Terma & Syarat Spotify untuk Kad Hadiah, e-Kad Hadiah, Kod Premium dan PIN ("Terma Kad")
Dengan menggunakan Kad Hadiah Spotify, Kad e-Hadiah, e-Kad, Kod Premium atau PIN ("Kad"), anda menerima perkara berikut:
-
"Terma dan Syarat Penggunaan Spotify", yang boleh ditemui di https://www.spotify.com/legal/end-user-agreement/, membentuk sebahagian Terma Kad ini. Terma dan Syarat Penggunaan Spotify mungkin termasuk terma dan syarat berkenaan pengumpulan dan pengguna data peribadi, peruntukan umum berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Spotify, pilihan undang-undang, timbang tara mandatori (jika berkenaan) dan tempat.
-
Kad ditebus hanya untuk bulan langganan Premium individu berharga penuh dan tidak boleh ditebus untuk langganan berdiskaun atau berkumpulan (seperti diskaun pelajar, tawaran percubaan, Premium atau keluarga atau tawaran yang menggabungkan Premium dengan produk atau perkhidmatan syarikat lain).
-
Kad tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau kredit dan tidak boleh dikembalikan atau dijual semula (melainkan diperlukan oleh undang-undang).
-
Untuk menebus Kad, anda perlu mempunyai atau mendaftar akaun Spotify di negara tempat Kad tersebut dibeli. Untuk menggunakan atau mendaftar akaun Spotify, anda perlu memenuhi keperluan umur yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.
-
Untuk menebus, sila lawati www.spotify.com/redeem.
-
Kad mestilah ditebus dalam masa 12 bulan selepas pembelian dibuat, selepas itu, PIN akan tamat tempoh dan Kad tidak boleh digunakan untuk membuat pembelian.
-
Kad merupakan kad penggunaan tunggal: nilai muka penuh bagi akaun individu akan ditolak semasa penebusan dan penebusan tambahan atau kredit tidak dibenarkan.
-
Spotify, para pegawai, pemegang saham, pekerja, ejen, pengarah, anak-anak syarikat, sekutu, pewaris, penyerah hak, pembekal atau pemegang lesen tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua kehilangan atau kerugian yang disebabkan kehilangan, pencurian, penerimaan Kad secara menipu atau penggunaan yang tidak dibenarkan.
-
Kad disediakan oleh Spotify AB, nombor pendaftaran 556703-7485, dengan alamat Regeringsgatan 19, 111 53 Stockholm, Sweden ("Spotify").
-
Sekiranya terdapat butiran yang tidak konsisten atau bercanggah antara Terma Kad ini dengan terma dan syarat yang dicetak pada mana-mana Kad, Terma Kad ini akan diutamakan.
-
Untuk mendapatkan bantuan dan jika terdapat pertanyaan berkenaan Kad, pergi ke support.spotify.com.