaan Perkhidmatan
Untuk memahami cara anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Spotify untuk memastikan kefungsian teknikal Perkhidmatan Spotify, membangunkan produk dan perkhidmatan baharu dan menganalisis cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, termasuk interaksi anda dengan aplikasi, iklan, produk dan perkhidmatan yang tersedia, yang dipautkan atau ditawarkan melalui Perkhidmatan Spotify.
  • Prestasi kontrak
  • Kepentingan Sah
  • Data Pendaftaran Akaun
  • Data Penggunaan Perkhidmatan
Untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan Perkhidmatan Spotify.
  • Prestasi kontrak
  • Kepentingan Sah
  • Data Pendaftaran Akaun
  • Data Penggunaan Perkhidmatan
Untuk memproses bayaran anda dan mencegah atau mengesan penipuan termasuk pembayaran palsu dan penggunaan palsu berkenaan Perkhidmatan Spotify.
  • Prestasi kontrak
  • Pematuhan kewajipan undang-undang
  • Kepentingan sah
  • Data Pembayaran
Untuk berkomunikasi dengan anda, sama ada secara terus atau melalui salah satu rakan kongsi kami, untuk:
  • tujuan pemasaran,
  • penyelidikan,
  • penyertaan dalam peraduan, tinjauan dan cabutan bertuah,
  • promosi,
melalui e-mel, pemberitahuan atau mesej lain, konsisten dengan keizinan yang anda berikan kepada kami (contohnya, melalui halaman Tetapan Akaun).
  • Kebenaran
  • Kepentingan Sah
  • Data Peraduan, Tinjauan dan Cabutan Bertuah
  • Data Pemasaran
Untuk menyediakan ciri, maklumat, iklan atau kandungan lain berdasarkan lokasi anda yang tertentu.
  • Kebenaran
  • Data Mudah Alih Sukarela

Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang ujian keseimbangan yang dijalankan oleh Spotify untuk membuktikan kebergantungannya pada asas undang-undang kepentingan sah menurut GDPR, sila lihat Seksyen 14 Cara menghubungi kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara menghubungi kami.

7. Berkongsi data peribadi anda

Kami telah menerangkan kategori penerima data peribadi yang dikumpulkan atau dijana melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify.

*Maklumat yang tersedia untuk orang awam

Data peribadi berikut tersedia untuk orang awam pada bila-bila masa melalui Perkhidmatan Spotify: nama dan/atau nama pengguna anda, gambar profil, pengguna yang anda ikut dan pengikut anda pada Perkhidmatan Spotify, artis yang dimainkan baru-baru ini dan senarai main umum anda.

Data peribadi yang boleh anda kongsi

Data peribadi berikut hanya akan dikongsi dengan kategori penerima yang digariskan dalam jadual di bawah jika:

  • anda memilih untuk menggunakan ciri tertentu Perkhidmatan Spotify yang memerlukan perkongsian data peribadi untuk menggunakan ciri Perkhidmatan Spotify dengan betul; atau

  • anda memberi kami kebenaran untuk berkongsi data peribadi, contohnya, dengan memilih tetapan berkenaan dalam Perkhidmatan Spotify.

Kategori Penerima Sebab perkongsian
Aplikasi Pihak Ketiga yang anda sambungkan dengan Akaun Spotify anda Jika anda menyambungkan akaun Spotify anda dengan Aplikasi Pihak Ketiga, contohnya, media sosial, audio, televisyen atau platform automotif, Spotify mungkin berkongsi Data Penggunaan Perkhidmatan anda agar anda dapat menyambungkan akaun Spotify anda.
Aplikasi Pihak Ketiga yang anda gunakan untuk log masuk ke Spotify Jika anda log masuk ke Aplikasi Pihak Ketiga menggunakan kelayakan akaun Spotify anda, maka Aplikasi Pihak Ketiga tersebut mungkin mempunyai akses kepada Data Penggunaan Perkhidmatan tertentu seperti senarai main anda, kandungan yang disimpan dan aktiviti anda.

Anda akan menerima pemberitahuan sebelum menyambung dengan Aplikasi Pihak Ketiga untuk memaklumi anda tentang data peribadi yang akan dikongsi/boleh diakses oleh Aplikasi Pihak Ketiga itu.
Komuniti Sokongan Apabila anda mendaftar untuk Akaun Sokongan Spotify melalui Komuniti Sokongan Spotify, kami akan meminta anda mencipta nama pengguna Komuniti Sokongan Spotify tertentu. Nama ini akan dipaparkan secara umum kepada sesiapa yang mengakses Komuniti Sokongan Spotify bersama dengan pertanyaan atau komen yang anda siarkan.
Pengikut Spotify Anda Mungkin ada masanya anda mahu kami berkongsi Data Penggunaan Perkhidmatan yang tertentu, terutamanya maklumat tentang cara anda menggunakan Spotify dengan pengguna Spotify lain yang dikenali sebagai ‘Pengikut Spotify Anda’.

Contohnya, apabila anda membuat senarai main, anda mungkin mahu memaparkan senarai main tersebut kepada orang lain yang menggunakan Perkhidmatan Spotify tetapi anda boleh juga menjadikan senarai main tersebut peribadi pada bila-bila masa.
Artis dan Syarikat Rakaman Anda boleh meminta kami untuk berkongsi data peribadi (seperti alamat e-mel anda) dengan artis atau syarikat rakanan atau rakan kongsi lain yang mahu menghantar berita atau tawaran promosi kepada anda tetapi anda juga boleh menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus pemberitahuan, maklumat anda yang tersedia kepada orang awam dan perkongsian anda dengan orang lain dalam Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan’ Seksyen 3 Dasar ini dan dalam Pusat Privasi.

Maklumat yang mungkin kami kongsi

Kategori Penerima Sebab perkongsian
Pembekal Perkhidmatan dan Lain-lain Kami menggunakan pembekal perkhidmatan teknikal yang mengendalikan infrastruktur teknikal yang kami perlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify, terutamanya pembekal yang mengehos, menyimpan, mengurus dan menyelenggarakan aplikasi Spotify, kandungannya dan data yang kami proses.
Kami menggunakan pembekal perkhidmatan teknikal untuk membantu kami berkomunikasi dengan anda, seperti yang diterangkan dalam Seksyen 6 Dasar ini.
Kami menggunakan rakan kongsi pemasaran dan pengiklanan untuk memaparkan kandungan yang lebih diperibadikan kepada anda atau untuk membantu kami memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi dengan rakan kongsi pemasaran dan pengiklanan tertentu untuk menghantar komunikasi promosi kepada anda tentang Spotify.
Rakan Kongsi Spotify
  • Jika anda mengakses Perkhidmatan Spotify melalui tawaran yang diterima atau dibeli daripada pihak ketiga seperti pengendali rangkaian mudah alih, kami akan berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga tersebut tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, contohnya sama ada anda menggunakan tawaran tersebut dan tempoh penggunaan tawaran tersebut, mengaktifkan akaun Spotify atau menggunakan Perkhidmatan Spotify secara aktif.
  • Bergantung pada cara anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify (contohnya, melalui perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal mudah alih), kami akan berkongsi nama pengguna Spotify anda atau Data Pendaftaran Akaun yang lain yang diperlukan untuk mendayakan akaun anda.
  • Kami juga akan berkongsi data peribadi anda dalam format nama samaran dengan rakan kongsi industri muzik kami untuk membantu mereka memahami prestasi kandungan yang dilesenkan kepada kami dan untuk membolehkan anda mendengar kandungan penstriman melalui Perkhidmatan Spotify.
  • Kami juga akan berkongsi data peribadi anda dalam format nama samaran dengan rakan kongsi pemasaran untuk membantu usaha promosi kami dan dengan pengiklan yang membenarkan kami untuk menawarkan perkhidmatan percuma.
Penyelidik Akademik Kami akan berkongsi data peribadi anda untuk aktiviti seperti analisis statistik dan kajian akademik tetapi hanya dalam format nama samaran.
Kumpulan Syarikat Spotify Yang Lain Kami akan berkongsi data peribadi anda dengan syarikat Kumpulan Spotify yang lain untuk menjalankan operasi perniagaan harian kami dan untuk membolehkan kami mengekalkan dan menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda.
Penguatkuasaan Undang-undang dan Pihak Berkuasa Perlindungan Data Kami akan berkongsi data peribadi anda jika kami yakin tindakan ini diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang menurut undang-undang berkenaan atau memberikan respons kepada proses undang-undang yang sah, seperti waran geledah, perintah mahkamah atau sepina.

Kami akan berkongsi data peribadi anda jika kami yakin tindakan ini diperlukan untuk tujuan kami atau kepentingan sah pihak ketiga berkaitan keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang, litigasi, siasatan jenayah, melindungi keselamatan mana-mana pengguna atau untuk mencegah kematian atau kecederaan badan yang mungkin berlaku, dengan syarat kepentingan tersebut tidak diatasi oleh kepentingan anda atau hak asasi dan kebebasan yang memerlukan perlindungan data peribadi anda.
Pembeli perniagaan kami Kami akan berkongsi data peribadi anda apabila kami menjual atau berunding untuk menjual perniagaan kami kepada pembeli atau bakal pembeli.

Dalam keadaan ini, Spotify akan terus memastikan kerahsiaan data peribadi anda dan memberi anda notis sebelum data peribadi anda dipindahkan kepada pembeli atau tertakluk pada Dasar Privasi lain.

8. Pengekalan dan pemadaman data

Kami menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda dan untuk tujuan perniagaan yang sah dan penting, seperti mengekalkan prestasi Perkhidmatan Spotify, membuat keputusan perniagaan berdasarkan data tentang ciri dan tawaran baharu, mematuhi undang-undang dan menyelesaikan pertikaian. Kami menyimpan data peribadi anda selagi anda menjadi pengguna Perkhidmatan Spotify. Contohnya, kami menyimpan senarai main, pustaka lagu dan maklumat akaun anda.

Atas permintaan anda, kami akan memadamkan atau menjadikan data peribadi anda awanama agar data tersebut tidak lagi dapat mengenal pasti diri anda, melainkan kami dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang untuk mengekalkan data peribadi tertentu, termasuk keadaan berikut:

  • Jika terdapat isu yang belum selesai berkaitan akaun anda, seperti kredit tertunggak pada akaun anda atau tuntutan atau pertikaian yang belum selesai; kami akan mengekalkan data peribadi yang diperlukan sehingga isu tersebut selesai
  • Apabila kami dikehendaki untuk mengekalkan data peribadi untuk memenuhi kewajipan undang-undang, cukai, audit dan perakaunan, kami akan mengekalkan data peribadi yang diperlukan sepanjang tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang; dan/atau,
  • Apabila dikehendaki untuk kepentingan perniagaan sah kami seperti mencegah penipuan atau untuk memastikan keselamatan pengguna kami.

9. Pemindahan ke negara lain

Spotify akan berkongsi data peribadi anda secara global dengan syarikat lain dalam Kumpulan Spotify untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan dalam Dasar ini. Ini termasuk syarikat Kumpulan Spotify di negara berikut: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Luxembourg, Mexico, Netherland, Poland, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Spotify mungkin juga memberikan subkontrak pemprosesan data kepada atau berkongsi data peribadi anda dengan, pihak ketiga yang berada di negara selain negara tempat tinggal anda. Maka, data peribadi anda mungkin tertakluk pada undang-undang privasi yang berbeza daripada undang-undang di negara tempat tinggal anda.

Data peribadi yang dikumpulkan di Kawasan Eropah dan Switzerland mungkin, contohnya, dipindahkan dan diproses oleh pihak ketiga yang terletak di negara di luar Kawasan Eropah dan Switzerland. Dalam keadaan tersebut, Spotify akan memastikan bahawa pemindahan data peribadi anda dijalankan menurut undang-undang privasi yang berkenaan dan bahawa langkah kontraktual, teknikal dan organisasi yang wajar dilaksanakan mengikut Klausa Kontraktual Standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya EU.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang langkah keselamatan yang kami gunakan untuk melindungi data peribadi anda, sila lihat ‘Memastikan keselamatan data peribadi anda’ seksyen 11 dalam Dasar ini.

10. Pautan

Kami mungkin memaparkan iklan daripada pihak ketiga dan kandungan lain yang dipautkan dengan laman web pihak ketiga. Kami tidak boleh mengawal atau dipertanggungjawabkan terhadap amalan privasi dan kandungan pihak ketiga. Jika anda klik pada iklan atau pautan pihak ketiga, harap maklum bahawa anda akan meninggalkan Perkhidmatan Spotify dan data peribadi yang anda berikan tidak akan dilindungi oleh Dasar ini. Sila baca dasar privasi mereka untuk mengetahui cara mereka mengumpulkan dan memproses data peribadi anda.

11. Memastikan keselamatan data peribadi anda

Kami komited untuk melindungi data peribadi pengguna kami. Kami menguatkuasakan langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan data peribadi anda; walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tiada sistem yang benar-benar selamat. Kami telah menguatkuasakan pelbagai dasar termasuk dasar nama samaran, penyulitan, akses dan pengekalan untuk menghalang akses tanpa kebenaran dan pengekalan yang tidak diperlukan berkenaan data peribadi anda dalam sistem kami.

Kata laluan anda melindungi akaun pengguna anda, maka kami menggalakkan anda untuk menggunakan kata laluan yang unik dan kukuh, mengehadkan akses kepada komputer dan penyemak imbas anda dan log keluar selepas menggunakan Perkhidmatan Spotify.

12. Kanak-kanak

Perkhidmatan Spotify tidak dimaksudkan untuk penggunaan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Walau bagaimanapun, di sesetengah negara, had umur yang lebih ketat mungkin dikenakan mengikut undang-undang setempat. Sila lihat Terma dan Syarat Penggunaan untuk mendapatkan butiran lanjut.

Kami tidak mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun atau di bawah had umur yang berkenaan (“Had Umur”) dengan sengaja. Jika anda berumur di bawah Had Umur, jangan gunakan Perkhidmatan Spotify dan jangan berikan data peribadi kepada kami.

Jika anda ibu atau bapa kanak-kanak di bawah Had Umur dan menyedari anak anda telah memberikan data peribadi kepada Spotify, sila hubungi kami menggunakan borang ‘Hubungi Kami’ di Pusat Privasi dan anda boleh meminta untuk menggunakan hak yang bersesuaian seperti yang diperincikan dalam 3 Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan dalam Dasar ini.

Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memadamkan data peribadi tersebut. Kami mungkin perlu memadamkan akaun Spotify kanak-kanak tersebut.

13. Perubahan pada Dasar Privasi ini

Ada kalanya kami membuat perubahan pada Dasar ini.

Apabila kami membuat perubahan penting pada Dasar ini, kami akan memberi anda notis yang bersesuaian, contohnya, dengan memaparkan notis umum yang mudah dilihat semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify atau dengan menghantar e-mel kepada anda. Kami mungkin memberikan notis kepada anda dahulu.

Dengan itu, sila pastikan anda membaca notis sedemikian dengan teliti.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang Dasar ini dan cara Spotify menggunakan data peribadi anda, sila lawati Pusat Privasi di www.spotify.com.

14. Cara menghubungi kami

Terima kasih kerana membaca Dasar Privasi kami. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang Dasar ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data menggunakan borang ‘Hubungi Kami’ di Pusat Privasi atau dengan menulis kepada kami di alamat berikut:

Spotify AB
Regeringsgatan 19
Stockholm
111 53
Sweden

Spotify AB ialah pengawal data untuk tujuan data peribadi anda yang diproses mengikut Dasar ini.

Kami harap anda menyukai Spotify!
© Spotify AB.