Terma dan Syarat Tawaran Percubaan Pengenalan Spotify®

Tawaran ini ("Tawaran Percubaan Pengenalan"), yang disediakan kepada anda oleh Spotify (seperti yang ditakrifkan di dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify), membenarkan anda untuk mengakses Perkhidmatan Premium Spotify (seperti yang ditakrifkan di dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify) untuk tempoh tiga (3) bulan dari waktu anda mengaktifkan tempoh percubaan sedemikian dengan menghantar butiran pembayaran anda dan membayar harga yang diiklankan ("Tempoh Percubaan Pengenalan"). Dengan menyerahkan butiran pembayaran anda, (i) anda menerima Tawaran Percubaan Pengenalan, (ii) membenarkan kami menggunakan butiran bayaran anda mengikut Dasar Privasi kami, (iii) mengiktiraf dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Penggunaan Spotify dan Terma dan Syarat Tawaran Percubaan Pengenalan ini. Jika anda memutuskan untuk tidak lagi melanggan sebagai pengguna berbayar Perkhidmatan Premium Spotify, anda perlu membatalkan langganan anda untuk Perkhidmatan Premium dengan melog masuk ke dalam akaun Spotify anda dan mengikuti penggesa pada halaman Akaun, atau dengan mengklik di sini dan mengikuti arahan, sebelum akhir Tempoh Percubaan Pengenalan anda. Jika tidak, pada akhir Tempoh Percubaan Pengenalan, anda akan secara automatik menjadi pengguna berbayar Perkhidmatan Premium Spotify pada harga bulanan Premium Spotify biasa, dan kaedah bayaran yang anda berikan akan secara automatik dicaj untuk yuran langganan Premium Spotify setiap bulan, sehingga anda membatalkan langganan Perkhidmatan Premium anda. Jika anda ingin membatalkan langganan Perkhidmatan Premium anda selepas akhir Tempoh Percubaan Pengenalan anda, sila ikuti arahan di atas. Tiada bayaran balik atau kredit diberikan untuk langganan bulanan yang berakhir sebelum hari terakhir bulan terbabit. Jika Spotify meningkatkan yuran bulanan pada masa depan, kami akan memaklumkan anda terlebih dahulu. Pertukaran harga akan berkuat kuasa pada permulaan tempoh langganan seterusnya selepas tarikh penukaran harga. Dengan meneruskan Perkhidmatan Spotify selepas pertukaran harga berkuat kuasa, anda dianggap telah menerima harga baharu tersebut. Anda boleh menggunakan Tawaran Percubaan Pengenalan ini sekali sahaja. Jika anda telah melanggan untuk perkhidmatan Premium atau Tidak Terhad, atau menggunakan tawaran percubaan percuma 30-hari atau tawaran percubaan percuma 60-hari sebelum ini, anda tidak layak untuk Tawaran Percubaan Pengenalan ini. Anda juga tidak layak untuk Tawaran Percubaan Pengenalan ini jika anda sudah menggunakan tawaran percubaan lain sebelum ini daripada Spotify. Perkhidmatan Spotify mungkin tidak boleh didapati pada peranti persendirian tertentu. Kedua-dua kad prabayar dan kad hadiah Spotify tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran yang sah untuk tawaran ini.

Jumlah Tawaran Percubaan Pengenalan adalah terhad, selagi stok masih ada. Tawaran Percubaan Pengenalan ini akan luput dan mesti ditukarkan sebelum tarikh yang diiklankan. Spotify mempunyai hak untuk menamatkan Tawaran Percubaan Pengenalan ini lebih awal pada bila-bila masa dan untuk sebarang sebab. Selepas masa tamat tersebut, Spotify tidak diwajibkan untuk menukar sebarang Tawaran Percubaan Pengenalan lagi.

Spotify AB
Birger Jarlsgatan 61, 113 56 Stockholm
Sweden