Terma dan Syarat Penggunaan Spotify

Mula berkuat kuasa pada 13 Februari 2019

1 Pengenalan
2 Perubahan kepada Perjanjian
3 Menikmati Spotify
4 Bayaran, pembatalan dan peredaan
5 Menggunakan perkhidmatan kami
6 Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti
7 Kandungan Janaan Pengguna
8 Hak yang anda beri kepada kami
9 Garis panduan pengguna
10 Pelanggaran dan melaporkan Kandungan Pengguna
11 Pengehadan dan pengubahsuaian Perkhidmatan
12 Akaun Jenama
13 Komuniti Sokongan Spotify
14 Sokongan pelanggan
15 Kawalan eksport
16 Terma dan penamatan
17 Penafian jaminan
18 Pengehadan
19 Hak pihak ketiga
20 Keseluruhan perjanjian
21 Kebolehasingan, penepian dan tafsiran
22 Penyerahan
23 Pembayaran ganti rugi
24 Pilihan undang-undang, penimbangtaraan wajib dan tempat
25 Hubungi kami

Helo, serta selamat datang ke Terma dan Syarat Penggunaan Spotify (“Terma”). Terma yang anda baca di bawah adalah penting kerana terma:

Sila baca Terma, Dasar Privasi dan mana-mana terma lain yang dirujuk dalam dokumen ini dengan teliti. Kami harap anda sedang bersantai dengan selesa sambil mendengar muzik hebat.

Mari kita mulakan…

1 Pengenalan

Terima kasih kerana memilih Spotify (“Spotify”, “kami”). Spotify menyediakan perkhidmatan diperibadikan dengan ciri sosial dan interaktif untuk penstriman muzik dan kandungan lain, selain produk dan perkhidmatan lain yang boleh dibangunkan dari semasa ke semasa. Dengan mendaftar atau sebaliknya menggunakan perkhidmatan Spotify, termasuk semua ciri dan kefungsian berkaitan, antara muka laman web dengan pengguna, selain semua kandungan dan aplikasi perisian yang berkaitan dengan perkhidmatan kami (secara berkelompok, “Perkhidmatan Spotify” atau “Perkhidmatan”) atau mengakses muzik, video atau kandungan atau bahan lain yang tersedia melalui Perkhidmatan ( “Kandungan”) yang anda masuki kontrak yang mengikat dengan entiti Spotify yang dinyatakan dalam Seksyen 25 (Hubungi kami).

Perjanjian anda dengan kami termasuk Terma ini dan terma tambahan yang anda setujui, sebagaimana yang telah dibincangkan dalam seksyen Keseluruhan Perjanjian di bawah, selain terma dengan mana-mana pihak ketiga (secara berkelompok, “Perjanjian”). Perjanjian ini termasuk terma berkaitan perubahan masa akan datang kepada Perjanjian, kawalan eksport, pembaharuan automatik, pengehadan liabiliti, privasi, penepian tindakan berkelompok, serta penyelesaian pertikaian oleh penimbangtaraan dan bukan di mahkamah. Jika anda hendak menyemak terma Perjanjian ini, versi semasa yang sedang berkuat kuasa bagi Perjanjian ini boleh didapati di laman web Spotify. Anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Perjanjian ini, menerima Perjanjian ini, serta bersetuju untuk diikat oleh Perjanjian. Jika anda tidak bersetuju dengan (atau tidak dapat mematuhi) Perjanjian ini, maka anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan Spotify atau mengakses apa-apa jua Kandungan.

Untuk menggunakan Perkhidmatan Spotify dan mengakses apa-apa jua Kandungan, anda perlu (1) memenuhi syarat umur yang telah dibentangkan dalam carta di bawah, (2) mempunyai kuasa untuk memasuki kontrak yang mengikat dengan kami dan tidak dihalang daripada berbuat demikian mengikut undang-undang yang berkenaan, serta (3) menetap di negara tempat Perkhidmatan ini tersedia. Anda juga berjanji bahawa pendaftaran maklumat yang anda serahkan kepada Spotify adalah benar, tepat, serta lengkap, serta anda bersetuju untuk memastikannya demikian pada setiap masa. Jika anda adalah penduduk salah satu negara yang berikut, rujuk carta ini untuk maklumat sekatan khusus negara berdasarkan umur:

Jika negara anda ditandakan dengan asterisk (*) dalam carta di bawah dan anda memerlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga, maka ibu bapa atau penjaga anda akan terikat dengan kontrak bagi pihak anda.

Negara Syarat Umur
Andorra*, Argentina*, Australia, Austria*, Belgium, Bolivia*, Kanada, Costa Rica*, Czech Republic, El Salvador*, Estonia, Finland, Perancis*, Greece*, Guatemala*, Hong Kong, Iceland, Israel, Latvia, Luxembourg, Malaysia*, Mexico*, Monaco*, Nicaragua*, Norway*, Paraguay*, Poland*, Portugal*, Afrika Selatan, Sepanyol*, Sweden, Switzerland, Turki*, United Kingdom, Vietnam Mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Brazil Mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 16 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Bulgaria*, Colombia*, Chile, Hungary, Liechtenstein, Panama*, Peru, Romania Mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 14 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Denmark* Mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 15 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Cyprus* Mestilah berumur 16 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Republik Dominican, Ecuador, Ireland, Uruguay Mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Honduras* Mestilah berumur 21 tahun ke atas atau berumur 18 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Indonesia Mestilah berumur 21 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Itali* Mestilah berumur 13 tahun ke atas untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga
Jepun, Thailand Mestilah berumur 20 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Lithuania Mestilah berumur 13 tahun ke atas untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 14 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga
Malta* Mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 14 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Belanda Mestilah berumur 15 tahun ke atas untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga
New Zealand Mestilah berumur 13 tahun ke atas untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Filipina* Mestilah berumur 18 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan Perkhidmatan Percuma. Untuk mendaftar bagi Langganan Berbayar, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Singapura Mestilah berumur 16 tahun ke atas.
Slovakia* Mestilah berumur 16 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Taiwan Mestilah berumur 21 tahun ke atas atau berumur 13 tahun ke atas dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

2 Perubahan pada Perjanjian

Ada kalanya kami membuat perubahan pada Perjanjian atas sebab-sebab yang sah, seperti meningkatkan fungsi atau ciri sedia ada atau menambahkan fungsi baharu atau ciri pada Perkhidmatan, menggunakan kecanggihan bidang sains dan teknologi, serta pelarasan teknikal yang wajar pada Perkhidmatan, dengan memastikan kebolehkendalian atau keselamatan Perkhidmatan, serta atas sebab undang-undang atau pengawalaturan. Apabila kami membuat perubahan penting pada Perjanjian ini, kami akan memberi anda notis sebagaimana bersesuaian pada ketika itu, seperti dengan memaparkan notis yang mudah dilihat umum atau mendapatkan persetujuan anda semasa menggunakan Perkhidmatan atau dengan menghantar e-mel kepada anda. Dalam sesetengah kes, kami akan memaklumi anda lebih awal, serta penggunaan Perkhidmatan ini dengan berterusan oleh diri anda setelah perubahan dibuat akan membentuk penerimaan anda terhadap perubahan ini. Dengan itu, sila pastikan anda membaca notis sedemikian dengan teliti. Jika anda tidak mahu meneruskan penggunaan Perkhidmatan ini di bawah versi baharu Perjanjian ini, anda boleh menamatkan akaun anda dengan menghubungi kami. Jika anda menerima Percubaan atau Langganan Berbayar melalui pihak ketiga, anda mestilah membatalkan Langganan Berbayar yang berkenaan melalui pihak ketiga tersebut.

3 Menikmati Spotify

Berikut ialah maklumat tentang pelbagai cara untuk anda menikmati Spotify.

3.1 Pilihan Perkhidmatan

Anda boleh mendapatkan perihalan pilihan Perkhidmatan kami di laman web kami, serta kami akan menerangkan pilihan Perkhidmatan yang tersedia untuk anda apabila anda mencipta akaun Spotify. Pilihan tertentu disediakan untuk anda secara percuma. Perkhidmatan Spotify yang tidak memerlukan bayaran buat masa ini dipanggil “Perkhidmatan Percuma.” Pilihan lain memerlukan bayaran sebelum anda boleh mengakses perkhidmatan ( “Langganan Berbayar”). Kami mungkin juga menawarkan pelan promosi, keahlian atau perkhidmatan khas, termasuk penawaran produk dan perkhidmatan pihak ketiga berhubungan dengan atau melalui Perkhidmatan Spotify. Kami tidak bertanggungjawab atas produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga tersebut. Kami berhak untuk mengubah suai, menamatkan atau sebaliknya meminda tawaran pelan langganan kami pada bila-bila masa mengikut Terma ini.

Perkhidmatan Tanpa Had mungkin tidak tersedia kepada semua pengguna. Kami akan terangkan perkhidmatan yang tersedia untuk anda apabila anda mendaftar diri untuk mendapatkan perkhidmatan. Jika anda membatalkan langganan Perkhidmatan Tanpa Had anda atau jika langganan Perkhidmatan Tanpa Had anda terganggu, (sebagai contoh, jika anda mengubah butiran bayaran anda), anda tidak akan dapat melanggan semula Perkhidmatan Tanpa Had. Ambil perhatian bahawa Perkhidmatan Tanpa Had mungkin akan dihentikan pada masa akan datang, oleh itu anda tidak akan dikenakan bayaran lagi untuk Perkhidmatan ini.

Jika anda telah membeli atau menerima kod, kad hadiah, tawaran prabayar atau tawaran lain yang diberikan atau yang dijual oleh atau bagi pihak Spotify untuk mengakses Langganan Berbayar (“Kod”), terma dan syarat berasingan yang dimaklumkan kepada anda bersama-sama Kod juga mungkin dikenakan untuk akses anda kepada Perkhidmatan ini dan anda bersetuju untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat tersebut. Anda boleh juga membeli akses kepada Langganan Berbayar melalui pihak ketiga. Dalam hal demikian, terma dan syarat berasingan dengan pihak ketiga tersebut selain Perjanjian ini mungkin akan digunakan untuk akses anda kepada Perkhidmatan ini.

3.2 Percubaan

Dari semasa ke semasa, kami atau orang lain bagi pihak kami mungkin akan menawarkan percubaan Langganan Berbayar bagi tempoh tertentu tanpa bayaran atau pada kadar yang lebih rendah (“Percubaan”). Spotify boleh menentukan kelayakan anda untuk suatu Percubaan, serta menarik balik atau mengubah suai Percubaan pada bila-bila masa tanpa notis awal dan tanpa liabiliti, sehingga takat yang dibenarkan mengikut undang-undang yang berkenaan.

Bagi sesetengah Percubaan, kami menghendaki anda menyediakan butiran bayaran anda untuk memulakan Percubaan. Dengan memberikan butiran tersebut, anda bersetuju bahawa kami boleh secara automatik mula mengenakan bayaran kepada anda bagi Langganan Berbayar pada hari pertama berikutan penghujung Percubaan pada asas bulanan berulang atau jeda masa lain yang akan kami maklumi anda dahulu. JIKA ANDA TIDAK MAHU CAJ INI, ANDA MESTI MEMBATALKAN LANGGANAN BERBAYAR YANG BERKENAAN SEBELUM AKHIR PERCUBAAN ITU DENGAN MENGKLIK DI SINI JIKA ANDA TELAH MENDAFTAR UNTUK PERCUBAAN ITU MELALUI SPOTIFY ATAU JIKA ANDA MENERIMA PERCUBAAN ANDA MELALUI PIHAK KETIGA, ANDA MESTI MEMBATALKAN LANGGANAN BERBAYAR YANG BERKENAAN MELALUI PIHAK KETIGA ITU.

4 Bayaran, pembatalan, serta peredaan

4.1 Pengebilan

Anda boleh membeli Langganan Berbayar secara langsung daripada Spotify atau melalui pihak ketiga sama ada dengan (1) membayar yuran langganan dahulu setiap bulan atau jeda masa berulang lain yang dimaklumkan kepada anda sebelum pembelian; atau (2) prabayaran memberi anda akses kepada Perkhidmatan Spotify selama tempoh masa tertentu (“Tempoh Prabayar”).

Spotify boleh mengubah harga bagi Langganan Berbayar, termasuk bayaran langganan berulang, Tempoh Prabayar (untuk tempoh yang belum lagi dibayar) atau Kod, dari semasa ke semasa dan akan menyampaikan perubahan harga kepada anda dahulu dan, jika berkenaan, cara menerima perubahan itu. Perubahan harga akan berkuat kuasa pada permulaan tempoh langganan seterusnya, mengikut tarikh perubahan harga. Tertakluk pada undang-undang yang berkenaan, anda menerima harga baharu dengan meneruskan menggunakan Perkhidmatan Spotify selepas perubahan harga berkuat kuasa. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan harga, anda berhak untuk menolak perubahan ini dengan menyahlanggan Langganan Berbayar sebelum perubahan harga berkuat kuasa.

Jika anda mendaftar diri untuk Langganan Berbayar, anda boleh mengubah fikiran anda atas apa-apa jua sebab atau tanpa sebab dan menerima bayaran balik semua wang yang telah dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari mulai hari anda mendaftar kepada perkhidmatan tersebut ( “Tempoh Reda”) mengikut yang berikut:

4.2 Pembaharuan; Pembatalan

Melainkan Langganan Berbayar anda telah dibeli untuk Tempoh Prabayar, bayaran anda kepada Spotify atau pihak ketiga tempat anda membeli Langganan Berbayar akan dibaharui secara automatik pada akhir tempoh langganan berkenaan, kecuali anda membatalkan Langganan Berbayar anda sebelum akhir tempoh langganan semasa tempoh tersebut dengan mengklik di sini jika anda membeli Langganan Berbayar melalui Spotify atau jika anda membeli Langganan Berbayar melalui pihak ketiga, dengan membatalkan Langganan Berbayar melalui pihak ketiga tersebut. Pembatalan akan berkuat kuasa pada hari selepas hari akhir tempoh langganan semasa, serta anda akan diturun taraf kepada Perkhidmatan Percuma. Jika anda membeli Langganan Berbayar anda melalui Spotify dan anda membatalkan bayaran anda atau Langganan Berbayar dan/atau menamatkan mana-mana Perjanjian (1) setelah Tempoh Reda berakhir (jika berkenaan) atau (2) sebelum akhir tempoh langganan semasa, kami tidak akan membayar balik bayaran langganan yang sudah dibayar kepada kami. Jika anda ingin menerima bayaran balik penuh semua wang yang telah dibayar kepada Spotify sebelum Tempoh Reda berakhir, anda mestilah menghubungi Sokongan Pelanggan. Apabila kami memproses bayaran balik, kami akan membayar balik jumlah wang itu menggunakan kaedah yang anda gunakan untuk membuat pembayaran.

Jika anda telah membeli Langganan Berbayar menggunakan Kod, langganan anda akan secara automatik ditamatkan pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam Kod tersebut atau apabila terdapat baki prabayaran yang tidak mencukupi untuk membayar bayaran Perkhidmatan. Jika anda telah membeli Langganan Berbayar anda melalui pihak ketiga, anda mestilah membatalkan langganan secara langsung dengan pihak ketiga tersebut.

5 Menggunakan perkhidmatan kami

Perkhidmatan Spotify dan Kandungan adalah harta milik Spotify atau pemegang lesen Spotify. Kami memberi anda kebenaran yang terhad, tidak eksklusif dan boleh ditarik balik untuk menggunakan Kandungan yang terdapat dalam Perkhidmatan Spotify secara peribadi dan bukan dagangan (secara berkelompok, “Akses”). Akses ini akan tetap berkuat kuasa sehingga dan kecuali ditamatkan oleh anda atau Spotify. Anda berjanji dan bersetuju bahawa anda menggunakan Perkhidmatan Spotify dan Kandungan ini untuk penggunaan peribadi dan bukan dagangan anda sendiri dan bahawa anda tidak akan mengedar semula atau memindahkan Perkhidmatan Spotify atau Kandungan. Aplikasi perisian Spotify dan Kandungan tidak dijual atau dipindahkan kepada anda, serta Spotify dan pemegang lesen mengekalkan pemilikan semua salinan aplikasi perisian Spotify dan Kandungan walaupun selepas pemasangan pada komputer peribadi anda, telefon mudah alih, tablet, peranti boleh dipakai, pembesar suara dan/atau peranti lain (“Peranti”).

Semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan Spotify, nama dagangan, logo, nama domain, serta ciri lain jenama Spotify (“Ciri Jenama Spotify”) adalah hak milik mutlak Spotify atau pemegang lesen. Perjanjian ini tidak memberi anda hak untuk menggunakan Ciri Jenama Spotify sama ada untuk penggunaan dagangan atau bukan dagangan.

Anda bersetuju untuk mematuhi Garis panduan pengguna dan bukan untuk menggunakan Perkhidmatan Spotify, Kandungan atau apa-apa jua bahagian dalam cara yang tidak dibenarkan secara tersurat oleh Perjanjian ini. Kecuali hak yang diberikan jelas kepada anda dalam Perjanjian ini, Spotify tidak memberikan hak, geran atau faedah untuk anda dalam Perkhidmatan Spotify atau Kandungan.

Perisian pihak ketiga (sebagai contoh, pustaka perisian sumber terbuka) yang disertakan dalam Perkhidmatan Spotify disediakan untuk anda mengikut terma lesen pustaka perisian pihak ketiga yang relevan sebagaimana yang disiarkan dalam seksyen bantuan atau tetapan pada desktop dan klien mudah alih dan/atau pada laman web kami.

6 Aplikasi dan Peranti Pihak Ketiga

Perkhidmatan Spotify disepadukan dengan atau sebaliknya mungkin berinteraksi dengan aplikasi, laman web, serta perkhidmatan pihak ketiga (“Aplikasi Pihak Ketiga”) dan Peranti pihak ketiga untuk menjadikan Perkhidmatan Spotify tersedia kepada anda. Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti ini mungkin mengandungi terma dan syarat penggunaan dan dasar privasi mereka sendiri dan penggunaan oleh diri anda terhadap Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti akan ditadbirkan oleh dan tertakluk pada terma dan syarat serta dasar privasi tersebut. Anda memahami dan bersetuju bahawa Spotify tidak mengendors dan tidak bertanggungjawab atas atau menanggung tingkah laku, ciri atau kandungan Aplikasi Pihak Ketiga atau Peranti atau atas urus niaga yang anda lakukan dengan penyedia Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti tersebut, mahupun Spotify menjamin keserasian atau keberterusan keserasian Aplikasi Pihak Ketiga dan Peranti dengan Perkhidmatan ini.

7 Kandungan Janaan Pengguna

Para pengguna Spotify boleh menyiarkan, memuat naik atau sebaliknya menyumbangkan kandungan kepada Perkhidmatan (yang mungkin termasuk, sebagai contoh, gambar, teks, mesej, maklumat, tajuk senarai main, perihalan dan susunan dan/atau jenis kandungan yang lain) (“Kandungan Pengguna”). Untuk mengelakkan keraguan, “Kandungan Pengguna” termasuk mana-mana kandungan seumpamanya yang disiarkan dalam Komuniti Sokongan Spotify berserta mana-mana bahagian lain Perkhidmatan Spotify.

Anda berjanji bahawa, berhubung dengan Kandungan Pengguna yang anda siarkan di Spotify, (1) yang anda miliki atau anda mempunyai hak untuk menyiarkan Kandungan Pengguna tersebut, serta (2) Kandungan Pengguna tersebut atau penggunaannya oleh Spotify sebagaimana yang dipertimbangkan dalam Perjanjian, tidak melanggar Perjanjian ini atau hak lain yang dibentangkan dalam Garis panduan pengguna, undang-undang yang berkenaan atau harta intelektual, publisiti, personaliti atau hak lain orang lain atau membayangkan kaitan dengan atau pengendorsan diri anda atau Kandungan Pengguna anda oleh Spotify atau mana-mana artis, kumpulan muzik, label, entiti atau individu tanpa kebenaran bertulis daripada Spotify atau individu atau entiti tertentu.

Spotify mungkin tetapi tidak bertanggungjawab untuk memantau, menyemak atau mengedit Kandungan Pengguna. Dalam semua keadaan, Spotify berhak untuk mengalih keluar atau menyahdayakan akses kepada Kandungan Pengguna atas apa-apa juga sebab atau tanpa sebab, termasuk Kandungan Pengguna yang melanggar Perjanjian, mengikut budi bicara Spotify semata-mata. Spotify boleh mengambil segala tindakan ini tanpa pemberitahuan lebih awal kepada anda atau mana-mana pihak ketiga. Pengalihan keluar atau menyahdayakan akses kepada Kandungan Pengguna adalah atas budi bicara kami semata-mata, serta kami tidak berjanji untuk mengalih keluar atau menyahdayakan akses kepada Kandungan Pengguna yang tertentu.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas semua Kandungan Pengguna yang anda siarkan. Spotify tidak bertanggungjawab atas Kandungan Pengguna mahupun mengendors pendapat yang terkandung dalam mana-mana Kandungan Pengguna. ANDA BERSETUJU BAHAWA JIKA SESIAPA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TERHADAP SPOTIFY BERKAITAN DENGAN KANDUNGAN PENGGUNA YANG ANDA SIARKAN, MAKA SEHINGGA TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG SETEMPAT, ANDA AKAN MEMBEBASKAN DAN MENGANGGAP SPOTIFY TIDAK BERSALAH DARIPADA DAN TERHADAP SEMUA GANTI RUGI, KERUGIAN, SERTA PERBELANJAAN DALAM APA-APA JUA BENTUK (TERMASUK BAYARAN DAN KOS PEGUAM) YANG TIMBUL DARIPADA TUNTUTAN SEUMPAMANYA.

8 Hak yang anda beri kepada kami

Dalam menimbangkan hak yang diberi kepada anda mengikut Perjanjian, anda memberi kami hak untuk (1) membenarkan Perkhidmatan Spotify menggunakan pemproses, jalur lebar, serta perkakasan storan pada Peranti anda untuk membolehkan Perkhidmatan beroperasi, (2) untuk menyediakan pengiklanan dan maklumat lain kepada anda, serta (3) untuk membenarkan rakan niaga kami berbuat demikian. Dalam mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify, Kandungan yang anda akses, termasuk pemilihan dan penempatannya, mungkin dipengaruhi oleh pertimbangan perdagangan, termasuk perjanjian Spotify dengan pihak ketiga. Sesetengah Kandungan yang dilesenkan oleh, yang diberikan untuk, diwujudkan oleh atau sebaliknya dijadikan tersedia oleh Spotify (seperti audio siar) boleh mengandungi pengiklanan sebagai sebahagian Kandungan. Perkhidmatan Spotify membuat Kandungan tersebut tersedia kepada anda tanpa diubah suai.

Jika anda memberikan maklum balas, idea atau cadangan untuk Spotify dalam hubungan dengan Perkhidmatan Spotify atau Kandungan (“Maklum balas”), anda mengakui bahawa Maklum balas ini tidak sulit dan anda membenarkan Spotify untuk menggunakan Maklum balas itu tanpa sekatan dan tanpa bayaran kepada anda. Maklum balas dianggap sebagai sejenis Kandungan Pengguna.

Anda memberi Spotify lesen yang tidak eksklusif, boleh dipindah milik, boleh disublesenkan, bebas royalti, berterusan (atau, di bidang kuasa yang tidak membenarkan hal ini, selama tempoh yang sama dengan hayat Perjanjian ditambah dua puluh (20) tahun), lesen yang tidak boleh ditarik balik, dibayar sepenuhnya, sedunia untuk menggunakan, mengeluarkan semula, membuat tersedia untuk umum, (seperti mempersembahkan dan menayangkan), menyiarkan, menterjemah, mengubah suai, mewujudkan kerja terbitan daripadanya, serta mengedarkan Kandungan Pengguna anda dalam hubungan dengan Perkhidmatan melalui apa-apa jua medium, sama ada sendiri atau bergabung dengan Kandungan atau bahan lain, dalam apa-apa jua cara dan melalui apa-apa jua cara, kaedah atau teknologi, sama ada telah diketahui sekarang atau diwujudkan selepas ini. Selain hak yang diberikan khusus di sini, anda mengekalkan pemilikan semua hak, termasuk hak harta intelektual, dalam Kandungan Pengguna. Sekiranya berkenaan dan dibenarkan mengikut undang-undang yang berkenaan, anda juga bersetuju untuk menepikan dan tidak menguatkuasakan “hak moral” atau hak setara, seperti hak anda untuk dikenali sebagai pencipta mana-mana Kandungan Pengguna, termasuk Maklum balas, serta hak anda untuk menolak layanan yang merendah-rendahkan Kandungan Pengguna tersebut.

9 Garis panduan pengguna

Spotify menghormati hak harta intelektual dan menjangkakan anda juga berbuat demikian. Kami telah menetapkan beberapa peraturan asas untuk anda ikuti apabila menggunakan Perkhidmatan ini untuk memastikan Spotify tetap menyeronokkan bagi semua. Anda mestilah mengikut peraturan ini dan hendaklah menggalakkan pengguna lain untuk turut berbuat demikian. Yang berikut tidak dibenarkan atas apa-apa sebab sekalipun:

  1. menyalin, mengedarkan semula, mengeluarkan semula, “penyalinan,” merakam, memindahkan, mempersembahkan atau memaparkan untuk umum, menyiarkan atau menjadikannya tersedia kepada orang ramai mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify atau Kandungan atau sebaliknya menggunakan mana-mana Perkhidmatan Spotify atau Kandungan yang tidak dibenarkan dengan jelas mengikut Perjanjian ini atau undang-undang yang berkenaan atau yang sebaliknya melanggar hak harta intelektual (seperti hak cipta) dalam Perkhidmatan Spotify atau Kandungan atau mana-mana bahagiannya;
  2. menggunakan Perkhidmatan Spotify untuk mengimport atau menyalin fail tempatan yang anda tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengimport atau menyalin fail dengan cara ini;
  3. memindahkan salinan Kandungan yang dicache daripada Peranti yang sah ke mana-mana Peranti lain menggunakan mana-mana cara;
  4. menjalankan kejuruteraan balikan, menyahkompil, menyahpasang, mengubah suai atau mencipta karya terbitan daripada Perkhidmatan Spotify, Kandungan atau mana-mana bahagian daripadanya kecuali sehingga takat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. [Jika undang-undang yang berkenaan membenarkan anda menyahkompil apa-apa jua bahagian Perkhidmatan Spotify atau Kandungan apabila dikehendaki untuk mendapatkan maklumat diperlukan untuk mewujudkan program bebas yang boleh dijalankan dengan Perkhidmatan Spotify atau dengan program lain, maklumat yang anda peroleh daripada aktiviti tersebut (a) hanya boleh digunakan bagi objektif yang disebut tadi, (b) tidak boleh didedahkan atau disampaikan kepada mana-mana pihak ketiga yang kepadanya tidak perlu didedahkan atau disampaikan untuk mencapai objektif tersebut, tanpa kebenaran bertulis lebih awal daripada Spotify, serta (c) tidak boleh digunakan untuk mewujudkan perisian atau perkhidmatan yang pada asasnya serupa dengan mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify atau Kandungannya];
  5. memintas teknologi yang digunakan oleh Spotify, pemegang lesen atau mana-mana pihak ketiga untuk melindungi Kandungan atau Perkhidmatan;
  6. menjual, menyewa, mensublesenkan atau menyewakan mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify atau Kandungan;
  7. memintas sekatan wilayah yang dikenakan oleh Spotify atau pemegang lesen;
  8. meningkatkan kiraan dengar, kiraan pengikut secara buatan atau sebaliknya memanipulasikan Perkhidmatan (i) menggunakan bot, skrip atau proses automasi lain; (ii) memberikan atau menerima apa-apa jua bentuk pampasan (kewangan atau sebaliknya) atau (iii) cara lain;
  9. mengalih keluar atau menukar hak cipta, tanda dagangan atau notis harta intelektual yang lain yang terkandung pada Kandungan atau Perkhidmatan atau yang diberikan melalui Perkhidmatan (termasuk bagi tujuan menyamarkan atau mengubah penunjuk pemilikan atau sumber mana-mana Kandungan);
  10. memintas atau menyekat iklan dalam Perkhidmatan Spotify atau mencipta atau mengedar alat yang direka bentuk untuk menyekat iklan dalam Perkhidmatan Spotify
  11. memberikan kata laluan anda kepada mana-mana orang lain atau menggunakan nama dan kata laluan mana-mana pengguna lain;
  12. “merangkak” Perkhidmatan Spotify atau sebaliknya menggunakan cara automatik (termasuk bot, scraper, serta spider) untuk melihat, mengakses atau mengumpulkan maklumat daripada Spotify atau Perkhidmatan Spotify;
  13. menjual akaun pengguna atau senarai main atau sebaliknya menerima atau menawarkan penerimaan pampasan, kewangan atau sebaliknya, untuk mempengaruhi nama akaun atau senarai main atau kandungan yang terkandung dalam akaun atau senarai main; atau
  14. secara buatan mempromosikan Kandungan menggunakan cara automatik atau sebaliknya.

Sila hormati Spotify, para pemilik Kandungan, serta pengguna lain Perkhidmatan Spotify. Jangan terlibat dalam apa-apa jua aktiviti, menyiarkan Kandungan Pengguna atau mendaftar dan/atau menggunakan nama pengguna, yang memang atau termasuk bahan yang:

  1. menjengkelkan, kesat, fitnah, pornografi, mengugut atau lucah;
  2. menyalahi undang-undang atau berniat untuk mempromosikan atau melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk pelanggaran hak harta intelektual, hak privasi atau hak proprietari Spotify atau pihak ketiga;
  3. menyertakan kata laluan anda atau dengan sengaja menyertakan kata laluan pengguna lain atau dengan sengaja menyertakan data peribadi pihak ketiga atau berniat untuk meminta data peribadi tersebut;
  4. menyertakan kandungan berniat jahat seperti perisian hasad, kuda Trojan atau virus atau sebaliknya mengganggu akses mana-mana pengguna kepada Perkhidmatan;
  5. berniat untuk atau memang mengganggu atau membuli pengguna lain;
  6. menyamar atau menyalahgambarkan hubungan dengan pengguna lain, orang atau entiti atau menipu, palsu, lancung atau mengelirukan;
  7. melibatkan penghantaran mel pukal atau bentuk spam yang lain (“spam”), mel sarap, surat berantai atau yang serupa tanpa diminta;
  8. melibatkan aktiviti dagangan atau jualan, seperti pengiklanan, promosi, peraduan, cepu lumba kuda atau skim piramid, yang tidak dibenarkan secara jelas oleh Spotify;
  9. pautan kepada, rujukan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan dagangan, kecuali yang dibenarkan secara jelas oleh Spotify;
  10. mengganggu atau dalam apa-apa jua cara menggendalakan Perkhidmatan Spotify, mengusik, melanggar atau cuba untuk menyiasat, mengimbas atau menguji kelemahan dalam Perkhidmatan atau sistem komputer, rangkaian, peraturan penggunaan Spotify atau mana-mana komponen keselamatan, langkah pengesahan atau mana-mana langkah perlindungan Spotify yang lain berkenaan Perkhidmatan, Kandungan atau mana-mana bahagian daripadanya; atau
  11. bercanggah dengan Perjanjian ini, seperti yang ditentukan oleh Spotify.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa menyiarkan mana-mana Kandungan Pengguna yang melanggar Garis panduan pengguna ini (atau yang diyakini oleh Spotify secara wajar telah melanggar Garis panduan pengguna ini) boleh mengakibatkan penamatan atau penggantungan akaun Spotify anda dengan serta-merta. Anda juga bersetuju bahawa Spotify boleh menuntut kembali nama pengguna anda sekiranya wajar bagi kami untuk berbuat demikian, termasuk jika anda telah melanggar Perjanjian.

Sila teliti cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify dan perkara yang anda kongsi. Perkhidmatan Spotify termasuk ciri sosial dan interaktif, termasuk kebolehan untuk menyiarkan Kandungan Pengguna, berkongsi kandungan, serta membuat maklumat tertentu tentang diri anda dapat diketahui umum. Jangan lupa bahawa maklumat yang dikongsi dan tersedia untuk orang awam boleh digunakan dan dikongsi semula oleh pengguna lain di Spotify atau merentasi web, jadi sila gunakan Spotify dengan berhati-hati dan semak tetapan akaun anda. Spotify tidak bertanggungjawab atas pilihan anda untuk menyiarkan bahan pada Perkhidmatan ini.

Kata laluan anda melindungi akaun pengguna anda, serta anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kata laluan anda tetap sulit dan selamat. Anda memahami bahawa anda adalah bertanggungjawab atas semua penggunaan (termasuk penggunaan tanpa kebenaran) terhadap nama pengguna dan kata laluan anda dalam Perkhidmatan ini. Jika nama pengguna atau kata laluan anda hilang atau dicuri atau jika anda yakin bahawa terdapat akses tanpa kebenaran kepada akaun anda oleh suatu pihak ketiga, anda mestilah memaklumi kami dengan serta-merta dan mengubah kata laluan anda dengan secepat mungkin.

10 Pelanggaran dan melaporkan Kandungan Pengguna

Spotify menghormati hak para pemilik harta intelektual. Jika anda yakin bahawa mana-mana Kandungan itu melanggar hak harta intelektual anda atau hak lain, baca Dasar hak cipta Spotify. Jika Spotify dimaklumi pemegang hak cipta, menggunakan borang yang disediakan oleh Spotify, bahawa Kandungan melanggar hak cipta, Spotify boleh atas budi bicaranya semata-mata, mengalih keluar Kandungan tersebut daripada Perkhidmatan atau mengambil langkah lain yang dianggap wajar oleh Spotify, tanpa pemberitahuan lebih awal kepada pengguna atau pihak lain yang membekalkan atau menyiarkan Kandungan tersebut. Jika pengguna sedemikian atau pihak lain yakin bahawa tiada pelanggaran dalam Kandungan itu, dalam keadaan tertentu dia boleh menyerahkan pemberitahuan balas kepada Spotify dengan permintaan untuk mendapatkan semula kandungan yang telah dialih keluar, yang Spotify mungkin lakukan atau tidak, atas budi bicara Spotify semata-mata.

Jika anda yakin bahawa mana-mana Kandungan tidak mematuhi garis panduan Pengguna, sila isi borang notis kami.

11 Pengehadan dan pengubahsuaian Perkhidmatan

Spotify akan membuat usaha wajar untuk memastikan Perkhidmatan Spotify tetap beroperasi. Bagaimanapun, kesulitan teknikal tertentu, penyelenggaraan atau ujian atau kemas kini yang diperlukan untuk menunjukkan perubahan dalam keperluan undang-undang dan pengawalaturan, dari semasa ke semasa mungkin akan mengakibatkan gangguan sementara. Spotify berhak, dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa, untuk mengubah suai atau menghentikan, buat sementara atau secara kekal, fungsi dan ciri Perkhidmatan Spotify, dengan notis lebih awal jika mungkin, semua tanpa liabiliti kepada anda, kecuali apabila dilarang oleh undang-undang, atas sebab-sebab yang sah seperti kalau-kalau memang terdapat gangguan, pengubahsuaian atau pemberhentian Perkhidmatan Spotify atau fungsi atau ciri atau keperluan untuk membaiki, menyelenggara atau meningkatkan fungsi atau ciri sedia ada atau untuk menambahkan fungsi baharu atau ciri Perkhidmatan atau untuk melaksanakan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi atau memastikan kebolehkendalian atau keselamatan Perkhidmatan, sebab undang-undang dan perundangan.

Meskipun begitu, jika anda telah membuat bayaran prabayar kepada Spotify untuk Langganan Berbayar yang dihentikan selama-lamanya oleh Spotify sebelum akhir Tempoh Prabayar (yang ditakrifkan dalam seksyen Bayaran, pembatalan, serta peredaan), Spotify akan memberikan bayaran balik kepada anda bagi bayaran prabayar Tempoh Prabayar selepas pemberhentian tersebut. Anda memahami, bersetuju, serta menerima bahawa Spotify akan membuat usaha wajar, walaupun Spotify tidak bertanggungjawab untuk menyelenggara, menyokong, menaik taraf atau mengemas kini Perkhidmatan atau untuk menyediakan semua atau kandungan tertentu melalui Perkhidmatan. Spotify dan/atau para pemilik Kandungan boleh, dari semasa ke semasa, mengalih keluar Kandungan tersebut tanpa notis. Seksyen ini akan dikuatkuasakan sehingga takat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

12 Akaun Jenama

Jika anda membuat akaun Spotify bagi pihak syarikat, organisasi, entiti atau jenama (“Jenama,” dan akaun tersebut “Akaun Jenama”), terma “anda” yang digunakan di seluruh Perjanjian, akan diwajibkan pada diri anda dan Jenama tersebut. Jika anda mewujudkan Akaun Jenama, anda memberikan gambaran dan menjamin bahawa anda dibenarkan untuk memberi semua kebenaran dan lesen yang diberikan dalam Perjanjian dan untuk mengikat Jenama pada Perjanjian.

Suatu Jenama boleh mengikut pengguna, mewujudkan, serta berkongsi senarai main, dengan syarat Jenama itu tidak mengambil tindakan yang mengisyaratkan pengendorsan atau hubungan dagangan antara Jenama itu dengan pengguna, artis, penulis lagu atau mana-mana orang lain yang diikuti kecuali Jenama tersebut memperoleh hak yang diperolehnya sendiri untuk memberikan gambaran pengendorsan tersebut. Selain itu, Jenama mestilah telus kepada pengguna kami daripada segi mendedahkan pengendorsan atau pertimbangan yang diberikan kepada para artis, penulis lagu, pengguna atau mana-mana pihak lain dan mestilah mematuhi undang-undang, peraturan, serta kod amalan yang berkenaan semasa menjalankan perkara yang tersebut di atas.

13 Komuniti Sokongan Spotify

Komuniti Sokongan Spotify adalah tempat untuk perbincangan dan pertukaran maklumat, petua dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan Spotify. Dengan menggunakan Komuniti Sokongan Spotify, anda bersetuju dengan Terma Komuniti.

14 Sokongan pelanggan

Bagi sokongan pelanggan dengan pertanyaan berkaitan akaun dan berkaitan bayaran (“Pertanyaan Sokongan Pelanggan”), sila serahkan tiket kepada jabatan Khidmat Pelanggan kami menggunakan borang hubungan Khidmat Pelanggan di seksyen Perihal Kami di laman web kami. Kami akan menggunakan usaha yang wajar untuk membalas semua Pertanyaan Sokongan Pelanggan dalam rangka masa yang munasabah tetapi kami tidak berjanji bahawa mana-mana Pertanyaan Sokongan Pelanggan akan dibalas dalam tempoh rangka masa tertentu dan/atau bahawa kami akan dapat menjawab pertanyaan tersebut.

15 Kawalan eksport

Produk Spotify mungkin tertakluk pada undang-undang dan peraturan kawalan eksport dan eksport semula Amerika Syarikat atau undang-undang serupa yang berkenaan di bidang kuasa lain, termasuk Export Administration Regulations (“EAR”) senggaraan U.S. Department of Commerce, sekatan perdagangan dan ekonomi senggaraan Treasury Department’s Office of Foreign Assets Control (“OFAC”), serta International Traffic in Arms Regulations (“ITAR”) senggaraan Department of State. Anda menjamin bahawa anda adalah (1) tidak berada di mana-mana negara yang dikenakan tindakan embargo barangan oleh Amerika Syarikat atau sebaliknya mengenakan sekatan ekonomi; dan (2) bukan pihak yang ditolak sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang dan peraturan kawalan eksport atau eksport semula yang berkenaan atau undang-undang serupa yang berkenaan di bidang kuasa yang lain.

Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan kawalan eksport dan eksport semula yang berkenaan, termasuk EAR, sekatan perdagangan dan ekonomi senggaraan OFAC, serta ITAR. Khususnya, anda bersetuju bahawa anda tidak akan – secara langsung atau tidak langsung – menjual, mengeksport, mengeksport semula, memindahkan, melencongkan atau sebaliknya melupuskan produk, perisian atau teknologi (termasuk produk yang terbit daripada atau berasaskan teknologi seumpamanya) yang diterima daripada Spotify mengikut Perjanjian ke destinasi, kepada entiti atau orang yang dilarang oleh undang-undang atau peraturan Amerika Syarikat yang berkenaan atau bidang kuasa lain tanpa mendapatkan kebenaran lebih awal daripada pihak berkuasa kerajaan yang kompeten sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan tersebut.

16 Terma dan penamatan

Perjanjian ini akan terus diwajibkan pada diri anda sehingga ditamatkan oleh sama ada anda atau Spotify. Bagaimanapun, anda mengakui dan bersetuju bahawa lesen kekal yang diberi oleh anda berkaitan dengan Kandungan Pengguna, termasuk Maklum balas, tidak boleh ditarik balik dan akan berterusan selepas tamat tempoh atau penamatan mana-mana Perjanjian atas apa-apa sebab. Spotify boleh menamatkan Perjanjian atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan Spotify pada bila-bila masa, termasuk jika berlaku penggunaan tanpa kebenaran yang sebenarnya berlaku ataupun disyaki terhadap Perkhidmatan dan/atau Kandungan Spotify, ketidakpatuhan terhadap Perjanjian atau jika kami menarik balik Perkhidmatan dan/atau Kandungan (dalam kes ini, kami akan memberi anda notis munasabah lebih awal sebelum berbuat demikian). Jika anda atau Spotify menamatkan Perjanjian atau jika Spotify menggantung akses anda kepada Perkhidmatan Spotify, anda bersetuju bahawa Spotify tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap diri anda, serta Spotify tidak akan membayar balik jumlah yang sudah anda bayar, sehingga takat maksimum yang dibenarkan mengikut undang-undang yang berkenaan. Anda boleh menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa. Untuk mengetahui cara menamatkan akaun Spotify anda, sila hubungi kami melalui borang hubungan Khidmat Pelanggan yang tersedia di halaman Perihal Kami. Seksyen ini akan dikuatkuasakan sehingga takat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Seksyen 7, 8, 9, 11, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23 dan 24 di sini, serta seksyen lain Perjanjian yang, sama ada secara tersurat atau kerana sifatnya mestilah kekal berkuat kuasa walaupun selepas penamatan Perjanjian, akan tetap digunakan selepas penamatan.

17 Penafian jaminan

ANDA MEMAKLUMI DAN BERSETUJU BAHAWA PERKHIDMATAN SPOTIFY DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA,” TANPA JAMINAN ATAU SYARAT YANG TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT DALAM APA-APA JUA BENTUK. SPOTIFY DAN SEMUA PEMILIK KANDUNGAN TIDAK MEMBERIKAN GAMBARAN BAHAWA DAN MENAFIKAN JAMINAN ATAU SYARAT KUALITI YANG MEMUASKAN, KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU KETIDAKLANGGARAN. SPOTIFY MAHUPUN MANA-MANA PEMILIK KANDUNGAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN SPOTIFY ADALAH BEBAS DARIPADA PERISIAN BERNIAT JAHAT ATAU KOMPONEN LAIN YANG MEMUDARATKAN. SELAIN ITU, SPOTIFY TIDAK MEMBERIKAN GAMBARAN MAHUPUN WARANTI, MENGENDORS, MENJAMIN ATAU MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB TERHADAP MANA-MANA APLIKASI PIHAK KETIGA (ATAU KANDUNGAN DALAMNYA), KANDUNGAN PENGGUNA, PERANTI ATAU PRODUK ATAU PERKHIDMATAN LAIN YANG DIIKLANKAN, DIPROMOSIKAN ATAU DITAWARKAN OLEH PIHAK KETIGA PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN SPOTIFY ATAU LAMAN WEB YANG DIHIPERPAUTKAN ATAU DISIARKAN DALAM SEPANDUK ATAU PENGIKLANAN LAIN DAN SPOTIFY TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN BAGI URUS NIAGA ANTARA ANDA DENGAN PEMBEKAL PIHAK KETIGA DI ATAS.

NASIHAT ATAU MAKLUMAT SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS YANG ANDA DAPATI DARIPADA SPOTIFY TIDAK AKAN MENJADI JAMINAN BAGI PIHAK SPOTIFY. SEMASA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SPOTIFY, ANDA MUNGKIN AKAN MENDAPAT AKSES KEPADA CIRI PENAPISAN KANDUNGAN EKSPLISIT TETAPI PENGGUNAAN CIRI-CIRI INI MUNGKIN MASIH TIDAK MENGHALANG SEDIKIT KANDUNGAN EKSPLISIT DITAYANGKAN, SERTA ANDA HENDAKLAH TIDAK BERGANTUNG PADA CIRI SEUMPAMANYA UNTUK MENAPIS KELUAR SEMUA KANDUNGAN EKSPLISIT.

TANPA MENGEHADKAN YANG TERSEBUT DI ATAS, TIADA SATU PUN DALAM SEKSYEN INI AKAN MEMBERIKAN KESAN MENGEHADKAN LIABILITI SPOTIFY APABILA BERLAKU KEGAGALAN KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ASASNYA UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN DI BAWAH PERJANJIAN INI. SEKSYEN INI DIWAJIBKAN SEPENUHNYA SEHINGGA TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.

SEKSYEN INI TIDAK MEMPENGARUHI HAK STATUTORI ANDA SEBAGAI PENGGUNA.

18 Pengehadan

ANDA BERSETUJU BAHAWA REMEDI EKSKLUSIF DAN SATU-SATUNYA BAGI MASALAH ATAU KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP PERKHIDMATAN SPOTIFY ADALAH UNTUK MENYAHPASANG MANA-MANA PERISIAN SPOTIFY DAN UNTUK BERHENTI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SPOTIFY. ANDA BERSETUJU BAHAWA SPOTIFY TIDAK MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB ATAU LIABILITI YANG TIMBUL AKIBAT ATAU BERKAITAN DENGAN APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGANNYA YANG MENJADI TERSEDIA MELALUI ATAU DALAM HUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN SPOTIFY, SERTA WALAUPUN HUBUNGAN ANDA DENGAN APLIKASI PIHAK KETIGA TERSEBUT MUNGKIN DITADBIRKAN OLEH PERJANJIAN BERASINGAN DENGAN PIHAK KETIGA TERSEBUT, REMEDI EKSKLUSIF DAN SATU-SATUNYA, BERKENAAN SPOTIFY, ATAS MASALAH ATAU KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN DALAMNYA, ADALAH UNTUK MENYAHPASANG DAN/ATAU BERHENTI MENGGUNAKAN APLIKASI PIHAK KETIGA TERSEBUT.

DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, SPOTIFY, PARA PEGAWAI, PEMEGANG SAHAM, PEKERJA, EJEN, PENGARAH, ANAK-ANAK SYARIKAT, SEKUTU, PEWARIS, PENYERAH HAK, PEMBEKAL ATAU PEMEGANG LESEN TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP:

(1) KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN (TERMASUK GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU TELADAN) YANG TIDAK DAPAT DIRAMALKAN. KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DAPAT DIRAMALKAN JIKA SALAH SATUNYA JELAS DAN NYATA BAHAWA ITU AKAN BERLAKU ATAU JIKA, PADA MASA KONTRAK DIBUAT, ANDA DAN KAMI MENGETAHUI KEMUNGKINANNYA BERLAKU;
(2) APA-APA JUA:
(A) KEHILANGAN PENGGUNAAN;
(B) KEHILANGAN DATA;
(C) KEHILANGAN PERNIAGAAN;
(D) KEHILANGAN KEUNTUNGAN; ATAU
(E) KEROSAKAN PADA PERANTI, SEHINGGA TAKAT ANDA MUNGKIN DAPAT MENGELAKKANNYA SEPERTI KEROSAKAN YANG TIMBUL AKIBAT MENGIKUT NASIHAT KAMI UNTUK MEMASANG KEMAS KINI TERHADAP PERKHIDMATAN ATAU KANDUNGAN ATAU JIKA KEROSAKAN TERSEBUT AKIBAT KEGAGALAN ANDA DALAM MEMATUHI ARAHAN PEMASANGAN DENGAN BETUL ATAU TELAH MENYEDIAKAN KEPERLUAN MINIMUM SISTEM SEBAGAIMANA YANG DIBERITAHU OLEH KAMI,

DALAM SEMUA KES YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU AKIBAT TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SPOTIFY, PERANTI, APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN APLIKASI PIHAK KETIGA, TANPA MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG, TANPA MENGIRA SAMA ADA SPOTIFY TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT, MALAH JIKA REMEDI GAGAL MEMENUHI MATLAMAT PENTINGNYA;

(3) LIABILITI AGREGAT BAGI SEMUA TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN SPOTIFY, APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN APLIKASI PIHAK KETIGA YANG LEBIH DARIPADA JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA SPOTIFY SEPANJANG TEMPOH DUA BELAS BULAN SEBELUMNYA; ATAU

(4) TIDAK MENJALANKAN ATAU TIDAK MENJALANKAN DENGAN SEMPURNA ATAU KELEWATAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI AKIBAT FORCE MAJEURE ATAU SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIRAMALKAN SECARA MUNASABAH ATAU DI LUAR KAWALAN MUNASABAH SPOTIFY.

Tiada satu pun dalam Perjanjian yang menghilangkan atau mengehadkan liabiliti Spotify terhadap penipuan, salah nyata palsu, kematian atau kecederaan diri yang diakibatkan oleh kecuaiannya, serta, jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kecuaian melampau.

SEKSYEN INI DIWAJIBKAN SEPENUHNYA SEHINGGA TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN. ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN DI KAWASAN ANDA YANG MEMBOLEHKAN REMEDI SELAIN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS.

19 Hak pihak ketiga

Anda mengakui dan bersetuju bahawa para pemilik Kandungan dan pengedar tertentu (seperti penyedia gedung aplikasi) adalah penerima manfaat yang dimaksudkan bagi Perjanjian ini dan mempunyai hak untuk menguatkuasakan Perjanjian secara langsung terhadap anda. Selain yang telah dibentangkan dalam seksyen ini, Perjanjian adalah tidak dimaksudkan untuk memberikan hak kepada sesiapa kecuali anda dan Spotify, serta Perjanjian ini tidak sekali-kali akan mewujudkan hak penerima manfaat pihak ketiga. Tambahan lagi, hak untuk menamatkan, membatalkan atau menyetujui variasi, penepian atau penyelesaian Perjanjian tidak tertakluk pada kebenaran mana-mana orang lain.

Jika anda telah memuat turun Aplikasi ini daripada Apple, Inc. (“Apple”) App Store atau jika anda menggunakan Aplikasi ini pada peranti iOS, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, serta bersetuju dengan notis berikut berkaitan Apple. Perjanjian ini adalah antara anda dengan Spotify sahaja, bukan dengan Apple, serta Apple tidak bertanggungjawab atas Perkhidmatan dan kandungannya. Apple tidak bertanggungjawab untuk menjalankan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan berhubung dengan Perkhidmatan ini. Sekiranya berlaku kegagalan Perkhidmatan untuk memenuhi jaminan yang berkenaan, maka anda boleh memaklumi Apple dan Apple akan memberikan bayaran balik mana-mana harga pembelian bagi mana-mana Aplikasi kepada anda; dan, sehingga takat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, Apple tidak sekali-kali menanggung tanggungjawab jaminan yang lain berhubung dengan Perkhidmatan ini. Apple tidak bertanggungjawab untuk menangani tuntutan anda atau yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan Perkhidmatan ini ataupun pemilikan dan/atau penggunaan Perkhidmatan, termasuk: (1) tuntutan liabiliti produk; (2) tuntutan bahawa Perkhidmatan gagal memenuhi kehendak undang-undang atau pengawalaturan yang berkenaan; dan (3) tuntutan yang timbul di bawah perlindungan pengguna atau perundangan yang serupa. Apple tidak bertanggungjawab atas penyiasatan, pembelaan, penyelesaian dan pembuangan mana-mana tuntutan pihak ketiga bahawa Perkhidmatan dan/atau pemilikan dan penggunaan Aplikasi ini melanggar hak harta intelektual pihak ketiga itu. Anda bersetuju untuk mematuhi terma pihak ketiga yang berkenaan apabila menggunakan Perkhidmatan ini. Apple dan anak-anak syarikat Apple, adalah penerima manfaat pihak ketiga Perjanjian ini, serta setelah anda menerima Perjanjian ini, Apple akan berhak (dan dianggap akan menerima hak) untuk menguatkuasakan Perjanjian ini terhadap anda sebagai penerima manfaat pihak ketiga Perjanjian ini. Anda dengan ini memberikan gambaran dan menjamin bahawa (1) anda tidak berada di sebuah negara yang dikenakan embargo Kerajaan Amerika Syarikat atau yang telah dinyatakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai negara “penyokong pengganas”; dan (2) anda tidak termasuk dalam senarai Kerajaan Amerika Syarikat sebagai pihak yang dilarang atau disekat.

20 Keseluruhan Perjanjian

Selain yang dinyatakan dalam seksyen ini atau sebagaimana yang telah disetujui secara bertulis dengan jelas antara anda dengan Spotify, Perjanjian ini membentuk semua terma dan syarat yang telah disetujui antara anda dengan Spotify dan mengatasi perjanjian lebih awal yang berkaitan dengan perkara dalam Perjanjian ini, sama ada secara bertulis atau lisan.

Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa aspek tertentu tentang penggunaan Perkhidmatan Spotify oleh diri anda mungkin ditadbirkan oleh perjanjian tambahan. Ini mungkin termasuk, sebagai contoh, akses kepada Perkhidmatan Spotify sebagai hasil kad hadiah, Percubaan yang percuma atau diberi diskaun atau bersama-sama dengan perkhidmatan lain. Apabila anda diberikan tawaran untuk menggunakan aspek tersebut, anda akan dimaklumkan tentang perjanjian tambahan yang berkaitan, serta anda mungkin akan diberi peluang untuk menyetujui terma tambahan. Sesetengah terma tambahan itu ada disenaraikan di laman web Spotify. Sehingga takat yang terdapat percanggahan yang tidak dapat diselesaikan antara terma tambahan dengan Terma ini, terma tambahan akan mengatasi.

21 Kebolehasingan, penepian dan tafsiran

Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Perjanjian, sekiranya mana-mana peruntukan Perjanjian dianggap sebagai tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan atas apa-apa jua sebab atau sehingga takat, ketidaksahan atau kebolehkuatkuasaan tersebut tidak akan sekali-kali menjejaskan atau menjadikan peruntukan Perjanjian yang selebihnya tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, serta pemakaian peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kegagalan oleh Spotify atau penerima manfaat pihak ketiga untuk menguatkuasakan Perjanjian atau peruntukan tidak akan menepikan hak Spotify atau penerima manfaat pihak ketiga yang berkaitan untuk berbuat demikian.

Sebagaimana yang digunakan dalam Terma ini, perkataan “termasuk” serta variasinya akan dianggap diikuti oleh perkataan “tanpa had.”

22 Penyerahan hak

Spotify boleh menyerah hak Perjanjian ini, serta mana-mana haknya mengikut Perjanjian ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, serta Spotify boleh mewakilkan mana-mana tanggungjawabnya mengikut Perjanjian ini. Anda tidak boleh menyerah hak Perjanjian, secara keseluruhan atau sebahagian, mahupun memindahkan atau mensublesenkan hak anda mengikut Perjanjian ini, kepada mana-mana pihak ketiga.

23 Pembayaran ganti rugi

Anda bersetuju untuk melepaskan Spotify daripada dan terhadap semua ganti rugi, kerugian dan perbelanjaan apa-apa jua jenis (termasuk bayaran dan kos peguam yang munasabah) yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan: (1) pelanggaran Perjanjian ini atau mana-mana satu daripadanya; (2) mana-mana Kandungan Pengguna yang anda siarkan atau sebaliknya sumbangkan; (3) aktiviti yang anda sertai atau melalui Perkhidmatan Spotify; dan (4) pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh diri anda.

24 Pilihan undang-undang, penimbangtaraan wajib dan tempat

24.1 Undang-undang / Bidang Kuasa Pentadbir

Kecuali jika dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang mandatori negara ahli Kesatuan Eropah atau bidang kuasa lain, Perjanjian (dan pertikaian bukan kontraktual/tuntutan yang timbul akibat atau sehubungan dengannya) tertakluk pada undang-undang negeri atau negara yang disenaraikan di bawah, tanpa mengira pilihan atau konflik prinsip undang-undang.

Seterusnya, anda dan Spotify bersetuju atas bidang kuasa mahkamah yang tersenarai di bawah untuk menyelesaikan pertikaian, tuntutan atau kontroversi yang timbul dalam hubungan dengan Perjanjian ini (dan pertikaian/tuntutan yang timbul berkaitan dengannya). (Dalam sesetengah kes, bidang kuasa itu akan menjadi “eksklusif”, yang bermaksud bahawa tiada mahkamah negara lain boleh mempengerusikan perkara; mempunyai kuasa; dalam kes lain, kuasa ini “tidak-eksklusif”, yang bermakna mahkamah negara lain boleh juga mempunyai bidang kuasa. Ini juga ditunjukkan dalam carta.)

Negara Pilihan Undang-undang Bidang Kuasa
Andorra, Austria, Belgium, Czech Republic, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Liechtenstein, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Poland, Romania, Singapura, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Vietnam Sweden Eksklusif; Mahkamah Sweden
Bulgaria, Cyprus, Estonia, Hong Kong, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Norway, Filipina, Portugal, Slovakia, Sepanyol, Turki Undang-undang Sweden Tidak eksklusif; Mahkamah Sweden
Brazil Undang-undang Brazil Eksklusif; Mahkamah Negeri dan Persekutuan São Paulo, Negeri São Paulo, Brazil
Kanada Tidak diwajibkan pada penduduk Quebec: Undang-undang Wilayah Ontario

Penduduk Quebec: Undang-undang Wilayah Quebec, Kanada
Tidak diwajibkan pada penduduk Quebec: Eksklusif selain untuk tujuan menguatkuasakan keputusan; Mahkamah Ontario, Kanada

Penduduk Quebec: Mahkamah Quebec, Kanada
Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Uruguay Negeri California, Amerika Syarikat Eksklusif; Mahkamah Negeri dan Persekutuan San Francisco County, CA atau New York, NY
United Kingdom Undang-undang England dan Wales Eksklusif; Mahkamah England dan Wales di London, England

24.2 PENEPIAN TINDAKAN BERKELOMPOK

APABILA DIBENARKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, ANDA DAN SPOTIFY BERSETUJU BAHAWA SETIAP PIHAK BOLEH MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TERHADAP PIHAK YANG SATU LAGI HANYA DALAM KAPASITI INDIVIDU DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU AHLI KUMPULAN DALAM TINDAKAN YANG BERUPA KELOMPOK ATAU PERWAKILAN. Kecuali kedua-dua anda dan Spotify bersetuju, penimbang tara atau hakim tidak boleh menggabungkan lebih daripada tuntutan satu orang atau sebaliknya mempengerusikan apa-apa jua bentuk prosiding perwakilan atau kelompok.

24.3 PENIMBANGTARAAN

Jika anda berada, berpangkalan, mempunyai pejabat atau menjalankan perniagaan di tempat yang menguatkuasakan bidang kuasa Seksyen 24.3., peruntukan timbang tara wajib yang berikut akan diwajibkan:

24.3.1 Penyelesaian pertikaian dan penimbangtaraan

Anda dan Spotify bersetuju bahawa pertikaian, tuntutan atau kontroversi antara anda dengan Spotify yang timbul berhubungan atau berkaitan dalam apa jua cara dengan Perjanjian ini atau dengan hubungan anda dengan Spotify sebagai pengguna Perkhidmatan (sama ada berdasarkan kontrak, tort, statut, penipuan, salah nyata atau teori undang-undang yang lain, serta sama ada tuntutan timbul semasa atau setelah penamatan Perjanjian) akan ditentukan oleh penimbangtaraan individu wajib yang mengikat. Penimbangtaraan lebih tidak formal berbanding tuntutan mahkamah di mahkamah. TIADA HAKIM ATAU JURI DALAM PENIMBANGTARAAN, SERTA KAJIAN SEMULA MAHKAMAH TERHADAP PEMBERIAN PENIMBANGTARAAN ADALAH TERHAD. Mungkin terdapat penemuan yang lebih terhad daripada di mahkamah. Penimbang tara mestilah mengikut perjanjian ini dan boleh memberikan ganti rugi dan relief yang sama seperti mahkamah (termasuk bayaran peguam), kecuali penimbang tara mungkin tidak akan memberikan relief perisytiharan atau injunksi yang memberikan manfaat kepada sesiapa kecuali pihak-pihak yang terlibat dalam penimbangtaraan ini. Peruntukan penimbangtaraan ini akan terus bertahan selepas penamatan Perjanjian.

24.3.2 Pengecualian

Meskipun terdapat fasal 24.3.1 di atas, kedua-dua anda dan Spotify bersetuju bahawa tiada satu pun di sini yang akan dianggap sebagai menepikan, menghalang atau sebaliknya mengehadkan hak kita berdua, pada bila-bila masa, untuk (1) mengemukakan tindakan perseorangan dalam mahkamah tuntutan kecil (2) meneruskan permohonan tindakan penguatkuasaan melalui agensi persekutuan, negeri atau setempat di mana tindakan tersebut tersedia, (3) cuba mendapatkan relief injunksi di mahkamah undang-undang atau (4) untuk memfailkan tuntutan undang-undang di mahkamah undang-undang untuk menangani tuntutan pelanggaran harta intelektual.

24.3.3 Peraturan penimbangtaraan

Sama ada anda atau kami boleh memulakan prosiding penimbangtaraan. Penimbangtaraan antara anda dengan Spotify akan akhirnya diselesaikan mengikut Peraturan Penimbangtaraan International Chamber of Commerce ( “ICC”) yang sedang berkuat kuasa ( “Peraturan ICC”) oleh satu atau lebih penimbang tara yang dilantik mengikut Peraturan ICC, sebagaimana yang diubah suai oleh Perjanjian ini, serta akan ditadbirkan oleh International Court of Arbitration bagi ICC.

Penimbangtaraan akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan kecuali dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang mandatori negara ahli Kesatuan Eropah atau bidang kuasa lain, undang-undang yang akan digunakan dalam penimbangtaraan ialah undang-undang [negeri atau negara berkaitan yang tersenarai dalam fasal 24.1], tanpa mengira pilihan atau konflik prinsip undang-undang.

24.3.4 Masa memfailkan

Penimbangtaraan mestilah dimulakan dengan memfailkan permintaan bagi penimbangtaraan dalam tempoh SATU (1) TAHUN selepas tarikh pihak yang lebih dahulu membuat tuntutan mula-mula tahu atau secara munasabah sepatutnya tahu tentang tindakan, ketinggalan atau kemungkaran yang mengakibatkan tuntutan; dan tiada hak untuk mendapat remedi bagi tuntutan yang tidak dikemukakan dalam tempoh masa tersebut. Jika undang-undang yang berkenaan melarang tempoh pengehadan pengemukaan tuntutan, tuntutan mestilah dikemukakan dalam tempoh masa terpendek yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

24.3.5 Notis; Proses

Suatu pihak yang berniat untuk mendapatkan penimbangtaraan mestilah pertama sekali menghantar notis bertulis tentang pertikaian ini kepada pihak yang satu lagi, melalui pos berdaftar atau Federal Express (tandatangan dikehendaki) atau sekiranya alamat fizikal anda tiada pada kami, melalui mel elektronik ("Notis"). Alamat Spotify untuk Notis ialah: [Spotify, Attn: General Counsel, 45 W. 18th Street, 7th Floor, New York, New York 10011, USA]. Notis ini mestilah (1) menerangkan jenis dan asas tuntutan atau pertikaian; dan (2) membentangkan relief sebenar yang dikehendaki ("Permintaan"). Kami bersetuju untuk menggunakan usaha suci hati untuk menyelesaikan tuntutan secara langsung tetapi jika kami tidak mencapai persetujuan untuk berbuat demikian dalam tempoh 30 hari setelah Notis diterima, anda atau Spotify boleh memulakan prosiding timbang tara. Sepanjang penimbangtaraan, jumlah mana-mana tawaran penyelesaian yang dibuat oleh anda atau Spotify tidak akan dimaklumkan kepada penimbang tara sehingga setelah penimbang tara membuat keputusan akhir dan pemberian, jika ada. Sekiranya pertikaian kita akhirnya diselesaikan melalui penimbangtaraan yang menyebelahi pihak anda, Spotify akan membayar anda (1) jumlah yang diberi oleh penimbang tara, jika ada, (2) jumlah penyelesaian bertulis terakhir yang ditawarkan oleh Spotify dalam penyelesaian pertikaian sebelum pemberian penimbang tara; atau (3) $1,000.00, mana-mana yang lebih besar. Semua dokumen dan maklumat yang didedahkan semasa proses penimbangtaraan akan dipastikan benar-benar sulit oleh penerima dan tidak akan digunakan oleh penerima untuk tujuan selain penimbangtaraan atau penguatkuasaan keputusan dan pemberian penimbang tara dan tidak akan didedahkan kecuali secara sulit kepada orang yang perlu tahu untuk tujuan tersebut atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Kecuali sebagaimana yang dikehendaki untuk menguatkuasakan keputusan dan pemberian penimbang tara, kedua-dua anda dan Spotify hendaklah tidak membuat pengumuman awam atau memberikan komen kepada orang ramai atau menjalankan publisiti berkenaan penimbangtaraan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, fakta bahawa pihak-pihak ini sedang menghadapi pertikaian, kewujudan penimbangtaraan atau keputusan atau pemberian penimbang tara.

24.3.6 Pengubahsuaian

Sekiranya Spotify membuat perubahan masa hadapan pada peruntukan penimbangtaraan ini (selain perubahan alamat Spotify untuk menghantar Notis), anda boleh menolak perubahan seumpamanya dengan menghantar kepada kami notis bertulis dalam tempoh 30 hari selepas perubahan alamat Spotify untuk Notis. Maka, akaun anda dengan Spotify akan ditamatkan dengan serta-merta dan peruntukan penimbangtaraan ini, yang berkuat kuasa sebelum pindaan yang anda tolak itu, akan tetap berkuat kuasa.

24.3.7 Kebolehkuatkuasaan

Jika penepian tindakan berkelompok pada Seksyen 24.2 tidak dapat dikuatkuasakan dalam penimbangtaraan atau jika bahagian Seksyen 24.3 ini tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, maka keseluruhan Seksyen 24.3 ini akan menjadi batal dan tidak sah. Dalam halaman sebegini, kesemua pihak bersetuju bahawa bidang kuasa dan tempat eksklusif yang diterangkan dalam Seksyen 24.1 akan mentadbir tindakan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini.

25 Hubungi kami

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan Perkhidmatan Spotify atau Perjanjian, sila hubungi Khidmat Pelanggan Spotify dengan melawati seksyen Perihal Kami pada laman web kami.

Terima kasih kerana membaca Terma kami. Kami harap anda menyukai Spotify!

Entiti yang berkontrak:
Spotify AB
Regeringsgatan 19, SE-111 53 Stockholm
Sweden
SE556703748501

© Spotify AB.



Dasar Privasi Spotify

Mula berkuat kuasa pada 25 Mei 2018

1 Pengenalan
2 Perihal Dasar ini
3 Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan
4 Bagaimanakah kami mengumpulkan data peribadi anda?
5 Apakah data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda?
6 Apakah tujuan kami menggunakan data peribadi anda?
7 Berkongsi data peribadi anda
8 Pengekalan dan pemadaman data
9 Pemindahan ke negara lain
10 Pautan
11 Memastikan keselamatan data anda
12 Kanak-kanak
13 Perubahan pada Dasar Privasi ini
14 Cara menghubungi kami

1. Pengenalan

Terima kasih kerana memilih Spotify!

Di Spotify, kami mahu memberi anda pengalaman terbaik untuk memastikan anda menikmati perkhidmatan kami hari ini, esok dan pada masa hadapan. Untuk berbuat demikian, kami perlu memahami tabiat mendengar anda agar kami dapat menyediakan perkhidmatan luar biasa dan diperibadikan khusus untuk anda. Walau bagaimanapun, privasi dan keselamatan data peribadi anda sentiasa dan akan tetap menjadi keutamaan kami yang paling penting. Kami mahu menerangkan dengan jelas cara dan sebab kami mengumpulkan, menyimpan, berkongsi dan menggunakan data peribadi anda - serta menggariskan kawalan dan pilihan berkenaan masa dan cara anda berkongsi data peribadi anda.

Inilah objektif kami dan Dasar Privasi ini (“Dasar”) akan menerangkan maksud kami yang sebenar dengan lebih terperinci di bawah.

2. Perihal Dasar ini

Dasar ini menerangkan butiran penting berkaitan perhubungan data peribadi anda dengan Spotify AB. Dasar ini diwajibkan pada semua perkhidmatan Spotify dan perkhidmatan yang berkaitan (dirujuk sebagai ‘Perkhidmatan Spotify’). Terma yang mentadbir penggunaan anda berkenaan Perkhidmatan Spotify ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan (“Terma dan Syarat Penggunaan”) kami.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin membangunkan perkhidmatan baharu atau menawarkan perkhidmatan tambahan. Jika pengenalan perkhidmatan baharu atau perkhidmatan tambahan tersebut mengakibatkan perubahan pada cara kami mengumpulkan atau memproses data peribadi anda, kami akan menyediakan maklumat lanjut dan terma atau dasar tambahan. Melainkan dinyatakan sebaliknya apabila kami memperkenalkan perkhidmatan baharu atau perkhidmatan tambahan, perkhidmatan tersebut akan tertakluk pada Dasar ini.

Matlamat Dasar ini adalah untuk:

  1. Memastikan anda memahami jenis data peribadi yang kami kumpulkan tentang diri anda, sebab kami mengumpulkan dan menggunakan data tersebut dan orang yang menerima perkongsian data tersebut;
  2. Menerangkan cara kami menggunakan data yang dikongsi dengan kami agar anda mendapat pengalaman hebat semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify; dan
  3. Menerangkan hak dan pilihan anda berkaitan data peribadi yang kami kumpulkan dan proses tentang diri anda dan cara kami akan melindungi privasi anda.

Kami berharap matlamat ini dapat membantu anda memahami komitmen privasi kami terhadap diri anda. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang terma yang digunakan dalam Dasar ini, sila lawati Pusat Privasi di spotify.com. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menghubungi kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan, sila lihat ‘Cara Menghubungi Kami’ seksyen 14 di bawah. Selain itu, jika anda tidak bersetuju dengan kandungan Dasar ini, sila ingat bahawa anda mempunyai pilihan untuk menggunakan atau tidak menggunakan Perkhidmatan Spotify.

3. Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan

Anda mungkin memaklumi undang-undang Kesatuan Eropah yang baharu, General Data Protection Regulation (Peraturan Perlindungan Data Umum) atau "GDPR", yang memberikan hak tertentu kepada individu berkenaan data peribadi mereka. Kami telah menambahkan ketelusan tambahan dan kawalan akses dalam Pusat Privasi dan Tetapan Privasi kami untuk membantu pengguna memanfaatkan hak tersebut. Seperti yang tersedia dan melainkan terhad mengikut undang-undang yang berkenaan, hak yang boleh digunakan oleh individu ialah:

Untuk membolehkan anda menggunakan hak ini dengan mudah dan untuk merekodkan keutamaan anda berkenaan cara data peribadi anda digunakan oleh Spotify, kami memberi anda akses kepada tetapan berikut melalui halaman Tetapan Akaun anda:

Pusat Privasi memberi anda kawalan tentang cara data peribadi anda diproses oleh Spotify. Pusat Privasi menyediakan maklumat tentang keadaan yang berlaku jika anda melaraskan tetapan anda pada halaman Tetapan Akaun dan cara anda menarik diri daripada menerima mesej tertentu daripada Spotify. Jika kami menghantar mesej pemasaran elektronik berdasarkan kebenaran anda atau jika dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, anda boleh, pada bila-bila masa, menarik balik kebenaran tersebut atau mengisytiharkan penolakan anda (“tarik diri”) tanpa dikenakan apa-apa jua kos. Mesej pemasaran elektronik yang anda terima daripada Spotify (contohnya, yang dihantar melalui e-mel) juga akan mengandungi mekanisme tarik diri dalam mesej itu sendiri (contohnya, pautan nyahlanggan dalam e-mel yang kami hantar kepada anda).

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang hak GDPR seperti yang diterangkan di atas dan kawalan yang kami sediakan kepada semua pengguna Spotify berkenaan hak ini dalam seksyen ‘Hak Anda’ yang terkandung dalam Pusat Privasi. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang privasi anda, hak anda atau cara menggunakannya, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami menggunakan borang ‘Hubungi Kami’ di Pusat Privasi. Kami akan menjawab permintaan anda dalam tempoh yang sewajarnya selepas mendapat pengesahan identiti anda. Jika anda tidak menyukai cara kami menggunakan data peribadi anda, anda boleh menghubungi dan membuat aduan kepada Swedish Data Protection Authority (Datainspektionen) (Pihak Berkuasa Perlindungan Data Sweden) atau Pihak Berkuasa Perlindungan Data setempat anda.

4. Bagaimanakah kami mengumpulkan data peribadi anda?

Kami mengumpulkan data peribadi anda melalui cara berikut:

  1. Apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify - apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify, kami akan mengumpulkan data peribadi tertentu seperti alamat e-mel, tarikh lahir, jantina dan negara anda, agar anda boleh menggunakan Perkhidmatan Spotify.
  2. Sepanjang tempoh anda menggunakan Perkhidmatan Spotify - apabila anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, kami akan mengumpulkan data peribadi tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify seperti lagu yang anda mainkan dan senarai main yang anda cipta.
  3. Data peribadi dikumpulkan yang membolehkan kami menyediakan ciri/kefungsian tambahan kepada anda - dari semasa ke semasa, anda juga boleh memberi kami data peribadi tambahan atau membenarkan kami mengumpulkan data peribadi tambahan contohnya, untuk menyediakan lebih banyak ciri atau kefungsian kepada anda. Seperti yang diterangkan selanjutnya di bawah (lihat Data Muzik Sukarela), kami tidak akan mengumpulkan foto, lokasi tepat peranti mudah alih, data suara atau maklumat kenalan daripada peranti anda tanpa mendapat kebenaran anda dahulu. Anda boleh mengubah fikiran dan menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa.
  4. Daripada pihak ketiga - kami akan menerima data peribadi tentang diri anda dan aktiviti anda daripada pihak ketiga, termasuk pengiklan dan rakan kongsi yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda (sila lihat Berkongsi data peribadi anda Seksyen 7 di bawah). Kami akan menggunakan data peribadi ini jika anda memberikan kebenaran kepada pihak ketiga atau kepada Spotify untuk perkongsian data tersebut atau jika Spotify mempunyai kepentingan sah untuk menggunakan data peribadi tersebut untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda.

Kami menggunakan maklumat awanama dan digabungkan untuk menguji sistem IT, penyelidikan, analisis data, mencipta model pemasaran dan promosi, meningkatkan Perkhidmatan Spotify dan membangunkan ciri dan kefungsian baharu dalam Perkhidmatan Spotify.

5.Apakah data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda?

Kami telah menerangkan kategori data peribadi yang kami kumpulkan dan gunakan tentang diri anda dalam jadual di bawah:

Data peribadi yang dikumpulkan apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify

Kategori data peribadi Perihalan kategori
Data Pendaftaran Akaun Ini ialah data peribadi yang anda berikan atau yang dikumpulkan oleh kami untuk membolehkan anda mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan Spotify. Data ini termasuk alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan negara.

Kami akan meminta beberapa data peribadi yang diperlukan untuk mencipta akaun anda. Anda mempunyai pilihan untuk memberi kami beberapa data peribadi tambahan untuk menjadikan akaun anda lebih diperibadikan.

Data peribadi sebenar yang akan kami kumpulkan bergantung pada pelan Perkhidmatan Spotify yang didaftarkan dan sama ada anda menggunakan Perkhidmatan Pihak Ketiga atau tidak (seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan, seperti Facebook) untuk mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan Spotify. Jika anda menggunakan Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk mencipta akaun, kami akan menerima data peribadi melalui Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut tetapi hanya apabila anda membenarkan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut berkongsi data peribadi anda dengan kami.

Data peribadi yang dikumpulkan melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify

Kategori data peribadi Perihalan kategori
Data Penggunaan Perkhidmatan Spotify Ini ialah data peribadi yang dikumpulkan tentang diri anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan Spotify - ini mungkin termasuk:
  • Maklumat tentang jenis pelan Perkhidmatan Spotify anda.
  • Maklumat tentang interaksi anda dengan Perkhidmatan Spotify, termasuk tarikh dan masa permintaan dibuat, lagu yang anda dengar, senarai main yang anda cipta, kandungan video yang anda tonton dan interaksi anda dengan pengguna Spotify yang lain. Data ini juga mungkin termasuk butiran penggunaan Aplikasi Pihak Ketiga dan iklan yang anda terima.
  • Kandungan Pengguna (seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan) yang anda siarkan kepada Spotify termasuk mesej yang anda hantar dan/atau terima melalui Spotify dan interaksi anda dengan pasukan Perkhidmatan Pelanggan Spotify.
  • Data Teknikal, termasuk maklumat URL, data kuki, alamat IP anda, jenis peranti yang digunakan untuk mengakses atau menyambung kepada Perkhidmatan Spotify, ID peranti unik, sifat peranti, jenis sambungan rangkaian (contohnya, Wi-Fi, 3G, LTE, Bluetooth) dan pembekal, prestasi rangkaian dan peranti, jenis penyemak imbas, bahasa, maklumat yang mendayakan pengurusan hak digital, sistem operasi dan versi aplikasi Spotify. Butiran lanjut tentang data teknikal yang kami proses boleh didapati dalam Dasar Kuki kami.
  • Data pengesan mudah alih janaan pergerakan atau janaan orientasi (contohnya, meter pecut atau giroskop) diperlukan untuk menyediakan ciri Perkhidmatan Spotify yang tertentu kepada anda.

Data peribadi yang dikumpulkan dengan kebenaran yang diterima daripada anda terlebih dahulu, yang membolehkan kami menyediakan ciri/kefungsian tambahan kepada anda

Kategori data peribadi Perihalan kategori
Data Mudah Alih Sukarela Selain data mudah alih yang kami kumpulkan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify (digariskan di atas), anda juga mempunyai pilihan untuk memberikan kebenaran kepada kami untuk mengumpulkan data peribadi tambahan daripada peranti mudah alih anda untuk menyediakan ciri/kefungsian yang akan meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Spotify anda.

Kami tidak akan mengakses data peribadi yang disenaraikan di bawah tanpa mendapatkan kebenaran anda dahulu:
  • Foto anda - Jika anda memberi kami kebenaran untuk mengakses foto atau kamera anda, kami hanya akan mengakses imej yang anda pilih untuk berkongsi dengan kami dan metadata yang berkaitan dengan imej tersebut, seperti jenis fail dan saiz imej. Kami tidak akan mengimbas atau mengimport pustaka foto atau gulung kamera anda;
  • Lokasi tepat peranti mudah alih anda - Jika anda memberi kami kebenaran untuk mengakses lokasi tepat anda, tindakan ini membolehkan kami mengakses GPS atau Bluetooth anda untuk menyediakan kefungsian lokasi dalam Perkhidmatan Spotify. Sila ambil perhatian bahawa data ini tidak termasuk alamat IP anda. Kami menggunakan alamat IP anda untuk menentukan lokasi bukan tepat, contohnya, negara anda untuk mematuhi perjanjian pelesenan kami;
  • Data suara anda - Jika anda memberi kami kebenaran, tindakan ini membolehkan kami mengakses perintah suara yang diambil melalui mikrofon peranti anda untuk membolehkan anda berinteraksi dengan Perkhidmatan Spotify menggunakan suara anda. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh mematikan ciri mikrofon pada bila-bila masa; dan,
  • Kenalan anda - Jika anda memberi kami kebenaran untuk mengakses kenalan anda, tindakan ini membolehkan kami mengakses kenalan individu yang disimpan pada peranti anda untuk membolehkan anda mencari rakan yang menggunakan Spotify.
Data Pembayaran Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sedemikian jika anda mendaftar untuk Percubaan atau membeli Langganan Berbayar kami (seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan) atau membuat pembelian lain melalui Perkhidmatan Spotify. Data peribadi sebenar yang dikumpulkan adalah berbeza mengikut kaedah pembayaran (contohnya, pembayaran terus melalui pembekal telefon mudah alih anda atau melalui invois) tetapi akan termasuk maklumat seperti:
  • Nama;
  • Tarikh lahir;
  • Jenis kad kredit atau debit, tarikh tamat tempoh dan digit tertentu nombor kad anda;
  • Poskod;
  • Nombor telefon mudah alih; dan
  • Butiran sejarah urus niaga anda;
Jika anda memilih untuk membuat pembayaran melalui invois, kami akan memberikan data peribadi anda kepada pemproses bayaran kami untuk membolehkan mereka melengkapkan semakan kredit dan menghantar invois kepada anda.
Data Peraduan, Tinjauan dan Cabutan Bertuah Data peribadi ini digunakan untuk membolehkan anda mendaftar dan menyertai promosi sebegini. Data peribadi sebenar yang dikumpulkan adalah berbeza mengikut promosi.
Data Pemasaran Data peribadi ini digunakan untuk membolehkan Spotify dan rakan kongsi/pembekal perkhidmatan kami menghantar komunikasi pemasaran sama ada:
  • melalui e-mel,
  • semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify dan/atau
  • terus daripada pihak ketiga.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang data peribadi yang dikumpulkan dan kawalan anda berkenaan komunikasi pemasaran yang anda terima melalui Pusat Privasi di spotify.com.

6. Apakah tujuan kami menggunakan data peribadi anda?

Apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan Perkhidmatan Spotify, kami menggunakan pelbagai teknologi untuk memproses data peribadi yang dikumpulkan tentang diri anda atas pelbagai sebab. Dalam jadual di bawah, kami telah menerangkan sebab kami memproses data peribadi anda, asas undang-undang berkaitan yang kami gunakan untuk memberi kami keizinan sah untuk memproses data peribadi dan kategori data peribadi (dikenal pasti dalam Seksyen 5 ‘Apakah data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda?’) yang digunakan bagi tujuan ini:

Perihalan sebab Spotify memproses data peribadi anda (‘tujuan pemprosesan’) Asas Undang-undang untuk tujuan pemprosesan Kategori data peribadi yang digunakan oleh Spotify untuk tujuan pemprosesan
Untuk menyediakan, memperibadikan dan meningkatkan pengalaman anda dengan Perkhidmatan Spotify dan perkhidmatan serta produk lain yang disediakan oleh Spotify, contohnya dengan menyediakan kandungan yang disesuaikan, diperibadikan atau disetempatkan, saranan, ciri dan iklan melalui atau di luar Perkhidmatan Spotify (termasuk untuk produk dan perkhidmatan pihak ketiga).
  • Prestasi kontrak
  • Kepentingan Sah
  • Data Pendaftaran Akaun
  • Data Penggunaan Perkhidmatan
Untuk memahami cara anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Spotify untuk memastikan kefungsian teknikal Perkhidmatan Spotify, membangunkan produk dan perkhidmatan baharu dan menganalisis cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, termasuk interaksi anda dengan aplikasi, iklan, produk dan perkhidmatan yang tersedia, yang dipautkan atau ditawarkan melalui Perkhidmatan Spotify.
  • Prestasi kontrak
  • Kepentingan Sah
  • Data Pendaftaran Akaun
  • Data Penggunaan Perkhidmatan
Untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan Perkhidmatan Spotify.
  • Prestasi kontrak
  • Kepentingan Sah
  • Data Pendaftaran Akaun
  • Data Penggunaan Perkhidmatan
Untuk memproses bayaran anda dan mencegah atau mengesan penipuan termasuk pembayaran palsu dan penggunaan palsu berkenaan Perkhidmatan Spotify.
  • Prestasi kontrak
  • Pematuhan kewajipan undang-undang
  • Kepentingan sah
  • Data Pembayaran
Untuk berkomunikasi dengan anda, sama ada secara terus atau melalui salah satu rakan kongsi kami, untuk:
  • tujuan pemasaran,
  • penyelidikan,
  • penyertaan dalam peraduan, tinjauan dan cabutan bertuah,
  • promosi,
melalui e-mel, pemberitahuan atau mesej lain, konsisten dengan keizinan yang anda berikan kepada kami (contohnya, melalui halaman Tetapan Akaun).
  • Kebenaran
  • Kepentingan Sah
  • Data Peraduan, Tinjauan dan Cabutan Bertuah
  • Data Pemasaran
Untuk menyediakan ciri, maklumat, iklan atau kandungan lain berdasarkan lokasi anda yang tertentu.
  • Kebenaran
  • Data Mudah Alih Sukarela

Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang ujian keseimbangan yang dijalankan oleh Spotify untuk membuktikan kebergantungannya pada asas undang-undang kepentingan sah menurut GDPR, sila lihat Seksyen 14 Cara menghubungi kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara menghubungi kami.

7. Berkongsi data peribadi anda

Kami telah menerangkan kategori penerima data peribadi yang dikumpulkan atau dijana melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify.

*Maklumat yang tersedia untuk orang awam

Data peribadi berikut tersedia untuk orang awam pada bila-bila masa melalui Perkhidmatan Spotify: nama dan/atau nama pengguna anda, gambar profil, pengguna yang anda ikut dan pengikut anda pada Perkhidmatan Spotify, artis yang dimainkan baru-baru ini dan senarai main umum anda.

Data peribadi yang boleh anda kongsi

Data peribadi berikut hanya akan dikongsi dengan kategori penerima yang digariskan dalam jadual di bawah jika:

Kategori Penerima Sebab perkongsian
Aplikasi Pihak Ketiga yang anda sambungkan dengan Akaun Spotify anda Jika anda menyambungkan akaun Spotify anda dengan Aplikasi Pihak Ketiga, contohnya, media sosial, audio, televisyen atau platform automotif, Spotify mungkin berkongsi Data Penggunaan Perkhidmatan anda agar anda dapat menyambungkan akaun Spotify anda.
Aplikasi Pihak Ketiga yang anda gunakan untuk log masuk ke Spotify Jika anda log masuk ke Aplikasi Pihak Ketiga menggunakan kelayakan akaun Spotify anda, maka Aplikasi Pihak Ketiga tersebut mungkin mempunyai akses kepada Data Penggunaan Perkhidmatan tertentu seperti senarai main anda, kandungan yang disimpan dan aktiviti anda.

Anda akan menerima pemberitahuan sebelum menyambung dengan Aplikasi Pihak Ketiga untuk memaklumi anda tentang data peribadi yang akan dikongsi/boleh diakses oleh Aplikasi Pihak Ketiga itu.
Komuniti Sokongan Apabila anda mendaftar untuk Akaun Sokongan Spotify melalui Komuniti Sokongan Spotify, kami akan meminta anda mencipta nama pengguna Komuniti Sokongan Spotify tertentu. Nama ini akan dipaparkan secara umum kepada sesiapa yang mengakses Komuniti Sokongan Spotify bersama dengan pertanyaan atau komen yang anda siarkan.
Pengikut Spotify Anda Mungkin ada masanya anda mahu kami berkongsi Data Penggunaan Perkhidmatan yang tertentu, terutamanya maklumat tentang cara anda menggunakan Spotify dengan pengguna Spotify lain yang dikenali sebagai ‘Pengikut Spotify Anda’.

Contohnya, apabila anda membuat senarai main, anda mungkin mahu memaparkan senarai main tersebut kepada orang lain yang menggunakan Perkhidmatan Spotify tetapi anda boleh juga menjadikan senarai main tersebut peribadi pada bila-bila masa.
Artis dan Syarikat Rakaman Anda boleh meminta kami untuk berkongsi data peribadi (seperti alamat e-mel anda) dengan artis atau syarikat rakanan atau rakan kongsi lain yang mahu menghantar berita atau tawaran promosi kepada anda tetapi anda juga boleh menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus pemberitahuan, maklumat anda yang tersedia kepada orang awam dan perkongsian anda dengan orang lain dalam Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan’ Seksyen 3 Dasar ini dan dalam Pusat Privasi.

Maklumat yang mungkin kami kongsi

Kategori Penerima Sebab perkongsian
Pembekal Perkhidmatan dan Lain-lain Kami menggunakan pembekal perkhidmatan teknikal yang mengendalikan infrastruktur teknikal yang kami perlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify, terutamanya pembekal yang mengehos, menyimpan, mengurus dan menyelenggarakan aplikasi Spotify, kandungannya dan data yang kami proses.
Kami menggunakan pembekal perkhidmatan teknikal untuk membantu kami berkomunikasi dengan anda, seperti yang diterangkan dalam Seksyen 6 Dasar ini.
Kami menggunakan rakan kongsi pemasaran dan pengiklanan untuk memaparkan kandungan yang lebih diperibadikan kepada anda atau untuk membantu kami memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi dengan rakan kongsi pemasaran dan pengiklanan tertentu untuk menghantar komunikasi promosi kepada anda tentang Spotify.
Rakan Kongsi Spotify
  • Jika anda mengakses Perkhidmatan Spotify melalui tawaran yang diterima atau dibeli daripada pihak ketiga seperti pengendali rangkaian mudah alih, kami akan berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga tersebut tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan Spotify, contohnya sama ada anda menggunakan tawaran tersebut dan tempoh penggunaan tawaran tersebut, mengaktifkan akaun Spotify atau menggunakan Perkhidmatan Spotify secara aktif.
  • Bergantung pada cara anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify (contohnya, melalui perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal mudah alih), kami akan berkongsi nama pengguna Spotify anda atau Data Pendaftaran Akaun yang lain yang diperlukan untuk mendayakan akaun anda.
  • Kami juga akan berkongsi data peribadi anda dalam format nama samaran dengan rakan kongsi industri muzik kami untuk membantu mereka memahami prestasi kandungan yang dilesenkan kepada kami dan untuk membolehkan anda mendengar kandungan penstriman melalui Perkhidmatan Spotify.
  • Kami juga akan berkongsi data peribadi anda dalam format nama samaran dengan rakan kongsi pemasaran untuk membantu usaha promosi kami dan dengan pengiklan yang membenarkan kami untuk menawarkan perkhidmatan percuma.
Penyelidik Akademik Kami akan berkongsi data peribadi anda untuk aktiviti seperti analisis statistik dan kajian akademik tetapi hanya dalam format nama samaran.
Kumpulan Syarikat Spotify Yang Lain Kami akan berkongsi data peribadi anda dengan syarikat Kumpulan Spotify yang lain untuk menjalankan operasi perniagaan harian kami dan untuk membolehkan kami mengekalkan dan menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda.
Penguatkuasaan Undang-undang dan Pihak Berkuasa Perlindungan Data Kami akan berkongsi data peribadi anda jika kami yakin tindakan ini diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang menurut undang-undang berkenaan atau memberikan respons kepada proses undang-undang yang sah, seperti waran geledah, perintah mahkamah atau sepina.

Kami akan berkongsi data peribadi anda jika kami yakin tindakan ini diperlukan untuk tujuan kami atau kepentingan sah pihak ketiga berkaitan keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang, litigasi, siasatan jenayah, melindungi keselamatan mana-mana pengguna atau untuk mencegah kematian atau kecederaan badan yang mungkin berlaku, dengan syarat kepentingan tersebut tidak diatasi oleh kepentingan anda atau hak asasi dan kebebasan yang memerlukan perlindungan data peribadi anda.
Pembeli perniagaan kami Kami akan berkongsi data peribadi anda apabila kami menjual atau berunding untuk menjual perniagaan kami kepada pembeli atau bakal pembeli.

Dalam keadaan ini, Spotify akan terus memastikan kerahsiaan data peribadi anda dan memberi anda notis sebelum data peribadi anda dipindahkan kepada pembeli atau tertakluk pada Dasar Privasi lain.

8. Pengekalan dan pemadaman data

Kami menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify kepada anda dan untuk tujuan perniagaan yang sah dan penting, seperti mengekalkan prestasi Perkhidmatan Spotify, membuat keputusan perniagaan berdasarkan data tentang ciri dan tawaran baharu, mematuhi undang-undang dan menyelesaikan pertikaian. Kami menyimpan data peribadi anda selagi anda menjadi pengguna Perkhidmatan Spotify. Contohnya, kami menyimpan senarai main, pustaka lagu dan maklumat akaun anda.

Atas permintaan anda, kami akan memadamkan atau menjadikan data peribadi anda awanama agar data tersebut tidak lagi dapat mengenal pasti diri anda, melainkan kami dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang untuk mengekalkan data peribadi tertentu, termasuk keadaan berikut:

9. Pemindahan ke negara lain

Spotify akan berkongsi data peribadi anda secara global dengan syarikat lain dalam Kumpulan Spotify untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan dalam Dasar ini. Ini termasuk syarikat Kumpulan Spotify di negara berikut: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Luxembourg, Mexico, Netherland, Poland, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Spotify mungkin juga memberikan subkontrak pemprosesan data kepada atau berkongsi data peribadi anda dengan, pihak ketiga yang berada di negara selain negara tempat tinggal anda. Maka, data peribadi anda mungkin tertakluk pada undang-undang privasi yang berbeza daripada undang-undang di negara tempat tinggal anda.

Data peribadi yang dikumpulkan di Kawasan Eropah dan Switzerland mungkin, contohnya, dipindahkan dan diproses oleh pihak ketiga yang terletak di negara di luar Kawasan Eropah dan Switzerland. Dalam keadaan tersebut, Spotify akan memastikan bahawa pemindahan data peribadi anda dijalankan menurut undang-undang privasi yang berkenaan dan bahawa langkah kontraktual, teknikal dan organisasi yang wajar dilaksanakan mengikut Klausa Kontraktual Standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya EU.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang langkah keselamatan yang kami gunakan untuk melindungi data peribadi anda, sila lihat ‘Memastikan keselamatan data peribadi anda’ seksyen 11 dalam Dasar ini.

10. Pautan

Kami mungkin memaparkan iklan daripada pihak ketiga dan kandungan lain yang dipautkan dengan laman web pihak ketiga. Kami tidak boleh mengawal atau dipertanggungjawabkan terhadap amalan privasi dan kandungan pihak ketiga. Jika anda klik pada iklan atau pautan pihak ketiga, harap maklum bahawa anda akan meninggalkan Perkhidmatan Spotify dan data peribadi yang anda berikan tidak akan dilindungi oleh Dasar ini. Sila baca dasar privasi mereka untuk mengetahui cara mereka mengumpulkan dan memproses data peribadi anda.

11. Memastikan keselamatan data peribadi anda

Kami komited untuk melindungi data peribadi pengguna kami. Kami menguatkuasakan langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan data peribadi anda; walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tiada sistem yang benar-benar selamat. Kami telah menguatkuasakan pelbagai dasar termasuk dasar nama samaran, penyulitan, akses dan pengekalan untuk menghalang akses tanpa kebenaran dan pengekalan yang tidak diperlukan berkenaan data peribadi anda dalam sistem kami.

Kata laluan anda melindungi akaun pengguna anda, maka kami menggalakkan anda untuk menggunakan kata laluan yang unik dan kukuh, mengehadkan akses kepada komputer dan penyemak imbas anda dan log keluar selepas menggunakan Perkhidmatan Spotify.

12. Kanak-kanak

Perkhidmatan Spotify tidak dimaksudkan untuk penggunaan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Walau bagaimanapun, di sesetengah negara, had umur yang lebih ketat mungkin dikenakan mengikut undang-undang setempat. Sila lihat Terma dan Syarat Penggunaan untuk mendapatkan butiran lanjut.

Kami tidak mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun atau di bawah had umur yang berkenaan (“Had Umur”) dengan sengaja. Jika anda berumur di bawah Had Umur, jangan gunakan Perkhidmatan Spotify dan jangan berikan data peribadi kepada kami.

Jika anda ibu atau bapa kanak-kanak di bawah Had Umur dan menyedari anak anda telah memberikan data peribadi kepada Spotify, sila hubungi kami menggunakan borang ‘Hubungi Kami’ di Pusat Privasi dan anda boleh meminta untuk menggunakan hak yang bersesuaian seperti yang diperincikan dalam 3 Hak anda dan keutamaan anda: Memberi anda pilihan dan kawalan dalam Dasar ini.

Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memadamkan data peribadi tersebut. Kami mungkin perlu memadamkan akaun Spotify kanak-kanak tersebut.

13. Perubahan pada Dasar Privasi ini

Ada kalanya kami membuat perubahan pada Dasar ini.

Apabila kami membuat perubahan penting pada Dasar ini, kami akan memberi anda notis yang bersesuaian, contohnya, dengan memaparkan notis umum yang mudah dilihat semasa menggunakan Perkhidmatan Spotify atau dengan menghantar e-mel kepada anda. Kami mungkin memberikan notis kepada anda dahulu.

Dengan itu, sila pastikan anda membaca notis sedemikian dengan teliti.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang Dasar ini dan cara Spotify menggunakan data peribadi anda, sila lawati Pusat Privasi di spotify.com.

14. Cara menghubungi kami

Terima kasih kerana membaca Dasar Privasi kami. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang Dasar ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data menggunakan borang ‘Hubungi Kami’ di Pusat Privasi atau dengan menulis kepada kami di alamat berikut:

Spotify AB
Regeringsgatan 19
Stockholm
111 53
Sweden

Spotify AB ialah pengawal data untuk tujuan data peribadi anda yang diproses mengikut Dasar ini.

Kami harap anda menyukai Spotify!
© Spotify AB.