Dasar Kuki Spotify

Berkuat kuasa mulai 29 Mei 2023

  1. Apakah itu kuki?
  2. Bagaimanakah kami menggunakan kuki?
  3. Pilihan untuk mengurus kuki dan iklan berdasarkan minat
  4. Kemas kini pada Dasar ini
  5. Cara untuk menghubungi kami

Dasar ini menerangkan cara Spotify menggunakan kuki. Selepas ini, dokumen ini akan dipanggil 'Dasar'. Tujuan Dasar ini adalah untuk memberi anda, pengguna perkhidmatan dan/atau laman web Spotify (secara kolektif, 'Perkhidmatan'), maklumat yang jelas tentang tujuan Spotify menggunakan kuki dan pilihan yang diberikan kepada anda semasa mengurus tetapan kuki anda.

1. Apakah itu kuki?

Kuki ialah potongan teks pendek yang dimuat turun ke peranti anda, contohnya, apabila anda melawati laman web. Kuki berguna kerana membolehkan Spotify dan rakan kongsi kami untuk mengecam peranti anda secara khusus dan menyokong kesinambungan pengalaman anda, contohnya dengan membantu kami memahami keutamaan atau tindakan lampau anda. Anda boleh menemukan maklumat umum yang selanjutnya tentang kuki di: www.allaboutcookies.org.

2. Bagaimanakah kami menggunakan kuki?

Kuki menjalankan pelbagai tugas, seperti membolehkan anda menavigasi antara halaman dengan cekap, mengingati keutamaan anda dan meningkatkan pengalaman pengguna anda secara umum. Kuki juga boleh membantu dalam memastikan bahawa iklan yang anda lihat dalam talian adalah lebih berkaitan dengan anda dan minat anda.

Spotify menggunakan dua kategori kuki: (1) kuki yang betul-betul diperlukan; dan (2) kuki pilihan:

  1. Kuki yang Betul-betul Diperlukan

Kuki ini ditetapkan oleh Spotify atau pihak ketiga bagi pihak kami dan diperlukan untuk membolehkan anda menggunakan ciri Perkhidmatan kami, seperti menyampaikan kandungan secara teknikal, menetapkan keutamaan privasi anda, log masuk, membuat bayaran atau mengisi borang. Tanpa kuki ini, Perkhidmatan kami tidak dapat disediakan, oleh itu anda tidak boleh menolak kuki ini.

  1. Kuki Pilihan

Kuki pilihan mungkin merupakan 'kuki pihak pertama' atau 'kuki pihak ketiga'. Kuki pihak pertama ditetapkan secara langsung oleh Spotify atau pihak ketiga atas permintaan kami. Kuki pihak ketiga ditetapkan secara langsung oleh pihak ketiga atau ditetapkan oleh Spotify atas permintaan pihak ketiga, seperti penyedia perkhidmatan analisis atau pengiklanan kami. Anda boleh melihat senarai rakan kongsi ini di pautan ini. Spotify, atau rakan kongsi kami, menggunakan kuki pilihan dengan cara berikut:

Jenis Kuki Tujuan
Kuki yang Betul-betul Diperlukan Kuki ini diperlukan untuk membolehkan anda menggunakan ciri Perkhidmatan kami, seperti menyampaikan kandungan secara teknikal, menetapkan keutamaan privasi anda, log masuk, membuat bayaran atau mengisi borang. Tanpa kuki ini, Perkhidmatan kami tidak dapat disediakan, oleh itu anda tidak boleh menolak kuki ini.
Kuki Prestasi Kuki ini mengumpulkan maklumat tentang cara pelawat menggunakan Perkhidmatan kami. Contohnya, kuki ini membolehkan kami mengira lawatan ke laman web kami serta memahami cara pelawat menemukan laman web.Analisis web yang menggunakan kuki untuk mengumpulkan data bagi meningkatkan prestasi laman web jatuh di bawah kategori ini. Contohnya, kuki ini boleh digunakan untuk menguji reka bentuk dan memastikan penampilan dan rasa yang konsisten dikekalkan untuk pengguna. Kami juga mungkin mendapatkan maklumat daripada surat berita e-mel kami atau komunikasi lain yang kami hantar kepada anda, termasuk sama ada anda telah membuka atau memajukan surat berita atau mengklik pada mana-mana kandungan surat berita itu. Maklumat ini memberitahu kami tentang keberkesanan surat berita kami dan membantu dalam memastikan bahawa kami menghantar maklumat yang anda minat.Kategori ini tidak merangkumi kuki yang digunakan untuk rangkaian pengiklanan bersasar yang berdasarkan tingkah laku/minat.
Fungsi Kuki ini membolehkan Perkhidmatan kami mengingati pilihan yang anda buat seperti nama pengguna, bahasa atau rantau anda serta menyediakan ciri dan kandungan yang ditingkatkan dan lebih diperibadikan. Contohnya, kuki ini boleh digunakan untuk mengingati perubahan yang anda buat pada bahagian halaman web yang boleh disesuaikan.Kuki ini mengingati pilihan yang anda buat untuk meningkatkan pengalaman anda. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, sesetengah pilihan yang anda buat semasa lawatan terdahulu pada Perkhidmatan kami tidak akan disimpan.
Kuki sasaran atau pengiklanan Kuki ini mengumpulkan maklumat tentang tabiat semak imbas anda untuk menyampaikan iklan yang lebih berkaitan dengan anda serta memahami minat anda. Kuki ini juga digunakan untuk mengehadkan bilangan kali anda melihat iklan yang sama serta membantu mengukur keberkesanan iklan yang Spotify kongsikan. Kuki ini melog bahawa anda telah melawati sesuatu laman web dan maklumat ini mungkin dikongsi dengan organisasi lain seperti pengiklan. Selain itu, Spotify mungkin berkongsi data terhad dengan platform lain untuk memasarkan promosi, ciri atau keluaran baharu Spotify pada platform lain tersebut. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, anda masih akan menerima pengiklanan, namun iklan itu akan kurang disesuaikan untuk anda.

3. Pilihan untuk mengurus kuki dan iklan berdasarkan minat

Tetapan Pelayar Web

Anda boleh menggunakan pelayar web anda untuk menerima, menolak dan memadamkan kuki. Untuk berbuat demikian, ikut arahan yang disediakan oleh pelayar anda (biasanya terdapat dalam tetapan 'Bantuan', 'Alat' atau 'Edit').

Harap maklum bahawa jika anda menetapkan pelayar anda supaya menolak kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua ciri laman web Spotify. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.allaboutcookies.org.

Pengecam Mudah Alih

Pada peranti mudah alih anda, sistem pengendalian anda mungkin menyediakan pilihan tambahan untuk menarik diri daripada pengiklanan berdasarkan minat atau sebaliknya menetapkan semula pengecam mudah alih anda. Contohnya, anda boleh menggunakan tetapan 'Benarkan Aplikasi untuk Meminta Penjejakan' (pada peranti iOS) atau tetapan 'Tarik diri daripada Iklan Berdasarkan Minat' (pada peranti Android). Tetapan ini membolehkan anda mengehadkan penggunaan maklumat tentang penggunaan aplikasi oleh anda untuk tujuan menyiarkan iklan yang disesuaikan dengan minat anda.

Pengiklanan Berdasarkan Minat

Anda boleh menarik diri daripada menerima pengiklanan berdasarkan minat dengan mematikan togol 'Iklan disesuaikan' yang terdapat pada halaman Tetapan Privasi Akaun Spotify anda. Jika anda menarik diri daripada menerima iklan berdasarkan minat menggunakan togol Iklan disesuaikan, Spotify tidak akan berkongsi maklumat anda dengan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga atau menggunakan maklumat yang diterima oleh mereka untuk menunjukkan iklan berdasarkan minat kepada anda. Anda masih akan menerima iklan semasa menggunakan Perkhidmatan berdasarkan maklumat pendaftaran Spotify anda dan penggunaan masa nyata Spotify anda, namun iklan itu mungkin kurang berkaitan dengan anda.

Iklan tersuai tertentu yang kami, atau penyedia perkhidmatan yang bertindak bagi pihak kami, paparkan kepada anda mungkin mengandungi ikon 'Pilihan Iklan' atau mekanisme lain untuk menarik diri daripada menerima iklan berdasarkan minat. Anda boleh mengklik pada ikon AdChoices atau melayari www.aboutads.info untuk:

4. Kemas kini pada Dasar ini

Ada kalanya kami membuat perubahan pada Dasar ini.

Apabila kami membuat perubahan penting pada Dasar ini, kami akan memberi anda notis penting yang sesuai mengikut keadaan. Contohnya, kami mungkin memaparkan notis penting dalam Perkhidmatan Spotify atau menghantar pemberitahuan e-mel atau peranti kepada anda.

5. Cara untuk menghubungi kami

Terima kasih kerana membaca Dasar ini. Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang Dasar Kuki ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami dengan menggunakan butiran borang hubungan Sokongan Pelanggan di Pusat Privasi atau menghantar surat kepada kami di alamat berikut:

Spotify AB

Regeringsgatan 19, SE-111 53 Stockholm

Sweden

SE556703748501

© Spotify AB.